Penginapan Cantik Macam Luar Negara! Jom Bercuti Di Villa Mewah Dengan Kolam Renang Di Kuala Selangor Ni.

0 1,165

Mood bercuti masih terasa lagi kan. Tapi kalau yang duduk di area KL, Selangor dan berhampiran dengannya terfikir juga mana tempat sesuai untuk bercuti merehatkan fikiran tanpa perlu travel jauh-jauh. Bagi yang ingin meluangkan masa dengan keluarga, anda boleh intai-intai villa kolam renang yang cantik ala luar negara ni! Penginapan ni tak jauh pun dari Kuala Lumpur.

Terletak di kawasan perkampungan di Kuala Selangor, homestay ni dikenali sebagai Villa Ameda yang terdapat kolam renang, dan ianya terinspirasi dari penginapan ala-ala Santorini Greece. Cantik memukau dekorasi dan hiasan dalamannya.

Villa ni mempunyai kolam renang saiz sederhana yang hanya di depan villa je, sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Selain tu dilengkapi juga dengan pelbagai kemudahan yang bersesuaian untuk percutian keluarga dan kawan-kawan.

Selain konsep ala luar negara, apa yang menariknya lagi villa ni ialah kawasannya tenang dan privacy sebab dikelilingi tembok. Jadi, bagi mereka yang sukakan percutian private tu, tempat ni memang sesuai untuk anda.

VILLA MEWAH DAN UNIK

Kalau anda masuk je kawasan villa ni mesti tertumpu dengan persekitarannya. Mana taknya, tarikan utama ialah rumput menghijau dan juga kolam renang di tengah-tengah villa, memberikan ketenangan dan keseronokan bagi sesiapa yang datang ke sini.

Hiasan dalaman antara yang menarik perhatian sebab ianya sangat cantik dan tenang seperti apa yang anda lihat dalam gambar.

Villa konsep mewah ni terdapat 5 buah bilik dan 7 bilik mandi sesuai untuk 16 orang pengunjung dalam satu masa. Setiap bilik ada 1 katil queen, 1 katil single, dan kelengkapan termasuklah aircond dan bilik mandi yang ada bathtub.

Tak ketinggalan juga kemudahan lain seperti dapur, balkoni, ruang santai dan juga ruang tamu yang terdapat 2 sofabed dan beberapa biji kerusi sofa untuk berehat santai bersama keluarga.

Dapur juga lengkap dengan kemudahan seperti meja makan, peti ais, microwave, kettle, toaster dan macam-macam lagi. Boleh dikatakan kemudahan di sini lengkap dan selesa.

Klik sini untuk lihat Chalet Ala Kampung Tepi Pantai Di Terengganu. Port Menarik Untuk Percutian Hari Keluarga.

KEMUDAHAN 5 STAR

Selain tu, penginapan villa ni juga boleh dikatakan 5 stars! Anda tak terlepas peluang untuk buat aktiviti santai seperti bbq, berkaraoke, menonton mini wayang dan sebagainya. Sebab kat sini turut ada set bbq, projector, karaoke sistem, tv, Astro dan wifi.

Kalau nak beriadah dan hiburan lain pun ada termasuk pool table, carrom board, badminton dan golf set. Selain tu, turut ada halaman yang luas untuk bersukaneka. Pendek kata, anda tak akan bosan bercuti bersama keluarga di villa ni.

Kalau tengok harga penginapan pun tak begitu mahal. Boleh dapat serendah RM1380 satu malam untuk weekdays. Harga juga bergantung pada musim. Berpadanan dengan kecantikan dan keselesaan staycation di villa ni.

BERDEKATAN TEMPAT PERCUTIAN MENARIK

Bila dah bercuti tu, mesti anda rasa tak nak melepaskan peluang menyinggah ke tempat lain kan. Apa yang menariknya, villa ni berdekatan dengan beberapa tempat menarik.

Antaranya ialah Pantai Remis, Sky Mirror, Kelip-Kelip Kampung Kuantan dan macam-macam lagi. Kalau nak cari tempat makan pun ada seperti Restoran Ikan Bakar Jeram. Dapatlah menyinggah dah alang-alang bercuti tu.

Apa lagi, kalau anda nak cari tempat percutian privacy yang ala-ala luar negara tu, bolehlah ke villa kolam renang di Kuala Selangor ni. Boleh buat mini hari keluarga dan reunion dengan kawan-kawan.

Nama: Villa Ameda

Alamat: Lot 299, Jalan Kapar, 45800 Kuala Selangor.

No phone: 010 – 207 3686

Email: [email protected]

Facebook: Villa Ameda

Leave A Reply

Your email address will not be published.