Resort Best Di Penang, Dengan Bilik Penginapan Unik Dan Kolam Sumber Air Sungai Semula Jadi

0 16,117

Ramai yang datang ke sini kerana ingin menikmati suasana percutian sunyi dalam hutan dan jauh dari dunia luar. Di sinilah kita boleh menikmati alam semula jadi yang sebenar tanpa hiburan seperti television, internet atau line telefon yang kuat. Hanya ditemani bunyi unggas dan cengkerik sahaja. Tempat ni antara yang popular dan merupakan salah satu resort best di Penang kerana dengan konsep penginapannya yang unik berbentuk capsule dan terletak di dalam hutan yang penuh kehijauan.

Dinamakan Eco Capsule Resort, penginapan ni terletak di Taman Rimba, Teluk Bahang, Penang dan merupakan penginapan yang cukup nyaman sebab berdekataan dengan air terjun. Di sini menawarkan pelbagai aktiviti rekreasi yang menarik seperti mendaki dan mandi manda. Bilik penginapan pun direka cantik, bersih dan selesa untuk pengunjung.‍‍‍‍‍‍

Menariknya, tempat ni sesuai untuk percutian bersama keluarga atau kawan-kawan sebab ada kolam semula jadi bersumber air sungai. Taman Rimba ni memang terkenal sebagai kawasan pengumpulan air dari atas yang akan mengalir ke bawah ke kawasan yang terdapat kolam mandi semula jadi. Di sinilah terdapatnya kolam takungan air sungai tersebut yang amat sejuk dan menyegarkan. Pasti seronok berendam dan mandi dalam air yang ‘fresh’ dari atas ni.

Banyak kemudahan yang ada kat sini untuk keselesaan pengunjung. Bukan sekadar dapat menikmati udara yang sejuk dan segar je, kawasan persekitaran resort pun luas dan sentiasa dijaga rapi dari segi kebersihan dan landskapnya. Sedap mata memandang di setiap kawasan resort sepanjang menginap di sini. Bilik penginapan pun selesa lengkap dengan katil dan penghawa dingin. Tempat meletak kenderaan turut disediakan secara percuma.

Klik sini untuk lihat Chalet betul-betul tepi Sungai yang bersih dan jernih di Lenggong, Perak!

Penginapan di sini ada 2 jenis. Yang pertamanya jenis Bilik Capsule yang ada 15 unit, dan keduanya ialah Bilik Family iaitu sebanyak 4 unit. Mudah bagi pengunjung yang datang ke sini untuk percutian biasa atau bersama keluarga. Boleh pilih untuk diami bilik yang mana.

‍‍‍‍‍‍Bagi Bilik Capsule, di dalam setiap bilik ada 1 tilam queen. Sesuai untuk 2 orang. Harga penginapannya semalam hanya RM60 untuk hari biasa manakala RM80 untuk hujung minggu dan cuti am.

Untuk Bilik Family pula, di dalamnya ada 1 katil queen dan double decker. Bilik ni boleh didiami 4 orang dalam 1 masa. Harganya RM120 untuk hari biasa dan RM150 untuk hujung minggu dan cuti am.

Semua bilik kat sini berkonsep shared bathroom, dilengkapi aircond, dan ada antaranya disediakan ruang duduk. Selesa dengan kelengkapannya yang moden.

Selain mandi kolam semula jadi, aktiviti menarik lain boleh dibuat di sini ialah picnic, berbbq, dan hiking di sekitar Batu Feringgi. Masak memasak dan berbbq sambil berkelah dalam kawasan hutan ni sememangnya satu moment yang jarang dirasai. Pengunjung tak perlu risau kerana kemudahan dapur, perlatan memasak dan bbq turut ada disediakan di sini. Jangan lupa bawa banyak bekalan bahan mentah untuk dimasak nanti.

Selepas puas menikmati juadah masakan dan bbq, bolehlah sambung buat aktiviti menarik yang lain seperti hiking dan berjalan menuju ke air terjun berhampiran resort. Bukan tu je, pengunjung juga boleh melawati salah satu tempat menarik yang berhampiran dengan resort ni iaitu Penang National Park yang hanya dalam 1.6 kilometer sahaja.

Yang lagi menariknya, resort ni juga berhampiran je dengan Entopia Farm atau dikenali sebagai Butterfly Farm dan Escape Park. Yang ada anak-anak tu, boleh bawa keluarga melawat tempat menarik ni.

‍‍‍‍‍‍‍‍Mungkin ada antara pengunjung yang ingin keluar berjalan-jalan dan mencari makanan dari luar. Untuk pengetahuan, lokasi resort ni berdekatan je dengan Kampung Teluk Bahang iaitu hanya 1 kilometer sahaja. Di sini terdapat pelbagai gerai makanan yang boleh pengunjung jejaki.

Apa lagi. Bagi pencinta alam tu, bolehlah masukkan resort best di Penang ni iaitu Eco Capsule dalam list port percutian nanti. Konsep percutian di dalam hutan dan penginapannya yang unik pasti memberi pengalaman baru buat pengunjung.

Nama: Eco Capsule Resort

Alamat: Jalan Teluk Bahang, Teluk Bahang Penang

No phone: 012-663 7404

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100