Buat Pelbagai Aktiviti Ni Di Putrajaya Dengan Harga Serendah Rm10 Sahaja

0 1,913

Buat Pelbagai Aktiviti Ni Di Putrajaya Dengan Harga Serendah Rm10 Sahaja. Marina Putrajaya, Cruise Tasik Putrajaya dan Pusat Rekreasi Air Putrajaya telah melancarkan satu promosi hebat untuk kita semua.

Promosi yang diberi nama Ten-Q itu dibuat bagi menzahirkan rasa terima kasih kepada barisan frontliner yang bertungkus lumus memastikan kita semua terhindar dari wabak covid 19 yang menular baru-baru ini.

Menerusi hebahan yang dibuat oleh ketiga-tiga tempat tersebut di laman rasmi facebooknya mereka, Promosi ini sekaligus dibuat bersempena pembukaan semula kawasan riadah dan aktiviti-aktiviti di sana.

Tasik di kawasan Putrajaya ini merupakan tasik yang sering menjadi tumpuan warga Putrajaya dan sekitar untuk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga.

Terdapat banyak aktiviti menarik yang sememangnya ada dan boleh dilakukan di sana. Sudah pasti harga sebelum ini lebih mahal berbanding dengan harga terkini sempena PROMOSI.

Promosi Ten-Q ini membuka peluang kepada kita untuk membuat sebarang aktiviti dengan harga RM10 sahaja untuk setiap aktiviti. Wow! Jangan lepaskan peluang ini dan cari masa terluang untuk bawa anak-anak keluar bersiar-siar di sini.

Confirm anak-anak akan berpuas hati kalau dapat bawa mereka ke sini. Bukan satu atau dua malah ada banyak aktiviti menarik yang boleh kita lakukan.

Namun, tidaklah semua aktiviti yang dibenarkan dengan harga RM10 ini.

ANTARA AKTIVITI YANG BOLEH DIBUAT DI TASIK MARINA PUTRAJAYA

11)      Cruise Tasik Putrajaya (Presint 1)

a.       Sightseeing Cruise

b.       Perahu Dondang Sayang

22)      Marina Putrajaya (Presient 5)

a.       Gym

b.       Squash

c.       Snooker

33)      Pusat Rekreasi Air Putrajaya (Presint 13)

a.      

b.       Waterball

c.       Paddle Boat

d.       Duffy Boat

e.       Memancing

f.        Bot Memancing

Bagaimanapun, semuanya adalah tertakluk kepada terma dan syarat. Promosi Kaw-Kaw ini dibuat bermula 1 Julai dan berakhir 10 Julai. Iaitu selama 10 hari kesemuanya.

Untuk Cruise Tasik Putrajaya ianya bermula jam 10 pagi sehingga jam 7 malam. Manakala bagi Marina Putrajaya dan pusat Rekreasi Air Putrajaya pula dibuka bermula jam 9 pagi dan akan ditutup jam 7 malam.

KPM pun dah mula umumkan persekolah bakal dibuka bagi keseluruhan secara berperingkat. Jadi, inilah masa yang sesuai untuk ibu bapa mengambil peluang bawa anak-anak berjalan-jalan. Lakukan aktiviti berfaedah dengan mereka. Boleh juga tidur sehari dua di mana-mana penginapan.

Bersesuaian dengan kebenaran bercuti dari pihak Kerajaan yang bermula pada 10 Jun lepas, banyak tempat-tempat penginapan. Hotel , resort, chalet, pusat peranginan, tempat tumpuan pelancong semuanya menawarkan harga rendah untuk kita semua.

Selain daripada itu, satu lagi promosi yang ditawarkan oleh Marina Putrajaya ialah Promosi FIT WOW berbentuk promosi harian dan bulanan.

Bagi harian, hanya membayar RM20 sahaja, kita boleh akses  empat (4) fasiliti di Marina Putrajaya. Dan bagi bulannan pula, dengan bayaran hanya RM150 boleh akses empat fasiliti yang disediakan. Empat fasiliti tersebut ialah Gym, Steam & Sauna, Swimming Pool dan Squash.

Memang jimat berganda kalau ambik pakej bulanan. Bagi yang memang sentiasa akan gunakan perkhidmatan tersebut, memang saya suggestkan untuk langgan bulanan. Penjimatan berganda dan berbaloi-baloi!

Berikut sedikit perkongsian dari warga net di laman facebook yang berkongsi betapa ramainya yang sedang berseronok bawa anak-anak ke Putrajaya ni.

Yang mana nak ke Kuala Lumpur, jangan lupa naik Menara Kuala Lumpur secara Percuma sepanjang Julai ini.

MESTI FOLLOW RULE SOP

Bukan senang nak ada masa sebegini kan. Jadi janganlah lepas kan peluang ini. Walau bagaimanapun, Standard Operation Procedure (SOP) haruslah diterapkan kepada semua para pengunjung dan staf Kawasan.

Oleh itu, usaha pihak Kerajaan dalam membendung Wabak Covid19 ini akan menjadi usaha yang sangat dibanggakan, bukan disia-siakan leh kita yang tidak menjaga dan tidak patuh arahan kerajaan.

Meskipun kita masuk ke Kawasan hiburan, tempat riadah dan buat aktiviti yang disediakan, pastikan jaga penjarakan sosial sejauh 1 meter, pakai mask jika berada di Kawasan yang sibuk dan akhir sekali sentiasa mencuci tangan menggunakan hand sanitizer.

Jom Buat Pelbagai Aktiviti Ni Di Putrajaya Dengan Harga Serendah Rm10 Sahaja. Kami di Port Cuti mendoakan kalian happy selalu dan dapat enuhi permintaan anak-anak untuk berjalan-jalan sebelum masuknya sesi persekolahan tidak lama lagi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.