Percutian Depan Sungai Yang Best Di Perak. Rasai Pengalaman Bercuti Di Dalam Kawasan Hutan Dan Sungai!

0 27,485

Kalau nak bercuti dan tenangkan fikiran port paling best mestilah penginapan yang jauh dari kesibukan kota. Lagi best kalau dapat bercuti kat penginapan yang berada di kawasan perkampungan atau hutan. Kata orang ‘back to nature’ gitu. Percutian depan sungai dalam kawasan perkampungan lagilah ada extra point! Siapalah tak mau kan bila dapat bercuti dalam kawasan yang tenang dan damai sebegini. Salah satu contohnya ialah penginapan yang terletak di Tanjung Malim ni.

 

 

Dinamakan Teratak Revierview, ianya merupakan penginapan depan sungai yang terletak hanya 4 km dari Tanjung Malim dan 60 km dari Kuala Lumpur. Suasana di sini sangat tenang dikelilingi alam semulajadi yang menghijau.

 

 

Resort ini merupakan lokasi perkhemahan dan aktiviti lasak yang agak popular di Tanjung Malim. Selain itu, di sini juga sering menjadi tumpuan sekolah-sekolah, organisasi kerajaan mahupun korporat untuk mengadakan kem motivasi, sesi team building atau gathering.

 

Menariknya, Teratak Riverview ini dipisahkan dengan sebatang sungai bernama Sungai Bernam yang merupakan sempadan antara dua negeri iaitu Perak dan Selangor. Sebahagian resort ini terletak di Perak dan sebahagian lagi di Selangor.

 

Tahap kebersihan di resort ni memang superb. Tersangat bersih. Dari dewan makan hinggalah ke tandas. Sangat memberi keselesaan dan kepuasan kepada pengunjung.

 

 

Resort ini mepunyai 52 bilik penginapan yang sangat sesuai untuk dijadikan port untuk hari keluarga, seminar atau kem.

 

 

Terdapat beberapa jenis bilik yang boleh menjadi pilihan di sini dan kadar sewanya sangat berpatutan. Ada penginapan serendah RM100 untuk 1 malam.

Harga bilik bergantung pada kemudahan yang disediakan. Ada bilik yang siap dengan bilik air, dan ada bilik yang bilik airnya berasingan.

Di samping tu terdapat juga bilik hanya berkipas dan ada juga bilik yang ada penghawa dingin. Boleh pilih mengikut cita rasa pengunjung.

Harga bilik paling mahal di sini hanya RM175.

Untuk merasai vibe hutan dan kawasan pedalaman yang penuh dengan pokok-pokok besar dan tinggi menjulang, di sinilah tempat yang paling sesuai untuk dikunjungi. Keseronokan tu dapat ditambahkan lagi sekiranya pengunjung memilih untuk menginap dalam penginapan depan sungai. Dari dalam bilik dah boleh dengar deruan air sungai yang tenang tu!

 

Antara kemudahan yang disediakan di resort ini adalah tapak perkhemahan, hostel, ruang makan, surau, kemudahan bbq dan macam-macam lagi.

 

Bagi sesiapa yang ingin merancang untuk berkelah dan memasak, tetamu boleh membawa kelengkapan memasak sendiri. Namun tempat bbq ada disediakan.

 

Selain tu, bagi yang ingin datang bercuti di sini dengan keluarga atau kawan-kawan, boleh pilih untuk mendapatkan penginapan 4 bilik sebaris. Harganya pun tidak begitu mahal sangat lebih kurang RM120 semalam.

Kelebihan menginap di bilik sebaris ni ialah memiliki beranda dan tetamu boleh meluangkan masa dan makan beramai-ramai ala-ala menginap di rumah panjang.

Bukan itu sahaja. Kalau nak lagi best, pengunjung boleh bercuti di resort ni semasa musim buah. Anda berpeluang untuk membeli dan menikmati buah-buahan yang fresh dari kebun. Seronok kan!

Ada penginapan glamping. Dan ada juga penginapan capsule! Nak rasai percutian unik di Taman Negara Kuala Tahan ni, jom ke Danz Eco Resort yang berada dalam kawasan hutan dan sungai juga!

Antara aktiviti best yang boleh dilakukan di resort ini sudah tentulah mandi manda dan berkelah di sekitar sungai yang nyaman ni. Selain tu, pengunjung berpeluang untuk buat aktiviti air seperti tubing dan water confident.

 

 

 

Bukan tu je, di sini turut ada permainan rentas halangan, flying fox, abseling, paintball dan jungle trekking. Dengan melakukan pelbagai aktiviti ni bersama keluarga pasti memberi kenangan manis sepanjang percutian depan sungai yang indah dan damai ni.

 

 

 

 

 

Jadi sesiapa yang gemarkan suasana dan aktiviti “back to nature” jomlah ajak family or member-member datang holiday di sini. Pasti tidak akan mengecewakan!

 

 

 

 

Lokasi : Teratak Riverview

Alamat : Taman Universiti, 35900 Tanjong Malim, Perak

Contact no : 013-533 5033

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100