Homestay Mewah dan Murah, Jom Berkumpul Bersama Keluarga Kat Banglo Kolam Renang di Johor Ni!
Nak bandingkan harga dengan penginapan lain di sekitar Johor Bahru, homestay mewah ni antara yang termurah di sini.
Keluasannya lebar, boleh memuatkan sehingga 20 orang. Dan harganya serendah RM988 sahaja satu malam. Terasa berbaloi-baloi dengan konsep luxury nya tu.
Cuba lihat struktur banglo dan hiasan dalamnya, confirm korang rasa teruja bila masuk je ke dalam banglo ni. Yang menariknya, harga yang ditawarkan juga sangat murah jika dibahagikan.
Terletak di Johor Bahru, kira-kira 5 minit dari Paradigm Mall iaitu pasaraya terbesar di JB. Homestay mewah ni merupakan banglo 2 tingkat yang terdapat 5 buah bilik dan 4 bilik air.
Kesemua bilik dan ruang tamu utama kat sini ada penghawa dingin. Jadi nak lepak di bilik atau di ruang tamu pun tak menjadi masalah.
Halaman luar banglo ni pula dihias rapi dengan tema sweet garden, dan terdapat sofa sebagai ruang santai untuk pengunjung berehat.
Lagi bertambah menyerlah kecantikannya tu bila menghadap kolam renang. Sedap mata kita memandang.
Kebiasannya homestay mewah ni jadi pilihan pada yang nak berkumpul dengan keluarga, dan reunion. Malahan boleh jadi persinggahan pada geng-geng konvoi.
Memang sesuai sangat, sebab namakan saja apa aktiviti yang biasa kita buat sewaktu berkumpul. Boleh je dilakukan di sini.
Antaranya, berendam kolam renang, berbbq, game family day, dinner night, berehat, beriadah dan macam-macam lagi.
Satu Lagi Hotel Mewah dan Murah di Kuantan. Jom booking sini Untuk Percutian Privacy.
5 buah bilik yang ada di sini pun bukan biasa-biasa. Keselesaannya dah setaraf hotel 5 bintang pula.
BILIK 1
- Bilik utama yang luas dan terdapat balkoni
- 1 katil king
- Tandas yang besar siap jacuzzi
BILIK 2
- Ada natural view
- Katil twin double decker (dengan 2 katil queen dan 2 katil single)
BILIK 3
- Bilik view kolam renang
- Katil double decker moden design (3 katil single)
BILIK 4
- Bilik konsep English
- 1 katil single besar
BILIK 5
- Bilik konsep Japanese
- 1 katil king
Dengan konsep dan dekorasi bilik ni confirm bagi kepuasan maksima pada yang stay di sini.
Bukan tu je, banyak lagi kemudahan lain yang terdapat di homestay mewah ni, antaranya:
- Wifi percuma
- Tv 60 inci (Atro)
- Dapur yang selesa dan penuh kelengkapan termasuk peti ais, stove, microwave, penapis air, kettle, rice cooker dan macam-macam lagi
- Meja makan
- Bbq pit
- Mesin basuh
- Towel
- Iron
Dan macam-macam lagi. Tilam extra pun ada disediakan dengan caj kecil yang akan dikenakan.
Kalau nak bercuti dengan keluarga tu, boleh je jadikan homestay ni sebagai tempat penginapan bila bercuti di Johor. Banyak tempat menarik yang berdekatan dari sini termasuk:
- Paradigm Mall JB, 0.8km
- Legoland 15km
- Angry Birds Activity Park 10km
- Aeon Bukit Indah 6km
- Night Safari 16km
- Johor Premium Outlet 13km
Apa lagi. Jom lah buat family gathering kat banglo ni, dan boleh terus rancang percutian di Johor Bahru.
- Harga weekdays RM988/malam.
- Harga weekend/public holiday RM1200/malam
Jadi, yang mana berkelapangan dan mencari penginapan percutian di Johor Bahru ni, memang wajib singgah di Ria Homestay ni. Memang awesome!
Nama: Ria Homestay
Alamat: No.131 Jalan Panti, Taman Johor, 81200 Johor Bahru
No phone: 011-11373818 (Adam Chong) atau 018-6624767 (Rozita)