#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Percutian Alam Semulajadi Dan Sungai Berdekatan Chalet, Jom Bercuti Dan Menginap Di Homestay Suasana Kampung Nyaman Di Kulim Kedah Ni!

0 5,158

Puas dah mencari port cuti menarik di serata negara kan. Lagi-lagi sekarang mood bercuti masih ada dalam kita menuju ke hujung tahun 2020 ni. Dah banyak tempat-tempat percutian yang kita cuba terokai dalam Malaysia ni.

Di tepi sungai, tepi laut, mahupun kawasan hutan. Namun, masih ramai yang belum tahu tentang homestay suasana kampung nyaman yang terletak di daerah Kulim, Kedah ni.

Dinamakan Sedim Vista, resort ini ditubuhkan dengan konsep homestay suasana kampung yang menawarkan percutian tenang dalam kawasan alam semulajadi.

Bila menginap di sini, pengunjung lebih terdedah untuk bersantai seperti di kampung halaman sendiri dan dapat menikmati udara nyaman. Yang paling menarik sekali dapat mandi manda di sungai yang berada beberapa langkah je dari homestay penginapan.

SUNGAI PRIVACY YANG JERNIH DAN TAK DICEMARI

Nak diceritakan tentang sungai di sini. Ianya terletak di dalam kawasan resort yang dijaga rapi oleh owner homestay. Pengunjung boleh buat aktiviti mandi manda bersama keluarga tanpa gangguan dari orang luar kerana sungai ini privacy dan dibuka untuk pengunjung yang menginap di sini sahaja. Air sungai pun tak begitu deras, sesuai untuk mandi santai bersama dengan anak-anak.

Kelebihan lain yang ada di resort ni ialah penginapan homestay yang dibina dengan konsep rumah kampung tradisional. Setiap rumah ada halamannya sendiri yang luas untuk beriadah bersama keluarga pada waktu siang.

Menjelang malam pula, boleh berehat santai dan berbbq kat halaman homestay masing-masing. Bila lakukan aktiviti sebegini, menggamit kenangan pula seperti berada di kampung halaman sendiri.

Bagi rumah penginapan di resort ini, terdapat 8 buah Chalet Villa dan 3 unit Chalet Kabin yang sesuai untuk keluarga kecil atau besar. Konsepnya ialah rumah kampung yang berkipas dan tiada aircond. Suasana malam di sini yang sejuk pun sudah cukup mendamaikan.

Untuk Chalet Villa, ianya terbahagi kepada 2 iaitu Chalet Villa Famili dan Chalet Villa Premium.

CHALET VILLA FAMILI

  • Boleh memuatkan 10-12 orang dalam satu chalet.
  • Terdapat 2 tingkat, 1 bilik tidur, 1 ruang tamu, dan 1 ruang dapur boleh memasak.
  • Chalet ni juga ada 1 bilik air di dalam dan 2 lagi berada bersebelahan chalet.
  • Tetamu akan disediakan bantal, tilam dan toto untuk 8-10 orang.
  • Di tingkat atas, ada ruang lapang berbalkoni yang boleh memuatkan 6-8 orang.
  • Harga untuk 1 malam bagi penginapan ini ialah RM380.

Klik sini untuk lihat hotel menarik depan pantai siap kolam renang mini waterpark yang terletak di Pulau Langkawi.

CHALET VILLA PREMIUM

  • Boleh memuatkan 4-6 orang dalam satu chalet.
  • Dalamnya juga terdapat 2 tingkat, 1 bilik tidur, 1 ruang tamu, dan 1 ruang dapur boleh memasak.
  • Berbeza dengan Chalet Villa Famili, chalet ini ada 1 bilik air sahaja.
  • Tetamu akan disediakan bantal, tilam dan toto untuk 6 orang.
  • Ada tingkat atas juga yang menyediakan ruang lapang berbalkoni yang boleh memuatkan 4 orang.
  • Harga untuk 1 malam bagi penginapan ini ialah RM280.

Manakala bagi Chalet Kabin, ianya bersaiz kecil sedikit.

CHALET KABIN

  • Boleh memuatkan 4 orang dalam 1 chalet.
  • Di dalam chalet ni terdapat kemudahan tv, peti sejuk, katil double decker dan bilik air di dalam.
  • Harganya lebih murah iaitu RM180 satu malam.

Jika percutian rumah kampung tradisional begini yang disukai, penginapan di Sedim Vista ni boleh menjadi percutian ideal untuk anda sekeluarga.

Selain dari tu, bagi yang ingin buat family day atau percutian keluarga, sudah tentu makanan dan aktiviti memasak yang paling penting dan perlu diutamakan juga. Di sini, ada menyediakan ruang makan cafeteria, dan outside kitchen.

Bagi yang ingin bbq, bbq set juga turut disediakan pada harga RM50/set. Ianya termasuk pemanggang, arang, penyepit, dulang, starter, dan kipas tangan.

Sedim Vista ni bukan sahaja menyediakan penginapan homestay suasana kampung nyaman sahaja. Sebagai pusat rekreasi resort, ianya juga terdapat aktiviti-aktiviti adventure yang dibuka pada kumpulan dan keluarga yang ramai.

Ianya termasuk flying fox, waterfall abseiling, white water rafting, water tubing, junggle trekking/night walk dan macam-macam lagi. Bagi yang berminat dengan aktiviti adventure sebegini, jangan lepaskan peluang untuk mencubanya.

Flying fox
Waterfall abseiling

White water rafting

Water tubing

Jungle trekking

Nama: Sedim Vista

Alamat: Lot 469 (Plot 1), Mukim Sedim, 09700 Karangan, Kulim Kedah.

No phone: 012-474 5888 ( Hj Mohd Zuber) / 012-474 5878 (Mohd Zani)

Email: [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.