Penginapan Kabin Kawasan Kampung Dekat Dengan Pantai Remis Kuala Selangor, Konsep Moden Ala Hotel

0 19,252

Penginapan jenis kabin atau kontena bukan asing lagi bagi yang sukakan percutian unik atau lain dari yang lain. Lagi-lagi sekarang ni penginapan kabin kebanyakannya dibina setaraf dengan bilik hotel yang moden dan selesa dengan kemudahannya. Sebagai contoh penginapan kabin kawasan kampung yang terletak di Pantai Remis Kuala Selangor ni.

Ianya boleh menjadi satu pilihan tempat percutian tenang kerana dalam kawasan perkampungan. Namun menjanjikan percutian yang selesa kerana direka dengan konsep moden serbaguna. Di dalamnya menyediakan bilik yang cantik termasuk lengkap dengan balkoni untuk ruang santai bagi setiap pengunjung.

Konsep penginapan kabin ni agak unik ala hotel moden di bandar, tambahan lagi dalam kawasan yang tenang dengan kampung scenery dan agak privacy. Amat sesuai menjadi tempat percutian santai hujung minggu dengan keluarga.

Menariknya lagi, ianya juga berdekatan dengan Pantai Remis iaitu beberapa meter sahaja dari bilik penginapan. Sudah pasti menjanjikan suasana yang tenang dan boleh juga menjadi pilihan destinasi bagi sesiapa yang ingin menikmati panorama pantai yang hanya memerlukan beberapa minit sahaja untuk ke sana. Bukan sahaja boleh berkelah, malah di tepi pantai ni juga pengunjung boleh menikmati makanan laut yang banyak terdapat di sini.

Selain dari tu, tarikan lain bagi penginapan kabin kawasan kampung ni juga ialah kolam renang yang besar terletak di tengah-tengah resort. Kebanyakan bilik di sini mempunyai view kolam renang ni yang cukup indah dalam persekitaran penuh kehijauan.

Lokasi resort ni juga boleh dikatakan strategik kerana berdekatan dengan KL iaitu 1 jam 30 minit perjalanan sahaja. Selain kelebihannya yang berada bersebelahan dengan Pantai Remis, ianya mudah untuk diakses melalui Lebuhraya KL-Kuala Selangor atau NKVE. Selain tu, resort ni juga berdekatan dengan sky mirror, bandar dan restoran ikan bakar sebagai tarikan lain yang ada.

Di sini terdapat 23 unit bilik. Keseluruhan resort boleh muat sehingga 92 orang tetamu dalam 1 masa. Dengan konsep hotel ala moden, kemudahan di dalam bilik sangat lengkap termasuk tv, aircond, private balkoni, wardrobe, kettle dan coffee dan macam-macam lagi. Boleh jaminlah keselesaannya.

Ini senarai nama bilik dan kadar harga semasanya:

Rotterdam (Pool view)

  • 6 pax
  • 1 katil queen dan 4 bunk bed
  • Normal (RM365), weekend dan public holiday (RM465)

Antwerp/Felixtowe/Hamburg (Garden view)

  • 6pax
  • 1 katil queen dan 4 bunk bed
  • Normal (RM320), weekend dan ph (RM420)

‍‍‍‍‍‍‍Venezia (Unit tree house, private jacuzzi)

  • 2 pax
  • 1 katil king
  • Normal (RM240), weekend dan ph (RM340)

Nak bercuti de Melaka? Apa kata jom menginap sekali di hotel kabin kolam renang depan bilik yang tenang dan privacy ni!

Durban (Pool view)

  • 2 pax
  • 1 katil queen
  • Normal (RM150), weekend dan ph (RM230)

Santos/Balboa (Pool view)

  • 4 pax
  • 1 katil queen dan 2 bunk bed
  • Normal (RM215), weekend dan ph (RM315)

Long Beach/Vancouver (Pool view)

  • 4 pax
  • 4 bunk bed
  • Normal (RM215), weekend dan ph (RM315)

Tangier/Abidjan/Djibouti/Mombasa (Sea view)

  • 3 pax
  • 3 single bed atau 1 katil queen dan 1 single bed
  • Normal (RM190), weekend dan ph (RM290)

Shanghai/Singapore/Sharjah (Garden view)

  • 4 pax
  • 1 katil queen dan 2 bunk bed
  • Normal (RM190), weekend dan ph (RM290)

Busan/Keihin/Kelang/Ho Chi Minh/Colombo/Melbourne (Garden view)

  • 4 pax
  • 4 bunk bed
  • Normal (RM160), weekend dan ph (RM260)

Harga bilik ni tak termasuk breakfast. Namun penginapan yang comfy ni kena juga pada harganya dan berbaloi mengikut kemudahan dalam bilik.

Bagi makanan pula pengunjung tak perlu risau kerana mudah sahaja untuk mendapatkan hidangan masakan yang sedap-sedap yang boleh didapati di cafe resort ni sahaja.

Selain dari tu, pengunjung bukan sahaja dapat bersantai dan berehat dalam penginapan selesa atau mandi kolam renang sahaja, bermacam lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini bersama keluarga. Antaranya ialah berbbq, berbasikal, mainan atv, kayak, pool table, karaoke dan macam-macam lagi.

Nama: The Kabin

Alamat: Jalan Haji Zainal, Jeram, 45800 Jeram Selangor

No phone: 017-924 7800 / 03-3264 7800

Leave A Reply

Your email address will not be published.