Kolam Renang Depan Bilik! Jom Pilih Resort Ni Kalau Pergi Ke Langkawi. Buka Pintu Terus Terjun Kolam.

0 675

Kalau pergi ke Langkawi memang selalunya tercari-cari chalet mana yang sesuai untuk menginap sepanjang bercuti di sana. Rugilah kalau dah sampai ke sini tak pilih resort yang seronok, boleh mandi manda, berehat dan bersantai dengan keluarga. Kolam renang depan bilik! Ini salah satu kelebihan yang anda tak boleh lepaskan kalau nak cari tempat penginapan bila bercuti.

Resort ni dinamakan Villa Abadi yang terletak di Pantai Cenang, kira-kira 600m dari Pantai Kuala Teriang dan 3km dari Lapangan Terbang Langkawi. Tidak jauh dari kawasan-kawasan percutian menarik di sini. Resort ni menawarkan penginapan yang cantik, tenang dan selesa, dengan adanya kolam renang depan mata je.

Pemandangan sekitar resort pun cantik dengan pokok menghijau, buatkan sedap mata memandang. Resort ni serba bersih dan moden, dan kalau tengok pun kawasannya agak privacy. Sesuai untuk anda yang nak lebihkan masa di resort kalau bercuti ke Langkawi.

KOLAM RENANG DEPAN BILIK

Nampak pemilik resort ni mementingkan suasana dan pemandangan sekitar resort, sebab cantik sangat dekorasi di sekitar kolam renangnya. Bagi yang sampai ke sini, jangan lepaskan peluang untuk menginap di bilik yang betul-betul depan kolam renang.

Bukan pemandangan je cantik, paling seronok bila buka je pintu, boleh terus terjun ke dalam kolam. Anak-anak pasti seronok. Salah satu percutian idaman mereka.

Klik sini untuk lihat Chalet Kabin Kolam Renang Di Kuala Kangsar.

BILIK LUAS SERBA MODEN

Kat sini menawarkan beberapa jenis bilik penginapan sesuai untuk percutian individu, pasangan dan keluarga. Ada 7 jenis bilik kesemuanya yang lengkap dengan kemudahan. Dan yang penting biliknya luas dan selesa.

Kesemua bilik ada penghawa dingin, tandas, tv, mini bar dan sebagainya.

STANDARD TWIN ROOM

  • Balkoni/teres
  • 2 katil single

DELUXE TWIN ROOM

  • Pool view
  • 2 katil single

STANDARD DOUBLE ROOM

  • Balkoni/teres
  • 1 katil queen

DELUXE DOUBLE ROOM

  • Balkoni/teres
  • 1 katil queen

DELUXE KING ROOM

  • Pool view
  • 1 katil king

DELUXE KING SUIT

  • Balkoni/teres
  • 1 katil king, 1 katil single, 1 sofabed

DELUXE FAMILY SUITE

  • Balkoni/teres
  • 2 katil king, 1 sofabed

Harga penginapan di sini tak begitu mahal dan standard dengan kemudahan yang disediakan. Untuk bilik 2 orang seperti Standard Twin Room atau Deluxe Twin Room boleh dapat serendah RM165-200. Berbaloi dengan kemudahan yang disediakan.

Selain tu, di sini juga ada kelebihan lain seperti café/restoran, internet percuma dan macam-macam lagi. Mudah untuk anda dapatkan makanan. Kalau nak makan di luar pun tiada masalah sebab tak jauh nak akses ke restoran yang berdekatan.

Tempat-tempat percutian menarik di Langkawi pun tak begitu jauh dari kawasan resort. Jadi, boleh dikatakan resort ni tempat penginapan yang strategi juga bagi anda yang nak bercuti sakan di Langkawi ni.

Antaranya Langkawi Sky Bridge, Makan Mahsuri, Under Waterworld Langkawi yang berada sekitar 6-10km je dari resort. Begitu juga dengan tempat percutian lain. Kesemuanya berdekatan sahaja.

Jadi, memang resort ni boleh jadi pilihan anda sekiranya nak bercuti ke Langkawi nanti. Barulah seronok dapat bercuti sepenuhnya di sana. Cara nak buat tempahan, anda boleh akses terus ke booking.com dan Agoda.

Nama: Villa Abadi Resort

Alamat: No 42, Jalan Pantai Kok Kuala Teriang Mukim Padang Matsirat, Kuala Teriang 07000 Pantai Cenang, Langkawi.

Leave A Reply

Your email address will not be published.