Homestay Rumah Kayu Klasik Siap Ada Private Pool Di Selangor

0 39,539

Ramai yang tak tahu tentang kewujudan homestay rumah kayu klasik di area Telok Panglima Garang, Selangor ni. Tapi sesiapa yang dah sampai, pasti akan jatuh cinta dengan suasana dan ketenangan di sekitarnya.

Dengan reka bentuk rumah kampung kayu tradisional, ianya memberikan nostalgia seperti berada di kampung halaman sendiri. Yang bestnya nama je rumah klasik tapi reka bentuk dan kemudahan di dalamnya moden dan eksklusif.

Dinamakan Teratak Sofea, homestay ni diilhamkan sempena nama anak pemilik homestay iaitu Ameera Sofea. Penginapan di sini memang terbaik dengan suasana nyaman dan udara sejuk pada waktu malam. Terasa begitu tenang. Setiap unit homestay sangat selesa dengan peralatan yang lengkap di dalamnya.

Nak kan percutian alam semulajadi berdekatan sungai, jom ke homestay dalam suasana kampung di Kulim, Kedah ni!

KOLAM RENANG PRIVATE DI SETIAP UNIT HOMESTAY

Di sini mempunyai 3 jenis rumah yang berbeza saiz dan kapasiti yang boleh didiami oleh 3 keluarga besar. Sesuai sangat untuk dijadikan tempat berkumpul bersama keluarga atau family day. Yang menariknya, setiap unit homestay ada kolam renang privatenya sendiri yang luas.

Rumah Masam Masam Manis

  • Mempunyai 2 bilik beraircond
  • Setiap bilik ada 1 katil queen
  • Ada ruang tamu aircond
  • Memuatkan 10 orang penghuni
  • Ada dapur basah lengkap
  • Terdapat private pool dewasa dan kanak-kanak
  • Weekdays RM450/malam, weekend RM600/malam

Rumah Ibu Mertuaku

  • Mempunyai 3 bilik di atas. Setiap bilik ada 1 katil queen dan 1 katil single
  • Ada 1 dorm di bawah dengan 8 buah katil
  • Boleh memuatkan 20 orang penghuni
  • Ada dapur basah lengkap
  • Terdapat private pool dewasa dan kanak-kanak
  • Weekdays RM950/malam, weekend RM1350/malam

Rumah Anak Bapak

  • Mempunyai 5 bilik aircond
  • 3 bilik di atas. Setiap bilik ada 3 katil queen dan 1 katil single
  • 2 bilik di bawah. Setiap bilik ada 4 katil double decker
  • Boleh memuatkan 20 orang penghuni
  • Bilik air 2 unit di tingkat atas dan 2 unit di tingkat bawah
  • Ada dapur basah yang lengkap
  • Terdapat private pool dewasa dan kanak-kanak
  • Weekdays RM950/malam, weekend RM1350/malam

Bukan sahaja rumah yang lengkap dengan kemudahan, di sini juga tetamu boleh buat bermacam aktiviti santai yang lain seperti berbasikal, bermain carrom, congkak dan macam-macam lagi. Segala kelengkapannya ada disediakan di sini.

Selain tu di sini pun turut menerima tempahan venue untuk majlis-majlis besar termasuk majlis perkahwinan, sambutan hari jadi, makan malam atau majlis keraian.

Pada sesiapa yang ingin merancang hari keluarga atau majlis tertentu di kawasan yang cantik dan tenang untuk bilangan orang yang ramai, boleh memilih homestay rumah kayu klasik di Telok Panglima Garang ni sebagai lokasi pilihan.

Nama: Teratak Sofea

Alamat: Lot 1623 Jalan Manggis, Batu 9, Kg Medan Telok Panglima Garang Selangor

No phone: 0122213636

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris