Percutian Tenang Penuh Kehijauan. Jom Ke Resort Kolam Renang Depan Sungai Di Gopeng Ni. Siap Ada Penginapan Geo Home!

0 907

Sempurna betul percutian kat sini! Kalau tengok kawasan persekitaran yang penuh kehijauan, dah boleh rasa ketenangannya. Rasa macam lengkap. Ada penginapan yang unik, siap ada kolam renang pula. Apa yang paling menarik, resort di Gopeng yang dikenali sebagai Rock Garden Camping Resort ni terletak kat depan sungai!

Muak mandi kolam renang, boleh mandi sungai pula! Resort ni sesuai untuk segala jenis percutian. Nak bawa family, reunion kawan-kawan, atau percutian pasangan pun on! Nak buat team building pun sesuai juga sebab ada kawasan camping. Tenang dan nyaman jauh dari kesibukan bandar.

RESORT DEPAN SUNGAI

Kat sini ada pelbagai jenis penginapan. Tapi yang paling menarik perhatian ialah penginapan geo home tu sebab buka je pintu terus nampak sungai. Tenang rasanya boleh dengar deruan air sungai sepanjang masa.

Kalau anda suka penginapan depan kolam renang pun ada tau! Pilih je anda suka jenis penginapan macam mana. Banyak pilihan yang ada di sini.

PENGINAPAN GEO HOME YANG UNIK

Antara yang orang paling suka ialah Geo Home. Sebab cantik! Geo home ni ada 3 unit dan saiznya besar. Ada 2 katil queen, sesuai untuk penginapan 4 orang. Lengkap dengan penghawa dingin dan bilik mandi. Kat depannya pula ada kerusi untuk lepak-lepak santai. Berbaloi dengan harganya yang RM280 semalam.

Selain tu ada Chalet A Home. Yang ini sesuai untuk ahli keluarga yang lebih ramai. Ada 2 katil queen dan 1 katil single. Harga baru RM250, lengkap juga dengan penghawa dingin dan bilik air.

Chalet Apic Home ni lebih kurang Chalet A Home. Sesuai untuk 5 orang. Ada 1 katil queen dan 3 katil single. Harganya lebih murah sikit iaitu RM220, mungkin sebab saiz biliknya yang lebih kecil.

Klik sini untuk lihat Chalet Kolam Renang Depan Bilik. Port Terbaik Untuk Percutian Hari Keluarga Di Terengganu.

Haa, yang ini pula kalau ahli keluarga lagi ramai atau anda menginap dengan kawan-kawan. Sesuai pilih penginapan Family Home ni. Boleh muatkan 7 orang, bilik ni ada 3 katil queen dan 1 katil single. Penghawa dingin dan bilik air pun ada. Harga RM350 je.

SIAP BOLEH CAMPING

Selain tinggal kat chalet, ada juga yang datang sini suka bercamping. Biasanya yang bercamping ni sebab nak buat aktiviti beramai-ramai atau ada program. Tapi kalau anda nak single camping pun boleh. Hanya buat bayaran tapak khemah RM10/orang untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Dapat camping pun seronok juga kan! Dapat vibes percutian dalam hutan.

Percutian kat sini bukan sekadar mandi kolam dan sungai je, kalau anda nak buat aktviti lain pun ada juga. Antaranya ATV, water rafting, kenu, tubing dan macam-macam lagi. Pada waktu malam pula boleh berkaraoke dan bbq.

Memang tak rugi bercuti kat sini. Kalau anda dah lama idamkan percutian santai dalam hutan, di sini memang sesuai. Dapat pula penginapan yang unik, siap ada kolam renang dan resort depan sungai, memang tempat ni wajib ada dalam list percutian anda.

Nak butiran lebih lanjut lagi boleh ke Facebook dan website mereka.

Nama: Rock Garden Camping Resort

Alamat: Jalan Kampung Pintu Padang, 31600 Gopeng Perak.

No phone: 019-380 6630

Facebook: Rock Garden Camping Resort, Malaysia

Website: rockgardencampingresort.com

Leave A Reply

Your email address will not be published.