Villa Besar Private Pool, Tempat Penginapan Menarik Di Ipoh

0 35,314

Berkumpul dengan keluarga semestinya dinantikan oleh setiap orang setelah masing-masing penat bekerja. Sudah tentu kalau ada peluang, kita akan mencari tempat penginapan yang privacy dan selesa untuk berkumpul beramai-ramai.

Salah satu tempat penginapan yang sesuai ialah Tambun Pool Villa ni yang terletak di daerah Ipoh. Villa besar private pool ni baru sahaja dibuka dengan konsep Ala de’ Natural. Suasananya tenang dan selesa untuk family gathering.

Villa ini terletak berhampiran je dari highway tol iaitu dalam jarak 3 kilometer. Mudah je untuk sampai ke sini. Bestnya villa ni, ianya terletak berhampiran dengan tempat best di Ipoh antaranya Lost world of Tambun dan Bulatan Amanjaya.

Bukan sahaja dapat meluangkan masa di villa yang best ni, alang-alang family gathering tu, boleh la melancong kat sekitar Ipoh. Kadang kala villa ni sengaja dijadikan sebagai tempat untuk menginap setiap kali datang ke Ipoh untuk bercuti.

Disebabkan villa ni private, tetamu yang menginap di sini boleh berendam anytime kat kolam renang yang ada. Ditambah lagi ada ruang duduk dan santai di depannya, dapatlah berehat sambil memantau anak-anak yang sedang mandi kolam.

Dengan saiz kolam renang yang tidak terlalu besar dan tidaklah terlalu kecil, ianya sangat sesuai untuk menjadi tempat berkumpul adik beradik sambal tenangkan fikiran. Bukan hanya yang dewasa, anak-anak sudah pasti mereka lebih teruja.

Di dalam villa ni terdapat 4 buah bilik beraircond. Setiap bilik ni selesa dengan penyediaan katil 5 star.

Bilik 1 ini sesuai untuk mereka yang berkeluarga kecil kerana muat untuk menempatkan 4 orang dewasa. Namun, jika ada anak kecil juga tidak menjadi masalah untuk pilih bilik ini. Kerana bilik ini menyediakan 1 katil king dan juga 1 sofa bed untuk keselesaan kita.

  • Bilik 1
  • Katil king dan sofa bed
  • untuk 4 orang

Klik sini untuk lihat penginapan chalet kontena yang unik dan hipster di Melaka untuk port family day.

Bilik 2 ini bilik yang sedikit sempit berbanding bilik 1. Walaubagaimanapun, bilik ini mungkin lebih selesa kerana muat untuk 4 orang dengan 2 katil queen.

  • Bilik 2
  • 2 katil queen
  • untuk 4 orang

Bilik 3 ini lebih sesuai untuk mereka yang berkeluarga seramai 5 orang. Kerana bilik ini bukan sahaja mempunyai 2 buah katil queen, malah terdapat juga 1 katil single yang disediakan.

  • Bilik 3
  • 2 katil queen
  • 1 katil super single
  • untuk 5 orang

Bilik yang keempat ini sesuai untuk yang bujang atau dara. Mereka yang suka untuk duduk bersama, berborak sampai pagi dan sebagainya. bilik ini menempatkan 3 katil single yang selesa.

  • Bilik 4
  • 3 katil single
  • untuk 3 orang

Selain tu, dalam villa ini juga turut menyediakan :

  • 50’’ tv led dengan home treater system
  • Dapur yang lengkap
  • Tempat bbq
  • Green screen dan pro lighting untuk buat sesi photography
  • Lot parking kereta dimana tetamu boleh buat aktiviti family day di sini
  • Tandas yang ada water heater

Besar juga kan dapur dan ruang tamu yang terdapat dalam villa ni. Jadi sesuai lah untuk kita yang pilih villa ini sebagai tempat percutian yang menarik. Boleh berkumpul dengan family beramai dengan harga pun murah.

Harga bagi villa besar private pool ni ialah RM880 untuk weekdays, RM980 untuk weekend, manakala RM1180 untuk public holiday untuk 1 malam.

Walaupun katil yang disediakan untuk 16 orang, bilangan tetamu boleh diisi sehingga maximum pax 25 orang dengan extra bed.

Selain dari tu, kelebihan villa ni ialah mudah untuk di’akses’ ke bandar dan kawasan tarikan di Ipoh. Antaranya ialah:

  • 8 minit je nak ke Bandar Ipoh
  • 2 kilometer sahaja dari Lost World of Tambun
  • 2.5 kilometer dari Sunway Hotspring & Spa
  • 7 kilometer dari Bulatan Amanjaya
  • 5 minit nak ke AEON Kinta City
  • 6 minit untuk ke Tesco Ipoh

Kesimpulannya, sekiranya anda nak mencari tempat percutian yang menarik dan boleh have fun beramai-ramai bersama keluarga tanpa gangguan penghuni yang di sekitar Ipoh, boleh lah berkumjung ke Tambun Pool Villa ni.

Suasana selesa, rumah besar dan bersih. Kedudukan juga sangat strategik untuk memudahkan kita boleh berjalan-jalan di sekitar kawasan menarik yang terdapat di Ipoh.

Kepada yang ingin membuat tempahan, boleh terus hubungi nombor telefon yang saya sertakan di bawah ini.

Nama: Tambun Pool Vila

Alamat: No 2, Hala Taman Tambun 2, Taman Tambun, 31400 Ipoh Perak

No phone: 013-351 4041

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/