Nak Short Getaway Kat Persekitaran Alam Semulajadi, Jom Menginap Di Resort Bajet Yang Unik Dan Luar Biasa Ni

0 9,943

Bagi yang nature lover, mesti suka kalau bercuti dan menginap kat kawasan hutan, gunung-ganang dan persekitaran menghijau kan. Belum cerita lagi tentang air terjun dan sungai. Kalau nak rasa semua ni dalam satu masa, bolehlah try menginap di resort bajet T-Box Sg Lembing ni. Terletak kat Kampung Tengah Sg Lembing Pahang, resort ni menyediakan chalet, cottage dan cabin yang unik dalam persekitaran alam semulajadi.

Tarikan istimewa kat sini ialah panorama bukitnya, dengan udara segar sekitar penginapan, termasuk air terjun berhampiran yang sangat memukau. Sesuai untuk percutian romantik, family gathering dan pada yang kaki travel.

Design chalet dan cabinnya unik dengan pelbagai bentuk. Dari rumah Jepun, cabin warna warni dan rumah tradisional. Semua bagi vibe yang berbeza sesuai dengan jenis percutian korang. Tak kisah pengunjung datang sebagai backpacker, datang dengan ahli keluarga atau reunion kawan-kawan. Banyak jenis penginapan yang boleh dipilih.

CABINS STYLE

BACKPACKERS CABIN

  • Ada 6 kapsul
  • Sesuai untuk traveler perseorangan atau dalam group
  • 1 pax/kapsul
  • 1 katil single, individu lockable door dan langsir, aircond, meja dan hanger baju
  • Shared toilet
  • Serendah RM50/malam
Antara penginapan yang paling popular di resort bajet ni

CABIN WARNA WARNI

  • Ada 12 unit
  • Pengalaman glamping dan sesuai untuk traveler dalam group
  • 8 pax
  • 2 katil queen dan 4 katil single, aircond, peti sejuk mini, water dispenser, penggantung baju dan hanger
  • Shared toilet
  • Serendah RM260/malam

SUPERIOR JAPANESE CABIN

  • Bilik yang luas dan privacy
  • 4 pax
  • 4 katil single, tv/Astro, aircond, meja kopi, kettle dan peti sejuk mini
  • Private bathroom dengan mandian air panas
  • Serendah RM279/malam

CHALETS STYLE

DELUXE JAPANESE KING CHALET

  • Bilik yang luas dan privacy
  • 2 pax (maximum 3)
  • 1 katil king, tv/Astro, aircond, almari, meja kopi, kettle, peti sejuk mini
  • Attached bathroom dengan mandian air panas
  • Serendah RM206/malam

PREMIUM HILLSIDE SEMI-D CHALET / PREMIUM HILLSIDE CHALET

  • View bukit
  • Ada private balcony
  • Ada connecting door antara 2 bilik sesuai untuk yang datang berkeluarga
  • 4 pax
  • 1 katil king dan 1 katil queen, tv/Astro, aircond, meja kopi, kettle, peti sejuk mini
  • Attached bathroom dengan mandian air panas
  • Serendah RM285/malam

Baca sini untuk lihat satu lagi resort di Pahang yang berada di atas bukit dengan pemandangan yang memukau. Siap ada promosi MUSIM DURIAN lagi!

COTTAGE STYLE

WOODEN COTTAGE

  • Kedudukan tepi bukit, dikelilingi landscape yang menghijau
  • Ada sun deck untuk lihat view persekitaran
  • Ada private balcony
  • 5 pax (maximum 7)
  • 2 katil double dan 1 katil single, dapur mini lengkap dengan peti sejuk dan microwave, tv/Astro, aircond, water boiler
  • Private bathroom (ada bathtub)
  • Serendah RM400/malam

RUMAH TRADISIONAL

TBOS WHITE HOUSE

  • Rumah kayu tradisional
  • 8 pax (maximum 13)
  • Bilik 1 double bed, bilik 2 double decker, living hall, dapur dengan peti sejuk dan dapu rmemasak, tv/Astro, aircond
  • Private bathroom dengan mandian air panas
  • Serendah RM430/malam

Semua bilik penginapan ni selesa dengan kemudahan dan perkhidmatan housekeeping.

Bukan sahaja menginap bilik yang cozy dan unik dengan harga berpatutan, kawasan resort bajet ni pun sesuai untuk aktiviti outdoor seperti mendaki dan berbasikal. Korang boleh explore lagi sekitar kawasan dan nikmati panorama sambil beriadah. Basikal boleh disewa dari pihak resort.

Bukan tu je, nak berbbq dan karaoke pun ada disediakan kat sini.

Kedudukannya dengan air terjun pun tak begitu jauh bagi yang nak menikmati pemandangan dan mandi manda kat sini. Hanya 1.14km sahaja untuk korang jejaki air terjun ni yang dinamakan air terjun Pelangi.

Selain dari tu, ianya juga berhampiran dengan tempat lawatan menarik yang lain dan kemudahan seperti:

  1. Museum Sungai Lembing (1.07km)
  2. Sungai Lembing Mines (1.07km)
  3. 3D Gallery Sungai Lembing (1.2km)
  4. Airport Sultan Haji Ahmad Shah (25km)

Nama: T-Box Sungai Lembing

Alamat: EB 33 , Jalan Sungai Lembing , Kg. Tengah, Sungai Lembing, 26200 Pahang

No phone: 010-288 2993

Email: [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.