Resort Cantik Ada Sungai Di Batang Kali, Percutian Idaman Bagi Yang Sukakan Kawasan Perkampungan!

0 87,519

Dengar je sungai dan kawasan kampung, terus rasa teruja kan? Inilah yang dikatakan percutian nyaman menikmati alam sekitar semula jadi.

Resort cantik ada sungai yang berada di Batang Kali ni menjadi kegilaan orang untuk bercuti ke sini kerana keindahan pemandangan dengan suasana kehijauannya.

Mana tidaknya. Lepas penat bekerja, terasa macam nak berehat sekejap dan jauhkan diri dari suasana hectic. Jadi, resort kawasan kehutanan inilah yang sesuai untuk dijadikan pilihan percutian untuk merehatkan minda dan meluangkan masa bersama keluarga.

Semasa on the way untuk masuk ke resort ni mesti kita akan merasa sedikit gelisah melihat persekitarannya kerana kawasan ini agak pedalaman.

Mana tidaknya, kiri kanan ada hutan sahaja. Tetapi, bila sampai je ke resort ni, pasti berasa terpesona dengan keindahan pemandangan di sekitar resort.

PERCUTIAN ALAM SEMULAJADI

Dengan terdapatnya tasik, landskap yang cantik, kawasan luas, bersih, kolam renang, dan yang paling best sekali berdekatan dengan sungai, di sini betul-betul membawa kita kembali ke percutian alam semula jadi.

Resort ni memberi peluang pada pengunjung untuk meluangkan masa dengan keluarga bermandi manda di kolam dan sungai, boating atau berkayak, main atv dan bermacam-macam lagi

Aktiviti ini dapat kita buat sambil menikmati pemandangan kampung yang indah. Sukar untuk gambarkan keseronokan dengan kepelbagaian aktiviti yang ada di sini.

Dinamakan Huda’s Haven Resort, penginapan di sini ada bermacam jenis. Sesuai untuk bercuti dengan pasangan, keluarga besar atau kecil, ataupun beramai-ramai untuk hari keluarga.

Bilik yang ada kat sini bukan biasa-biasa. Ianya highly maintained dengan dekorasi moden dan selesa. Sesuai sangatlah dengan nama heaven nya tu!

Ini senarai penginapan yang ada di resort ni:

VILLA

  • Ada 9 unit
  • Boleh muatkan 4 orang dewasa
  • 1 katil queen dan 1 sofa bed
  • Aircond, tv, kipas, dapur, peti ais, microwave, kettle, coffee, tea
  • Ada 1 villa darinya yang ada private pool dan jacuzi
  • Harga serendah RM320‍‍‍‍‍‍

 

RUMAH MAKCIK

  • Terdapat 10 unit
  • Boleh muatkan 4 orang dewasa
  • 2 katil queen
  • Aircond, tv, kipas, kettle, coffee, tea
  • Serendah RM270

RUMAH KAYU

  • Terdapat 1 unit yang boleh muatkan 6 orang
  • 1 katil king dan 2 sofa bed
  • Aircond, tv, kipas, dapur, meja makan kecil, peti ais, microwave, kettle, coffee, tea
  • Harga serendah RM420

 

Balkoni bilik betul-betul depan tasik, jom lihat satu lagi resort menarik dengan adanya aktiviti berkayak dan mandi kolam renang juga yang terletak di negeri Johor. Klik sini.

RUMAH INDUK

  • Ada 1 unit yang boleh muatkan 8 orang dewasa
  • 2 katil queen dan 2 sofa bed
  • Aircond, tv, kipas, dapur, meja makan, peti ais, microwave, kettle, coffee, tea
  • Harga serendah RM540

Dah macam standard hotel 5 star kelengkapan dalam bilik di resort ni.‍‍‍‍‍

Menariknya lagi, kolam renang di sini bersumberkan air sungai. Ada kolam untuk kanak-kanak dan dewasa. Tak cukup dengan mandi sungai, bolehlah berendam dalam kolam pulak kan.

Terasa rugi kalau lepaskan peluang untuk mandi manda di kolam dan sungai di sini kerana mungkin susah untuk kita cari dan merasa air sungai sejuk di kawasan hutan macam ni di tempat lain.

Selain dari tu, kat resort ni juga terdapat banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan. Antaranya ialah memancing, berkayak / boating, main atv, berbasikal, games seperti pingpong, badminton, congkak, dan carrom. Bercuti 2 hari kat sini pun mesti rasa macam tak cukup.

Kalau dah sampai ke sini, banyak port menarik yang boleh kita bergambar kerana kawasan resort cantik ini memang cantik semulajadi. Dengan gazebo, jeti memancing dan banyak lagi.

 

Apa lagi, jom masukkan resort cantik ada sungai ni sebagai salah satu destinasi percutian family dan hari keluarga pada masa akan datang.

Nama: Huda’s Haven Resort

Alamat: Lot 1857, Kg Ulu Rening, 44300 Batang Kali, Selangor

No phone: 012-800 5608

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100