Resort Cantik Tepi Sungai Dan Berlatar Belakang Gunung Di Janda Baik, Boleh Menggamit Kenangan Seperti Di kampung Halaman!
Pemandangan gunung-ganang dan alam semulajadi yang penuh kehijauan, terdengar pula deruan air sungai yang berhampiran, serta berehat santai sambil menikmati udara segar. Tak dapat nak digambarkan keseronokannya bila dapat menikmati kesemua ini ketika bercuti dengan keluarga dan saudara mara. Untuk merasai kenikmatan ini, apa kata jom bercuti atau berhari keluarga di resort cantik tepi sungai di Janda Baik ni.
Kalau rindukan suasana kampung, sukakan kedamaian alam flora fauna, dan inginkan percutian sambil berehat kat kawasan yang tenang, cubalah menginap di sini. Terletak di perkampungan puncak gunung Janda Baik, pemandangan di sini pasti buatkan pengunjung berasa teruja dan beri pengalaman yang sukar untuk dilupakan.
Kelebihan utama resort ini ialah kewujudan sungai yang berada di depan chalet. Sungai ini dinamakan Sungai Chemperoh yang dikenali sebagai sungai yang paling bersih di perkampungan Janda Baik. Keadaan airnya sangat jernih, sejuk dan tidak dalam, selamat untuk anak-anak bermain dan mandi manda.
Waktu siang, dapat bermain di sungai. Pada waktu malam pula pengunjung dapat rasai pengalaman tidur dalam rumah kampung sambil ditemai dengan bunyi air sungai mengalir.
Bukan itu sahaja, sungai ini dikategorikan sebagai sungai private di mana sukar untuk diakses oleh orang luar selain pengunjung di sini. Pastinya sungai ini dijaga rapi oleh pengurusan di sini. Dari air terjun mini, hingga ke kawasan kolam sungai yang dalam, semua ini dapat dinikmati oleh pengunjung. Jangankan kanak-kanak, orang dewasa pun pasti gembira sama dapat mandi dan bermain air kat sungai ini.
Chalet di sini dibina dengan konsep rumah kampung yang siap dengan beranda terbuka untuk memaksimumkan interaksi secara beramai-ramai. Amat sesuai untuk buat family day atau berkumpul dalam keluarga yang besar.
Boleh dikatakan jika datang ke sini, dapat kita mengimbau kembali kenangan seperti di kampung halaman datuk nenek kita di mana dapat berkumpul, tidur beramai-ramai, masak dan berbbq bersama.
Di sini, bukan sahaja kelebihan resort cantik tepi sungai, ianya terdapat juga kawasan persekitaran yang luas untuk bermain permainan family day, ada pangkin atas pokok untuk bersantai, meja duduk yang diperbuat dari buluh, dan ruang untuk berbbq. Kalau booking keseluruhan tempat ni untuk satu family sahaja, pasti seronok bila dapat menikmati segala apa yang ada di sini bersama-sama dengan ahli keluarga sahaja.
Terdapat 2 jenis rumah kampung di resort ni dengan konsep roomless dan open house. Kedua-duanya terdapat beranda yang luas dan bersebelahan je dengan sungai.
CHEMPEROH VILLA
- 20 pax (termasuk kanak-kanak)
- Terdapat katil untuk 20 orang
- 1 bilik air (ada heater) di dalam rumah, dan 1 bilik air shower di luar
- Harga RM850/malam
MERANTI CHALET
- 10 pax (termasuk kanak-kanak)
- Terdapat katil untuk 10 orang
- 1 bilik air (ada heater) di dalam rumah
- Harga RM500/malam
Nak rasai penginapan tube yang unik berdekatan dengan jeram, jom ke resort menarik di daerah Dabong ni. Siap ada aktiviti menarik seperti zipline dan hiking air terjun!
Harganya boleh dikatakan berpatutan untuk penginapan kampung yang indah dan selesa seperti ini. Tambahan lagi, kedua-dua rumah ni ada kemudahan seperti ruang bbq, peti ais, kettle, microwave dan Astro. Cuma kemudahan seperti towel dan barang mandian perlu dibawa sendiri.
Perkhidmatan internet juga tak disediakan di sini. Namun tak mengapa. Inilah masanya untuk kita melupakan handphone atau social media buat sementara dan nikmati sepenuhnya percutian ala kampung halaman dan alam semulajadi beramai-ramai dengan keluarga di sini.
Nama: Saujana Janda Baik
Alamat: Lot 6989, 28760 Kampung Janda Baik, 28750 Bentong Pahang
No phone: 011-1221 4123 (Isnin – Jumaat, 10am – 4pm)
Email: [email protected]
Jika ingin lihat kekosongan tarikh dan buat tempahan, boleh layari website resort di saujanajandabaik.com