#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik πŸ‘‰ ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Penginapan Kawasan Kampung Bendang, Pemandangan Memukau, Dan Banglo Kayu Style Kampung, Antara Port Penginapan Terbaik Bila Bercuti Ke Langkawi!

0 2,580

Salah satu destinasi kegemaran rakyat Malaysia untuk bercuti ke pulau ialah Pulau Langkawi. Di sini ada tarikannya tersendiri menjadikan ia antara tempat pelancongan utama, antaranya Oriental Village, Skybridge Cable Car, Telaga Tujuh, dan macam-macam lagi.

Bila berpeluang bercuti ke sana, sudah tentu kita selalu memikirkan tempat-tempat menarik ini yang ingin dikunjungi. Namun tak boleh dilupakan juga tentang tempat penginapan yang akan memberikan keselesaan dan kegembiraan sepanjang bercuti di sana.

Selalu memilih kawasan tepi pantai, apa kata kali ni jom cuba pula hotel penginapan kawasan kampung bendang yang sememangnya sinonim dengan negeri Kedah.

Dinamakan Banglo Tanabendang, hotel ni terletak berhampiran dengan Pantai Cenang. 5 minit je perjalanan dari sana, dan hanya 10 minit dari Lapangan Terbang Langkawi. Mudah sahaja untuk sampai ke sini.

Sawah padi yang terbentang luas di sebelah hotel menjadi antara faktor utama pengunjung memilih penginapan ini. Dengan suasana yang nyaman dan persekitaran perkampungan, penginapan ni menjadi tempat yang sesuai bagi yang nak bercuti sambil berehat dan menikmati pemandangan indah dan udara segar kampung.

Tanabendang memberikan konsep banglo kampung dengan sentuhan senibina kayu tradisional. Tak keterlaluan rasanya jika menamakan penginapan ini sebagai rumah kampung mewah disebabkan dekorasi dalamannya yang cantik, gah, dan selesa.

Tambahan lagi, terdapat kolam renang outdoor untuk dewasa dan kanak-kanak yang berdekatan sahaja dengan semua bilik penginapan di sini.

Hotel ni menawarkan penginapan banglo kayu yang dibina sebiji-sebiji dalam satu kawasan persekitaran landskap yang cantik.

Terdapat 1 unit untuk penginapan 4 orang, 3 unit untuk penginapan 3 orang, dan 4 unit untuk penginapan 2 orang. Bagi penginapan 2 orang itu, 2 antaranya adalah penginapan konsep bilik moden.

Kesemua penginapan ini menyediakan bilik air private yang siap dengan bathtub, penghawa dingin, tv, kettle, dan ada antaranya yang terdapat balkoni untuk pengunjung bersantai.

Ini yang dikatakan sentuhan β€˜luxury village home’ yang memberikan pengalaman baru pada pengunjung yang belum pernah lagi menginap penginapan seperti ini.

Ibarat kat kampung halaman sendiri, penginapan ini dihiasi dengan perabot kayu, dan mempunyai pintu dan tingkap seakan-akan rumah kampung juga. Masuk je ke dalam rumah dan terus buka tingkap, terasalah nikmatnya bila melihat sawah bendang terbentang luas depan mata.

Penginapan yang full of nature ni memang idaman setiap orang. Nak rasai chalet depan tasik dan kolam renang, jom je sini! Siap boleh berkayak dan mandi kolam tak kira masa.

Berikut merupakan harga bagi setiap penginapan di sini:

PENGINAPAN BILIK 2 PAX – RM250 /malam

PENGINAPAN BANGLO KAYU 2 PAX – RM300/malam

PENGINAPAN BANGLO KAYU 3 PAX – RM350/malam

PENGINAPAN BANGLO KAYU 4 PAX – RM400/malam

Dengan konsep penginapan, kemudahan dan pemadangan indah di sini, harga ini boleh dikatakan berpatutan. Tambahan lagi, sekiranya pengunjung menginap lebih dari 2 malam, boleh nikmati diskaun yang akan ditawarkan.

Selain dari tu, di Tanabendang juga terdapat penyediaan makanan untuk pengunjung, kemudahan dapur yang lengkap dengan cooker, fridge dan oven. Bagi yang ingin berbbq, di sini turut sediakan bbq pit.

Bukan itu sahaja, Kebanyakan pengunjung yang pernah datang ke sini amat berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pengurusan di sana.

Bukan sahaja dari segi penginapan, pengunjung juga diberi layanan mesra dan cadangan mengenai tempat makanan menarik yang boleh didapati di sekitar Langkawi dan juga tempat lawatan yang boleh dikunjungi. Penyediaan makanan oleh pihak hotel pun sedap dan memenuhi citarasa.

Nak ke tempat pelancongan di Langkawi pun pengunjung tak perlu risau kerana mudah sangat untuk sampai ke sana . Kesemuanya berdekatan sahaja dengan Tanabendang.

Antaranya Oriental Village dan Langkawi Cable Car (9.1 km), Beras Terbakar (4.7 km), Langkawi Underwater World (2.5 km), Makan Mahsuri (7.1 km), Cenang Mall (2.1 km) dan macam-macam lagi.

Apa lagi. Jom la menginap di hotel penginapan kawasan kampung bendang yang indah ini apabila bercuti ke Langkawi. Dan rasai sendiri kenikmatan dan keindahan pemandangan di sana.

Nama: Tanabendang Banglo Langkawi

Alamat: No 156, Lot 2118, Kg Belak, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi

No phone: 019-215 9095

Leave A Reply

Your email address will not be published.