Penginapan Unik, Berkelah, Sukan Exteme Dan macam-macam Lagi Yang Boleh Dinikmati Di Resort Kawasan Jeram Kelantan Ni! Best Datang Dengan Keluarga Dan Kawan-Kawan

0 15,278

Terletak di Kuala Krai, resort kawasan jeram Kelantan ni menarik perhatian pengunjung kerana konsep eco tourism yang diketengahkan oleh pemilik resort ni.

Dengan kewujudan penginapan berhampiran dengan aliran air terjun jeram yang sejuk dan aktiviti-aktiviti yang lain, resort ni sesuai untuk dijadikan destinasi percutian keluarga, kawan-kawan mahupun mereka yang sukakan aktiviti extreme.

Pada mulanya, keunikan resort ni dapat dilihat dengan adanya penginapan tube dan chalet A-frame yang ditawarkan. Pengunjung dapat rasai pengalaman tidur dalam ‘bilik’ yang unik dan comel ni di sekitar pokok-pokok sawit yang terdapat di sini.

Kalau kebiasannya kita tidur dalam rumah moden dan kampung style di resort lain yang biasa dikunjungi, kali ni boleh cuba rasai pengalaman baru menginap dalam tube batu pula.

Selain dari tu, kewujudan jeram di kawasan resort ni boleh menarik pengunjung yang inginkan percutian santai bersama keluarga. Dengan persekitaran yang lapang dan privacy yang telah dijaga rapi, aktiviti paling best sekali ialah berkelah, berbbq, dan mandi air jeram yang sejuk dan nyaman.

Bagi yang mahukan percutian sehari sahaja di sini tanpa menginap pun boleh. Hanya dikenakan bayaran parking RM3 sahaja.

Bukan tu je. Bagi penggemar aktiviti extreme dan mereka yang ingin mencabar diri melakukan aktiviti lasak, resort ni tawarkan permainan yang boleh pengunjung rasai sukan extreme dalam kawasan hutan semulajadi. Antaranya zipline flying fox yang menyusuri air terjun, hiking, water tubing dan macam-macam lagi.

Bagi yang datang untuk bercuti sakan di sini, bayangkan selepas buat semua aktiviti extreme, terus sambung pula berendam dalam air jeram yang sejuk sambil makan-makan bbq di tepi sungai jeram. Memang syok kan!

Berikut senarai pakej penginapan tube, chalet A-frame, khemah dan aktiviti extreme yang terdapat di resort sini:

Single Tube Room (5 unit)

  • Queen bed
  • 2 pax
  • Shared bathroom
  • RM60
  • Termasuk breakfast

Double Tube Room (1 unit)

  • 2 queen bed
  • 4 pax
  • Shared bathroom
  • RM100
  • Termasuk breakfast 4 pax

Triple Tube Room (2 unit)

  • 3 queen bed
  • 6 pax
  • Private bathroom
  • RM170
  • Termasuk breakfast 6 pax

Triangle Room (Chalet A-Frame)

  • 2 queen bed
  • 4 pax
  • Private bathroom
  • RM150
  • Termasuk breakfast

Berkhemah

  • RM3 seorang, dengan kemudahan tapak khemah, tandas, bilik mandi dan surau.
  • Tetapi bagi yang ingin sewa khemah sekali dari pihak resort, terdapat 2 jenis khemah yang ditawarkan iaitu khemah 4 dewasa (5ft x 5ft) berharga RM25, dan juga khemah 8 dewasa (10ft x 10ft) berharga RM40. Pakej ini termasuk sekali tapak khemah, tandas, bilik mandi dan surau.

Klik sini untuk lihat penginapan chalet kontena di kawasan kampung dan sawah bendang untuk port family day di Penang!

Berikut merupakan pakej aktiviti extreme pula:

Zipline / Flying fox

  • Minimum 10 orang
  • RM15/head
  • Zipline sepanjang 170m merentasi Air Terjun Sungai Batu

Caving

  • Minimum 5 orang
  • RM35
  • Extra caj RM15/person untuk transport dari resort ke starting point
  • Setiap orang perlu memakai pakaian sukan dan headlamp. Dan sekiranya ingin melihat Sun Ray, perlulah ikut waktu ianya muncul iaitu dari 10.45 pagi hingga 11 pagi sahaja.

Hiking to Kem Baha (Sunrise view point)

  • Minimum 5 orang
  • RM60
  • Pakej ini termasuk nature guide, forestry permit, breakfast dan transport dari resort ke starting point
  • Aktiviti ni akan bermula jam 4 pagi dan sampai ke Baha Camp pada jam 6 pagi. Pukul 6.45 pagi dah boleh lihat matahari naik. Selepas tu akan bersarapan dan menuju ke Air Terjun Gunung Strong sebelum pulang ke resort pada pukul 12 tengahari.

Via Ferrata (Climbing through route at the outside of Gua Ikan cave wall)

  • Booking 3 hari awal
  • Minimum 3 orang dan maximum 10 orang dalam 1 sesi
  • 8 orang ke atas akan dapat harga diskaun
  • RM75/head

Waterfall hiking (Mendaki air terjun Gunung Strong)

  • Minimum 5 pax
  • Booking 3 hari awal
  • 30 minit dakian
  • RM40
  • Termasuk lunch pack
  • Forestry Permit RM10 (apply seminggu sebelum)

Water Tubing

  • Minimum 5 orang
  • Booking 3 hari awal
  • RM60/head
  • Naik pelampung menyusuri sungai

Dengan aktiviti yang banyak ni, pelbagai pilihan yang boleh dibuat oleh pengunjung. Kalau ingin mencuba kesemuanya, rasanya 2-3 hari pun tak mencukupi. Lagi seronok kalau datang ke sini dengan kawan-kawan dan team yang sekepala.

Mengenai makanan pula, tak perlu risau untuk medapatkan makanan jauh dari luar. Di resort ni, terdapat juga café yang menyediakan makanan yang sedap dan menepati citarasa.

Apa lagi. Jom plan trip percutian ke resort kawasan jeram Kelantan ni, dan rasai pengalaman mandi manda jeram, penginapan tube batu dan pelbagai aktiviti extreme di negeri Siti Wan Kembang ni.
‍‍‍‍‍‍
Nama: Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Alamat: Kampung Sungai Batu Jelawang,18200 Dabong, Kelantan
No phone: 014-832 4363

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://www.wlvliquors.com/wp-includes/slot-gacor/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.karotuto.fr/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.fincaelpinero.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.barberdepot.nl/wp-includes/slot-gacor/

https://infobiliaria.es/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hinterlaces.com/wp-includes/slot-gacor/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-bet-200/

https://www.teesdreams.com/wp-includes/slot-bonus/

https://diarioevolutiva.com/wp-includes/slot-bonus/

https://virginprinting.com/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/mahjong-ways/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-bonus-new-member/

https://www.periodico24.com/wp-includes/slot-bonus/

https://homesteadfibercrafts.com/slot-bonus/

https://bollywoodkanafusi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://choicewaresproducts.com/wp-includes/slot-bonus/

https://sbe.deu.edu.tr/wp-content/uploads/2022/01/slot-bet-200/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-server-thailand/

slot bet 100

slot bet 100

https://gtstspoilers.com/wp-includes/slot-mahjong-ways/

slot mahjong/

slot bet 100