#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik πŸ‘‰ ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Resort Depan Pantai Indah di Pulau Pangkor, Antara Port Cuti Paling Best Di Pulau Ni

0 1,222

Pulau Pangkor antara pulau yang terkenal di Malaysia dan tak terlepas menjadi salah satu destinasi percutian orang Malaysia atau luar negara. Kalau nak bercuti ke pulau ni, sudah tentu menjadi impian kita untuk menginap dalam penginapan yang tenang dan nyaman. Salah satu yang boleh menjadi pilihan ialah resort depan pantai indah yang terletak di Pantai Pasir Bogak ni.

Resort ni antara yang terkenal di Pulau Pangkor kerana kedudukannya yang menghadap pantai. Diberi nama Puteri Bayu Beach Resort, ianya terletak lebih kurang 10 minit dari jeti Pulau Pangkor.


‍‍‍‍‍‍Apa yang menarik di resort ni ialah jenis penginapan chalet kayu tradisional yang menghadap pantai. Bayangkan menginap dalam chalet kayu di kawasan pulau, bila buka je pintu terus nampak laut terbentang luas depan mata. Boleh terasa nikmat percutian yang menenangkan.

Tambahan lagi di sini terdapat kolam renang yang besar menghadap pantai. Kat sekitarnya pula penuh dengan pokok-pokok kelapa yang memberi pemandangan yang indah. Bagi yang sukakan suasana percutian sebegini, sesuai sangat menginap di resort depan pantai indah di Pulau Pangkor ni.

‍‍‍‍‍‍Di resort ni terdapat beberapa jenis bilik dan chalet. Kelebihan resort ni ialah sering menawarkan harga promosi pada tarikh selain masa peak season (cuti am). Bagi yang berpeluang bercuti waktu tu bolehlah nikmati harga yang jauh lebih murah dari biasa.

 

Ini merupakan senarai bilik penginapan dan harga terkini bagi resort ini:

Standard room

  • 1 katil queen
  • Promotion rate RM150
  • Harga peak season RM190
  • Breakfast 2 pax

‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍‍‍‍‍Superior room

  • 1 katil queen
  • Promotion rate RM165
  • Harga peak season RM205
  • Breakfast 2 pax

Deluxe room

  • 1 katil queen dan 1 katil single
  • Promotion rate RM235
  • Harga peak season RM275
  • Breakfast 3 pax

Studio suite

  • 1 katil queen
  • Promotion rate RM460
  • Harga peak season RM500
  • Breakfast 2 pax

Chalet garden villa

  • 2 katil single
  • Promotion rate RM260
  • Harga peak season RM300
  • Breakfast 2 pax

Chalet Bayu villa

  • 1 katil queen dan 1 katil single
  • Promotion rate RM310
  • Harga peak season RM350
  • Breakfast 3 pax

Chalet family villa

  • 1 katil queen dan 2 single
  • Promotion rate RM610
  • Harga peak season RM700
  • Breakfast 4 pax

Semua bilik penginapan ni selesa dengan kelengkapan seperti aircond, peti ais, kettle, water heater, towel dan sabun. Jika dilihat harga dan kelengkapan bilik ni boleh dikatakan ianya berbaloi.

Jom lihat satu lagi chalet unik yang terdapat di Pulau Pangkor. Chalet yang ada keindahan landskap dan berdekatan dengan pantai! Klik sini.

Bukan tu je, selain mandi kolam dan pantai, macam-macam aktiviti laut yang boleh dibuat di sini. Kalau dapat holiday ramai-ramai dengan keluarga and saudara mara pasti seronok dan havoc.

 

Antara aktiviti yang ada ialah island hoping, snorkeling, water sport seperti jet ski, water ski, kayak, banana boat, beach telematch dan macam-macam lagi.

Dengan adanya semua ni, tak ada lah bosan sepanjang bercuti ke sini kerana dapat merancang pelbagai aktiviti menarik yang ditawarkan di sana.

Kalau datang ke Pulau Pangkor jagan lupa untuk melawat tempat menarik dan bersejarah di sini. Antaranya adalah:

  • Kota Belanda
  • Airport Pangkor
  • Pantai Pasir Bogak
  • Teluk Dalam Lookout Point
  • Menara Tinjau (ada di beberapa kawasan)
  • Pusat Konservasi Penyu
  • Jetty Pangkor Beach Resort, Teluk Dalam
  • Jeti Nelayan Kg Teluk Kecil
  • Galeri Pangkor
  • Masjid 1000 Selawat
  • Batu Bersurat
  • Fung Li Kong Temple
  • Perusahaan Hasil Laut Pak Su
  • Hoo Huat Boat Builder, Sungai Pinang Kecil

 

Nama: Puteri Bayu Beach Resort

Alamat : Pantai Pasir Bogak, 32300 Pulau Pangkor, Perak.

Contact no : 05-685 1929 / 0175291299

Leave A Reply

Your email address will not be published.