Bilik Depan Pantai Pulau Tioman, Terpukau Dengan Air Lautnya Yang Jernih Membiru

0 472

Lihat dalam gambar je pasti terpesona dengan kecantikan air laut di pulau ni. Warnanya biru turquoise persis pantai di luar negara. Padahal hanya di Pulau Tioman sahaja. Dapat menginap di bilik depan pantai Pulau Tioman yang indah macam ni pasti menjadi idaman setiap orang. Nyaman je rasa dapat menikmati udara segar dari pantai dan pemandangan laut biru depan mata.

Apa yang menariknya di sini, pengunjung bukan sahaja dapat menginap di resort dalam suasana nyaman, malahan dapat buat aktiviti laut seperti snorkeling dan berkayak di lautan air yang jernih bak kristal sehingga nampak ke dasar. Alangkah seronok dapat menikmati keindahan air laut sebegini.

‍‍‍‍‍Resort ni dinamakan Dumba Bay Resort yang terletak di Kampong Genting Pulau Tioman. Pemandangan di resort ni memang indah memukau. Lagi-lagi dari pemandangan bilik yang menghadap pantai. Bayangkan bila bangun waktu pagi, terus buka pintu bilik dan berehat santai depan balkoni. Sangat tenang bila dapat menikmati keindahan laut sambil mendengar bunyi ombak dan tiupan anginnya dari pantai.

Bilik depan pantai Pulau Tioman ni merupakan salah satu tarikan utama bagi resort ni. Jaraknya pula betul-betul dekat dengan pantai. Hanya beberapa langkah sahaja. Ditambah lagi dengan dekorasi landskap sekitar chalet yang cantik dan indah. Bercuti di sini pasti memberikan seribu satu kenangan manis kerana suasana keindahan dan ketenangannya.

Bukan itu sahaja, tarikan lain ialah termasuk perkhidmatan dan makanan di resort ni yang boleh dikatakan sedap dan amat memenuhi citarasa. Di samping tu pengunjung juga dapat menikmati pelbagai lagi aktiviti menarik yang boleh dilakukan di sini. Pasti berpuas hati bila buat trip bersama family and kawan-kawan ke sini.

Di Dumba Bay Resort ni terdapat 2 jenis bilik penginapan yang disediakan iaitu Bilik Seaview dan Garden View.

BILIK SEAVIEW:

▶️ Twin: RM120 pada hari biasa dan harga antara RM130-RM160 pada hujung minggu dan cuti am

▶️ Quad/Triple: RM150 pada hari biasa dan harga antara RM160-RM190 pada hujung minggu dan cuti am

GARDEN VIEW:

▶️ Quad/Triple: RM140 pada hari biasa dan harga antara RM150-RM180 pada hujung minggu dan cuti am

‍‍‍‍Namun bila sebut sahaja percutian ke pulau, bukan sekadar kos penginapan sahaja yang dilihat. Pasti ramai antara kita yang ingin mencari pakej yang merangkumi penginapan, tambang kos feri dan aktiviti yang ada. Di resort ni sudah menyediakan beberapa pakej yang boleh dipilih untuk memudahkan pengunjung.

Pakej ini disediakan mengikut ‘per head’:‍‍‍‍‍

PAKEJ 2H1M termasuk feri pergi balik, welcome drink, penginapan, sarapan, makan tengahari dan bbq dinner:

BILIK SEAVIEW:

▶️ Quad: RM290 (weekdays), RM295 (weekend), RM310 (school hoilday), RM325 (ph)

▶️ Triple: RM300 (weekdays), RM305 (weekend), RM320 (school hoilday), RM335 (ph)

▶️ Twin: RM310 (weekdays), RM315 (weekend), RM330 (school hoilday), RM345 (ph)

▶️ Single: RM460 (weekdays), RM465 (weekend), RM480 (school hoilday), RM495 (ph)

▶️ Child: RM250 (weekdays), RM255 (weekend), RM265 (school hoilday), RM285 (ph)

GARDEN VIEW:

▶️ Quad: RM270 (weekdays), RM275 (weekend), RM290 (school hoilday), RM305 (ph)

▶️ Triple: RM280 (weekdays), RM285 (weekend), RM300 (school hoilday), RM315 (ph)

▶️ Child: RM250 (weekdays), RM255 (weekend), RM265 (school hoilday), RM285 (ph)

Pakej 3H2M termasuk feri pergi balik, welcome drink, penginapan, sarapan, makan tengahari, malam, bbq dinner, 1 snorkeling trip (Renggis Island, Marine Park dan Kg Tekek) dan Duty Free Centre:

BILIK SEAVIEW:

▶️ Quad: RM350 (weekdays), RM355 (weekend), RM370 (school hoilday), RM385 (ph)

▶️ Triple: RM360 (weekdays), RM365 (weekend), RM380 (school hoilday), RM395 (ph)

▶️ Twin: RM370 (weekdays), RM375 (weekend), RM390 (school hoilday), RM405 (ph)

▶️ Single: RM520 (weekdays), RM525 (weekend), RM540 (school hoilday), RM555 (ph)

▶️ Child: RM270 (weekdays), RM275 (weekend), RM285 (school hoilday), RM305 (ph)

GARDEN VIEW:

▶️ Quad: RM330 (weekdays), RM335 (weekend), RM350 (school hoilday), RM365 (ph)

▶️ Triple: RM340 (weekdays), RM345 (weekend), RM360 (school hoilday), RM375 (ph)

▶️ Child: RM270 (weekdays), RM275 (weekend), RM285 (school hoilday), RM305 (ph)

Jika inginkan percutian yang lebih lama lagi, boleh terus menghubungi pihak pengurusan resort dan setiap harganya boleh dirunding lagi.

Harga ni belum termasuk snorkeling gear, tiket ke Marine Park dan Johor Park. Untuk snorkeling gear, harganya RM20 iaitu termasuk mask dan life jacket. Untuk tiket Marine Conservation Park dan Johor Conservation Park pula, harga dewasa ialah RM5 manakala kanak-kanak RM2.50.

Klik sini untuk lihat satu lagi Chalet di Pulau Tioman yang indah dengan suasana laut kebiruan, pasir putih yang lembut dan dikelilingi hutan tebal.

Selain dari tu, banyak lagi aktiviti lain yang disediakan. Seronok sangat dan pasti tak boring sepanjang percutian di sini. Antaranya ialah volleyball, jungle trekking, waterfall trip, kayak, fishing trip, tele match, sunset cruise dan macam-macam lagi.

Chalet depan pantai Pulau Tioman ni seharusnya menjadi salah satu destinasi bagi yang inginkan percutian ke pulau yang indah berada di dalam Malaysia. Tak perlu lagi ke overseas! Di sini sahaja dah boleh menikmati air laut yang kebiruan seperti yang selalu dilihat di luar negara.

Nama: Dumba Bay Resort

Alamat: Lot 51, Kampung Genting, Pulau Tioman, 26800 Kuala Rompin, Pahang

No phone: 017-886 8856 / 09-419 7008

Leave A Reply

Your email address will not be published.