Penginapan Kabin Swimming Pool Depan Bilik Di Port Dickson, Port Percutian Best Bersama Keluarga!

0 22,704

Selalu kalau ke Port Dickson mesti kita cari resort, hotel dan chalet tepi pantai. Sesekali kalau nak meluangkan masa dengan keluarga ke kawasan kampung yag tenang, apa kata jom ke penginapan kabin swimming pool yang ada di sini. Persekitarannya yang terpencil dan jauh dari bandar menjadikan percutian di sini lebih privacy.

Kabin kontena ni bukan sahaja unik, malahan ada kolam renang dewasa dan kanak-kanak yang luas ada sliding berada depan bilik je. Sesuai nak gathering dengan family atau kawan-kawan, lagi-lagi buat hari keluarga dan booking keseluruhan tempat. Boleh mandi manda, berbbq dan sukaneka beramai-ramai kat kawasan yang lapang di penginapan ni.

Yang bestnya, tempat ni dekat je dengan Pantai Saujana di Port Dickson yang boleh berkelah, mandi manda dan watersport. Hanya 3-8 minit sahaja berjalan kaki dari penginapan. Best kan? Sambil lepak-lepak di penginapan kabin ni, boleh lagi main watersport di laut yang berdekatan.

Segala kemudahan di kabin ni pun selesa. Nama sahaja kabin kontena tetapi di dalamnya lengkap dengan kemudahan seperti dalam bilik sendiri. Ada katil yang empuk, aircond, kipas, tv, kettle dan macam-macam lagi. Ada pelbagai jenis bilik yang boleh dipilih, contohnya jenis bilik family atau jenis bilik untuk beramai-ramai yang lebih sesuai untuk backpackers dan member-member.

Penginapan kabin swimming pool di dinamakan Snooze Boxe Kabin. Terletak di Kampung Si Rusa, Port Dickson Negeri Sembilan, tempatnya amat tenang jika inginkan percutian santai dengan keluarga, di samping boleh menjadi port yang sesuai bagi mereka yang ingin menginap bila bercuti ke PD.

Tambahan lagi penginapan ni tak jauh dengan tempat-tempat lawatan atau perlancongan di sana, antaranya Dataran Teluk Kemang, Pantai Cahaya, Pulau Burung, Rumah Terbalik, Wild West Cowboy InDoor Theme Park, Rumah Api Tanjung Tuan dan macam-macam lagi.

Penginapan di sini ada 2 jenis. 1 ialah unit family dan 1 lagi unit untuk backpackers:

KONTENA FAMILY

Jenis penginapan ni mempunyai 10 unit. 8 unit darinya ada katil queen dan 2 unit lagi ada katil single. Di dalamny ada kemudahan aircond, tv siaran Njoi, kettle, towel dan tandas siap water heater. Boleh memuatkan 3 dewasa atau 2 dewasa dan 2 kanak-kanak, harganya seunit ialah RM98 untuk weekdays dan RM180 untuk weekend, cuti am dan cuti sekolah.

KABIN BACKPACKERS (AIRCOND)

Kabin ni mempunyai 2 unit. Harga weekdays ialah RM30/pax (kalau 1 kabin 8 pax RM230). Weekend pula RM50/pax (kalau 1 kabin 8 pax RM380).

KABIN BACKPACKER (KIPAS)

Kabin backpackers ni juga ada 2 unit. Harga weekdays RM25/pax (kalau 1 kabin 8 pax RM180) manakala weekend RM35/pax (kalau 1 kabin 8 pax RM280).

Kalau nak booking 1 tempat ni untuk family kita je, harga weekdays RM2200 manakala weekend RM3200. Pengunjung siap dapat menggunakan kemudahan khemah canopy + kerusi/meja 40pax. Sesuai sangatlah bagi yang ingin buat family day di sini.

Nak rasai penginapan kabin konsep moden ala hotel di kawasan perkampungan, jom ke Resort The Kabin di Pantai Remis Kuala Selangor ni!

Bukan tu je. Di sini ada bermacam lagi kemudahan lain yang disediakan bagi mereka yang ingin buat hari keluarga atau event beramai-ramai seperti reunion. Antara kemudahannya ialah ruang dapur yang terdapat peti sejuk dan dapur masak, tapak bbq (4 tapak, 3 meja besar, dan tv kabel), surau, pakej catering, birthday surprise, sukaneka dan ruang parking.

Kat sekitar sini pun pengunjung senang untuk akses ke tempat kemudahan lain. Antaranya kedai makan, klinik dan kedai serbaneka.

Kemudahan-kemudahan lain seperti petrol pam dan kedai makan yang berdekatan dengan penginapan ni ialah Petronas, Warung Pak Salleh, Itik Salai Masthar, King’s Char Kuey Teaw, Uptown, Pasar Tani, Pasar Malam, McD, KFC dan macam-macam lagi.

Jadi, bolehlah masukkan kabin kontena ni dalam list untuk percutian keluarga atau reunion dengan kawan-kawan nanti.

Nama: Snooze Boxe Kabin

Alamat: Jalan Pantai Batu 4, Kampung Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan

No phone: 016-322 4289 / 011-2876 8622

Leave A Reply

Your email address will not be published.

mahjong slot

slot gacor

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

nagatop

spaceman slot

slot188

slot nexus

slot188

slot bet 100

slot qris 10k

situs togel

aplikasi togel

togel online sydney