Chalet Kolam Renang Konsep Garden Kat Kawasan Kampung Di Mersing, Dekat Je Dengan Pantai!

0 26,106

Bercuti di penginapan yang penuh dengan kehijauan menjadi idaman bagi mereka yang sukakan percutian privacy. Lagi-lagi penginapan yang menawarkan suasana nyaman dan tenang dalam kawasan perkampungan. Sebagai contohnya chalet kolam renang konsep garden yang berada di Padang Endau, Mersing ni.

Chalet ni ada keunikannya tersendiri. Mempunyai reka bentuk penginapan yang confirm buat pengunjung teruja disebabkan oleh gabungan konsep Islamik dan gardennya. Chalet ni merupakan satu-satunya pusat pelancongan Islamic Agro yang ada di daerah Mersing ni.

Berada dekat dengan alam semulajadi seperti gunung-ganang dan laut, chalet ni menawarkan pemandangan yang indah dan tenang dengan penginapan chalet yang cantik dalam kawasan perkampungan.

Apa yang menariknya, di resort ni ada kolam renangnya yang luas untuk dewasa dan kanak-kanak yang terletak betul-betul di depan bilik, dan membuatkan pengunjung seronok untuk mandi manda dalam kawasan tenang dan privacy sebegini.

Jarang kita lihat resort di pulau yang ada kolam renang menghadap pantai. Dengan pemandangan air laut birunya kat depan mata! Jom ke resort best yang ada di Pulau Tinggi Johor ni.

Tambahan lagi resort ni menyediakan aktiviti-aktiviti menarik yang lain seperti atv, memanah dan berbasikal dalam kawasan kampung untuk dijadikan aktiviti santai bersama keluarga.

Bukan tu je, pengunjung juga turut berpeluang ke pantai yang berhampiran untuk lakukan bermacam-macam lagi aktiviti menarik yang lain seperti memancing, beriadah dan lawatan ke pulau yang cantik iaitu Pulau Mawar.

Dalam satu kawasan chalet ni sahaja, pengunjung boleh melakar pelbagai kenangan yang indah sepanjang menginap di sini.

Chalet ni dinamakan Barokah Hill Beach Resort yang menawarkan penginapan selesa berbalkoni dengan pemandangan tasik dan kolam. Sesuai bagi yang ingin datang untuk aktiviti hari keluarga atau percutian biasa dengan family dan pasangan.

Ini senarai penginapan dan harganya:

VILLA A

  • 7 unit
  • Pool View
  • Setiap unit ada 1 double bed en suite
  • Weekdays: RM239, Weekend: RM249, Public Holiday: RM269

VILLA B

  • 1 family villa en suite unit
  • Pool view
  • Ada 1 double bed dan 2 single bed
  • Weekdays: RM279, Weekend: RM289, Public Holiday: RM299

VILLA C

  • 2 unit sambungan family rooms
  • Garden view
  • Setiap unit ada 1 double bed dan 2 single bed
  • Weekdays: RM259, Weekend: RM269, Public Holiday: RM289

VILLA D

  • Premium 1 bilik tidur holiday villa
  • Ada 1 double bed (en suite) dan 2 single bed
  • Terdapat dining set dan dapur
  • Weekdays: RM289, Weekend: RM299, Public Holiday: RM339

AS SALAM FAMILY VILLA

  • 1 family villa en suite
  • Ada 1 queen bed dan 3 katil double decker
  • Ada dining table
  • Weekdays: RM359, Weekend: RM379, Public Holiday: RM399

Kesemua harga bilik ni termasuk sarapan pagi, kemudahan dalam bilik seperti aircond, bilik air, almari, meja cermin, kettle dan coffee/tea.

Selain dari tu, bagi yang ingin berbulan madu, di sini juga terdapat pakej untuk pasangan berbulan madu termasuk dekorasi bilik dan candle light dinner. Pengunjung boleh buat tempahan lebih awal untuk pihak resort menyediakan pakej yang diingini.

Ini pula harga terkini untuk aktiviti santai yang ada disediakan di sini:

  • Memukat pantai: RM150 untuk 6-8 orang (2-3 kali tarik)
  • Berbasikal: RM15/jam (basikal besar), RM10/jam (basikal kecil)
  • Memanah: RM10 (8 panah), RM20 (20 panah)
  • Atv: RM25 (15 minit)
  • Bbq: RM35 (mini bbq charcoal set), RM45 (bbq satay charcoal set), RM60 (bbq charcoal set), RM85 (bbq aluminium charcoal set) – Setiap set termasuk meja, fire starter, tong dan arang

Apa lagi, jangan lepaskan peluang untuk bercuti di chalet kolam renang konsep garden ni, dan luangkan masa dengan keluarga sambil menikmati keindahan suasana kampung yang terdapat di sini.

Nama: Barokah Hill Beach Resort

Alamat: PTD526 Jalan Penyabung-Tg Resang, Kampung Tg Resang 86900 Mersing, Johor

No phone: 019-721 6847 / 010-662 4144

Leave A Reply

Your email address will not be published.