#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Penginapan Kontena Ala Hipster Siap Kolam Renang, Antara Homestay Best Dan Unik Di Negeri Melaka

0 2,597

Bila ingin berkumpul dengan keluarga atau buat family day tu, mesti kita cari tempat yang tenang dan privacy untuk luangkan masa dengan keluarga kita je kan. Tambahan lagi inginkan tempat yang ada pelbagai kemudahan terbaik yang disediakan untuk keselesaan kita sepanjang percutian.

Jika ingin senaraikan homestay dan chalet di Melaka ni, terlalu banyak boleh didapati namun sekiranya ingin percutian yang lain dari yang lain, bolehlah cuba menginap di homestay best dan unik yang diperbuat dari kontena di Bukit Katil ni.

Apa yang menarik di sini, homestay kontena yang ditawarkan mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ianya didekorasikan secara unik dengan warna striking dan ala hipster.

Bagi instagrammable atau yang suka bergambar bermacam gaya tu, pasti tak akan lepaskan peluang untuk bergambar di sini dan boleh abadikan dalam media sosial sebagai kenangan.

Terletak di kawasan yang agak perkampungan, homestay ni menjanjikan suasana yang nyaman dan tenang. Tambahan lagi ianya dalam kawasan tertutup tanpa boleh dikunjungi oleh orang luar selain penyewa homestay sahaja.

Yang lagi bestnya tu, di sini terdapat 2 buah kolam renang yang luas untuk dewasa dan kanak-kanak. Bayangkan sekiranya bercuti beramai-ramai bersama keluarga sahaja di sini, pasti percutian lagi bertambah menyeronokkan bila dapat mandi manda sepuas-puasnya sehingga waktu malam.

Apa yang membuatkan pengunjung teruja datang ke sini ialah keadaan bilik dan persekitarannya yang ceria dan bersih. Masuk sahaja dari pagar homestay dan berjalan menuju ke bilik, nampak keadaan sekelilingnya yang amat menenangkan dan sedap mata memandang. Lagi-lagi biliknya luas dan kemas.

Kemudahan dalam bilik kontena pun cukup lengkap dengan pelbagai kelengkapan seperti di rumah sendiri. Antaranya termasuk aircond, kipas, tv lcd, Astro, katil queen, tandas yang ada water heater, tuala, sabun dan perkhidmatan wifi.

Nak rasai penginapan chalet moden ala hotel urban KL di Utara Malaysia, jom ke Chinta Chalet Pantai Merdeka ni!

Bukan sahaja homestay best dan unik, yang menjadi extra pointnya penginapan ni berbanding kebanyakan penginapan lain di luar sana ialah banyak perkhidmatan menarik yang disediakan oleh pihak homestay secara PERCUMA sahaja.

Antaranya tempat bbq dan arang, indoor games, dapur kongsi, basikal, mini library dan 3D painting. Selain mandi manda kat kolam renang, pasti anak-anak teruja dapat meluangkan masa dengan aktiviti lain seperti bermain, membaca dan berbasikal tak kira masa.

Sebenarnya bukan sahaja homestay konsep kontena yang ada di sini. Ada lagi 2 unit homestay dari rumah batu yang dinamakan unit studio yang berada dalam satu kawasan juga. Jadi, pengunjung bolehlah memilih jenis penginapan macam mana yang dinginkan bila datang ke sini.

HOMESTAY KONTENA

  • Ada 8 unit
  • Boleh memuatkan 4 orang dewasa
  • Dalam setiap bilik kontena ada 1 katil queen dan kemudahan aircond, kipas, tv lcd, Astro, tandas yang ada water heater, tuala, sabun dan perkhidmatan wifi.
  • Harga weekdays RM160 manakala weekend RM190

UNIT STUDIO

  • Terdapat 2 unit
  • Boleh memuatkan 5-6 dewasa
  • Setiap unit ada 2 katil queen, aircond, kipas, tv lcd, Astro, tandas yang ada water heater, tuala, sabun dan perkhidmatan wifi.
  • Harga weekdays RM190 manakala weekend RM230

Jika dilihat kemudahan dan keselesaan di sini, harganya dikira murah dan berbaloi kan.

Mengenai makanan pula, pengunjung boleh memasak di dapur yang disediakan secara percuma yang terletak bersebelahan dengan unit studio di sini. Tapi sekiranya ingin menempah catering, pihak homestay boleh membantu untuk dapatkan pihak catering yang menarik.

Bukan tu je, gerai makan pun ada banyak berada di sekitar kawasan homestay sekiranya ingin rasakan juadah makanan di negeri Melaka ni.

Nama: Homestay Kontena Melaka

Alamat: No 1052 Jalan Imam Kadir, Bukit Katil, 75450 Kampong Bukit Katil Melaka

No phone: 013-362 7077

Leave A Reply

Your email address will not be published.