Homestay Kampung Tepi Sawah, Salah Satu Penginapan Yang Sangat Best Dan Tenang Bila Bercuti Di Langkawi

0 9,592

Kalau bercuti di Langkawi, selalunya memang seronok kalau kita dapat menginap di kawasan persekitaran pantai. Resort tepi laut memang sudah biasa menjadi pilihan pelancong bila ke sini.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa di pulau ni juga terdapat beberapa penginapan yang indah boleh didiami. Malah ianya memberikan percutian yang unik dan tenang. Antaranya penginapan jenis homestay kampung tepi sawah ni.

 

 

Apa yang menariknya homestay ni ialah persekitarannya yang memberikan suasana penginapan seperti di kampung halaman sendiri.

Malah jauh lebih tenang lagi kerana ianya bersebelahan pula dengan sawah bendang yang memberikan pemandandangan dan udara sejuk terutama pada waktu malam.

 

 

 

 

 

Homestay ni berada di kawasan perkampungan yang berdekatan dengan Pantai Chenang Langkawi. Memang betul-betul memukau pemandangan sawah padi dari dalam rumah ni.

 

 

Dikenali sebagai rumah kayu tradisional, senibinanya amat cantik dan comel, dan yang penting sekali ianya amat selesa dengan kelengkapan seperti di rumah sendiri.

 

 

 

Walaupun ianya konsep rumah kampung, homestay ni lengkap dengan 2 buah bilik, aircond, ada water heater, dapur termasuk perkakasan memasak, meja makan, ruang tamu, wifi, mesin basuh, peti sejuk, tv led, Astro, dan iron. Lengkap untuk didiami bersama keluarga.

 

 

 

Dengan suasana kampung dan pemandangan sawah padi di sini, pengunjung dapat merasai percutian yang tenang dan privacy.

Lagi bertambah seronoknya, di sini juga terdapat kolam renang, ruang bbq, dan halaman yang luas untuk tetamu meluangkan masa dengan melakukan bermacam-macam aktiviti bersama orang tersayang.

 

 

Nak rasai pengalaman mandi sungai dan berakit dalam suasana perkampungan, Jom bercuti ke chalet style kampung depan sungai Perak ni!

 

 

Penginapan ni dinamakan Homestay Kampung Tok Lembut yang terletak di Simpang 3 Temoyang, Jalan Pantai Tengah. Kedudukannya tak jauh pun dari Pantai Chenang iaitu hanya 2 km je. Kalau dari jeti hanya 20 km, manakalah dari airport pula hanya 10 km.

 

Pendek kata kalau nak melancong ke Langkawi tu, boleh memilih homestay ni sebagai tempat penginapan sepanjang percutian kerana berhampiran je dengan kemudahan bandar dan pantai yang menarik di sini.

Tambahan lagi ianya juga mudah untuk access ke pekan berdekatan, serta mudah juga untuk mendapatkan makanan. Keluar sahaja dari pintu pagar homestay ni dah boleh jumpa beberapa gerai makanan, gerai kuih dan kedai serbaneka di sekitarnya.

Ada 4 buah homestay rumah kampung di penginapan ni. Setiap rumah ada 2 bilik tidur dengan katil queen dalam setiap bilik. Homestay ni juga ada menyediakan 4 tilam single dan bantal extra bagi yang ada lebih bilangan ahli keluarga.

Jadi, tidak menjadi masalah untuk datang beramai-ramai bersama keluarga dan sanak-saudara ke sini.

 

 

Harganya pun berbaloi-baloi iaitu RM270/malam untuk low season dan RM320/malam untuk peak season. Kalau dibahagi-bahagikan dengan jumlah tetamu di dalam setiap rumah, dah dikira murah sangat untuk homestay yang selesa dan lengkap sebegini.

Sesuai juga kalau ingin dijadikan destinasi penginapan untuk program hari keluarga. Bukan rumah penginapan sahaja yang murah, namun kadar sewaan bagi yang ingin buat aktiviti bbq juga amat berpatutan iaitu dengan harga RM25 sahaja untuk set dapur, arang, bekas, meja, kerusi dan penyepit.

Selain dari tu, pengunjung tak perlu risau bila ingin melancong ke tempat-tempat menarik yang ada di Langkawi ni. Bukan sahaja kelebihan homestay kampung tepi sawah sahaja, namun penginapan ini juga berdekatan dengan pelbagai tempat pelancongan menarik di sini.

Antaranya ialah Underwater World Langkawi (1.4 km), Laman Padi Langkawi (2 km), Cenang Mall (1.4 km), Makam Mahsuri (6.9 km), cable car (11.3 km) dan macam-macam lagi.

Underwater World Langkawi
Makam Mahsuri
Cable Car Langkawi

Jadi, pada sesiapa yang teringin untuk menukar selera penginapan tu, sesekali bolehlah beralih dari menginap di kawasan pantai ke penginapan kawasan perkampungan sawah padi pula bila ke Langkawi ni.

Boleh nikmati sendiri panorama sawah padi terbentang luas depan mata yang mungkin jarang kita rasai bila bercuti di tempat lain.

 

 

Nama: Homestay Kampung Tok Lembut, Langkawi

Alamat: Simpang 3, Temoyong, Kg Padang Putih, Jalan Pantai Tengah, 07000, Pulau Langkawi

No phone: 012-335 3872 / 012-273 6860

Leave A Reply

Your email address will not be published.