Nikmati Pemandangan Indah Dari Menara Kuala Lumpur Secara Percuma Selama Sebulan!
Nikmati Pemandangan Indah Dari Menara Kuala Lumpur Secara Percuma Selama Sebulan. Ini merupakan satu berita baik yang boleh membuatkan anak-anak tersenyum gembira.
Selepas 3 bulan kita diminta #STAYATHOME dan mengamalkan penjarakan sosial disebabkan Wabak Covid 19, kini Kerajaan Malaysia sudah memberi keizinan untuk membawa anak-anak dan keluarga untuk keluar makan angin.
Namun, setiap pergerakan hendaklah masih mematuhi Standard Operating procedure (SOP) yang ditetapkan oleh pihak kerajaan kepada kita.
3 SOP yang wajib dipatuhi oleh semua orang, buat masa ini ialah :
- Penjarakan sosial dengan jarak 1 meter
- Memakai penutup muka atau mask jika di tempat awam yang sesak
- Sentiasa mencuci tangan menggunakan hand sanitizer
Sudah pasti akan dipatuhi oleh semua masyarakat yang sudah mula terasa rimas kerana terlalu lama berada di rumah. Rata-rata memahami tujuan berlakukan situasi berikut adalah demi kebaikan bersama.
Bermula 10 Jun lepas, Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat telah ditukar dan dilonggarkan kepada PKPP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. Bermula dari itu, banyak sektor ekonomi yang sudah mula beroperasi termasuklah sektor pelancongan.
Tidak mahu terlepas peluang, semua tempat percutian, peranginan, lawatan dan tarikan pelancong semuanya memberikan diskaun terbaik bagi menarik para pengunjung untuk berkunjung ke tempat mereka.
Sehubungan dengan itu, Menara Kuala Lumpur juga tidak mahu mengabaikan peluang ini dengan memberikan Promosi yang sangat istimewa buat semua pengunjung.
Nikmati Pemandangan Indah Dari Menara Kuala Lumpur Secara Percuma Selama Sebulan!
Siapa yang tidak pernah sampai ke Menara Kuala Lumpur, ini lah masanya! Kita dapat menikmati bandaraya Kuala Lumpur dengan ketinggian 276 meter dari aras laut.
Bagi sesiapa yang ada kawan atau ahli keluarga yang gayat, memang seronok lah untuk disakat. Promosi ini dijalankan selama sebulan bermula 1 Julai 2020 iaitu Rabu lalu.
Bermula hari pertama dilancarkan, berpusu-pusu rakyat Malaysia yang tiba untuk membuat pendaftaran masuk ke Menara KL ini.
Kemasukan PERCUMA ini diberikan kepada seluruh rakyat baik warganegara Malaysia atau pun bukan yang datang berkunjung ke Menara Kuala Lumpur ini di Observation Deck.
Pada hari kebiasaannya, harga masuk untuk ke Observation Deck atau Pelantar Pemandangan ini adalah sebanyak RM30 sahaja. Namun kini ianya PERCUMA selama sebulan.
Namun, sekiranya para pengunjung ingin membuat aktiviti -aktiviti lain seperti sky deck dan lain-lain, pengunjung juga turut akan menerima promosi potongan harga iaitu sebanyak 50 peratus.
Untuk merasai pengalaman di Sky Deck, harga promosi yang diberikan adalah seperti berikut :
Warganegara
- Dewasa RM36
- Kanak-kanak RM18
Bukan Warganegara
- Dewasa RM 49
- Kanak-kanak RM26
Jadi kepada yang nak datang bersama keluarga bawak anak-anak menghayati pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur dari tingkat tinggi ini, boleh berbuat demikian dalam tempoh yang diberikan ini.
Kapasiti pengunjung juga diambil kira kerana masih mengamalkan penjarakan sosial dan SOP mestilah terus dilaksanakan. Slot untuk masuk ke Menara Kuala Lumpur ini boleh didapati di bahagian pintu masuk Menara Kuala Lumpur.
First Come First Serve itulah yang digunakan bagi memberikan keutamaan kepada mereka yang terawal sampai ke Menara Kuala Lumpur ini bagi merasai pengalaman yang best ini.
Walau bagaimanapun, untuk tujuan keselamatan kita tidak dibenarkan membawa beg peribadi, seperti bag laptop atau bag sandang masuk ke Kawasan Sky Deck. Dan barang yang diiziinkan untuk masuk mestilah bersaiz dimensi 16” x 16” x 8” sahaja.
Saya kira inilah peluang terbaik untuk ibu bapa membawa anak-anak untuk berjalan-jalan sebentar sebelum sesi persekolahan yang bakal dibuka tidak lama lagi.
Jadikan pengalaman mereka dalam menikmati keindahan kota Ibu Negara Malaysia ini sebagai kenangan dan pengalaman yang paling menyeronokkan.
Kami di Port Cuti akan membantu anda dengan sediakan banyak lagi maklumat – maklumat menarik mengenai percutian atau travel yang terbaik.
Alang-alang dah sampai Kuala Lumpur, jangan lupa jelajah tempat menarik di Kuala Lumpur ni!