Resort Best di Pulau Tinggi, Dengan Pasir Putih Dan Laut Birunya, Macam-Macam Aktiviti Menarik Boleh Dilakukan Di Sini!

0 23,812

Dikelilingi dengan 8 pulau kecil dalam kawasan flora dan fauna, resort best di Pulau Tinggi ni menjanjikan pemandangan laut yang indah dengan air yang biru dan pasir putihnya.

Seronoknya bila bercuti ke resort ni ialah ianya terletak dalam kawasan pantai peribadi seluas 850 m dan menghadap laut yang indah depan mata. Semestinya kawasan ni bersih, terjaga rapi, dan seronok untuk dikunjungi.

Lebih menariknya, resort ni ada kolam renang terbuka yang menghadap pantai. Sambil berenang tu, dapat kita menikmati pemandangan indah dan udara nyaman dari laut.

Tambahan lagi penginapan kat sini ada pelbagai jenis dan kelasnya tersendiri. Dari chalet bilik standard ke vip room, ada pelbagai jenis penginapan yang boleh dipilih mengikut citarasa pengunjung.

Setiap chalet di sini dibina dengan konsep tradisional dan siap dengan private beranda dan kerusi rehatnya.

Terdapat lebih 50 buah chalet dan ianya lengkap dengan kemudahan bilik seperti aircond, tv, private bilik air dan kelengkapan, towel, kettle, mug dan coffee. Ada di antaranya siap dengan wardrobe dan mini fridge.

Berikut senarai bilik yang ada di sini:

STANDARD A ROOM

  • 2 pax
  • View laut dan pemandangan pokok kehijauan
  • 1 katil queen
  • Harga bermula RM166/malam

STANDARD B ROOM

  • 2 pax
  • View laut dan pemandangan pokok kehijauan
  • 2 katil single
  • Harga bermula RM150/malam

SUPERIOR ROOM

  • 2 pax
  • View laut dan kolam renang
  • 1 katil queen
  • Harga bermula RM230/malam

DELUXE ROOM

  • 2 dewasa, 1 kanak-kanak
  • View laut dan view chalet
  • 1 katil queen atau 2 katil single
  • Ada mini fridge dan wardrobe
  • Harga bermula RM228/malam

SUITE ROOM

  • Kategori Suite
  • 2 dewasa, 1 kanak-kanak
  • View laut dan pemandangan pokok kehijauan
  • 1 katil queen
  • Ada mini fridge dan wardrobe
  • Harga bermula RM251/malam

Resort menghadap pantai yang cantik di Kuantan, klik sini untuk lihat penginapan chalet tradisional dengan view laut, taman dan kolam renang yang best di Pahang.

EXECUTIVE ROOM

  • Kategori Executive
  • 2 dewasa, 1 kanak-kanak
  • View laut dan pantai
  • 1 katil queen atau 2 katil single
  • Ada mini fridge dan wardrobe
  • Harga bermula RM296/malam

HONEYMOON SUITE

  • 2 dewasa, 1 kanak-kanak
  • View laut dan pantai
  • 1 katil queen
  • Ada mini fridge dan wardrobe
  • Harga bermula RM340/malam

FAMILY/VIP ROOM

  • 4 dewasa, 2 kanak-kanak
  • View laut dan pantai
  • Katil king / 2 katil queen / 1 katil queen dan 2 katil single / 4 katil single
  • Ada mini fridge dan wardrobe
  • Harga bermula RM401/malam

Bila kita fikirkan laut, dah tentu aktiviti paling seronok yang ingin kita lakukan ialah snorkeling dan island hoping. Menariknya di resort ni, terdapat banyak aktiviti laut dan darat yang boleh dilakukan dengan harga yang berpatutan!

SNORKELING DAN ISLAND HOPING KAT DALAM LAUTAN JERNIH

Dengan kecantikan air laut di sini, pengunjung dapat rasai pengalaman snorkeling dan island hoping yang boleh nampak hidupan laut dengan jelas seperti batu terumbu karang, ikan warna warni, ikan lumba-lumba, kura-kura dan macam-macam lagi.

Pakej gabungan kedua-dua aktiviti ni hanya RM80 (dewasa) dan RM50 (kanak-kanak) sahaja termasuk island hoping ke 8 pulau kecil, dan 2 checkpoint snorkeling dalam tempoh 2 setengah jam.

Sekiranya ingin buat salah satu sahaja aktiviti antara kedua-duanya tu, harganya RM55 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak) untuk setiap satu.

Selain dari tu, sepanjang penginapan di sini, pengunjung boleh juga merancang aktiviti menarik yang lain. Antaranya memancing dengan 4 jam trip dengan bayaran pakej RM700, jungle trekking termasuk lawatan air terjun selama 4 jam trip dengan harga RM45 (dewasa), RM25 (kanak-kanak) dan macam-macam lagi.

Mengenai makanan pula, di resort best Pulau Tinggi ini juga terdapat restoran dengan view cantik menghadap pantai yang menghidangkan buffet makanan melayu. Bagi yang ingin buat aktiviti bbq, bbq pit juga disediakan dengan sewaan RM150 termasuk kelengkapan dan arang.

Nama: SHAZ Resort Pulau Tinggi

Alamat: Lot 44, Kampung Penaga, Pulau Tinggi, 86800 Mersing, Johor

No phone: 013-776 8811 / 019-752 1188

*Sumber gambar: SHAZ Resort Pulau Tinggi

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100