Jom Bercuti Di Homestay Rumah Tradisional di Johor Ni Untuk Rasai Percutian Kawasan Desa

0 14,271

Waktu hujung minggu, kalau nak rehatkan minda dan inginkan percutian yang tenang kat kawasan kampung, jom menginap di homestay rumah tradisional di Batu Pahat ni. Homestay ni berkonsepkan villa yang dibina klasik dengan rekaan kayu yang cantik dan sedap mata memandang.

Persekitarannya pun dalam kekampungan dan kehijauan. Jauh dari kesibukan bandar. Menariknya, di homestay rumah tradisional ni terdapat kolam renang yang sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak.

Kat sekelilingnya penuh dengan pokok-pokok kelapa sawit. Seronok kalau dapat berendam dalam kolam sambil menikmati pemandangan suasana kampung tu.

Kat sini ada 5 unit bilik rumah kayu tradisional, dan 5 unit bilik rumah batu. Sesuai juga untuk mereka yang nak buat family day. Walaupun rumah konsep klasik kawasan desa, tapi dekorasi biliknya masih mengekalkan kemodenan dan keselesaan pengunjung.

Selain bilik yang banyak dan kolam renang, di homestay ni juga terdapat ruang bbq, tempat parking yang besar dan selamat, ruang duduk santai serta persekitaran yang bersih. Bagi yang datang untuk buat hari keluarga tu tentu seronok sebab mudah untuk berkumpul dan buat game family day.

 

Berkonsepkan kontena, klik sini untuk lihat port penginapan kawasan kampung yang best untuk percutian keluarga di Selangor.

Sesuai dengan konsep homestay rumah tradisional, nama-nama yang diberi untuk setiap bilik penginapan ni pun berbunyi klasik.

Berikut merupakan senarai bilik yang ada di sini:

RUMAH KAYU

Long – RM98 (1 katil queen)
Ngah – RM98 (1 katil queen)
Uda – RM148 (1 katil queen, 2 katil single)
Mak – RM168 (1 katil queen)
Busu – RM168 (1 katil queen)

RUMAH BATU

Abah 4 – RM78 (2 katil single)
Abah 3 – RM78 (1 katil queen)
Abah 2 – RM78 (1 katil queen)
Abah 5 – RM138 (1 katil queen + 1 single)
Abah 1 – RM158 (1 katil queen + 1 single + 1 double decker)

Semua bilik-bilik ni lengkap dengan aircond, tandas, coffee table, meja tepi, almari, mini freezer, tv dan water heater.

Bagi yang datang dengan bilangan yang ramai tu, kalau nak tambah tilam pun boleh. Satu set tilam termasuk bantal dan selimut ialah RM30/malam sahaja untuk queen size dan RM20/malam untuk single size.

Untuk lihat lagi banyak gambar dan detail setiap bilik ni, boleh terus direct whatsapp pihak homestay.

Walaupun villa homestay ni kat kawasan desa, kedudukannya hanya 5 minit sahaja dari Bandar Batu Pahat. Tak susah untuk access ke bandar sepanjang stay di sini.

Nama: Villa Kemboja Homestay
Alamat: 6A, Kampung Parit Lapis Peserai, 83000 Batu Pahat
No phone: 011-2755 8861

Leave A Reply

Your email address will not be published.