Resort Depan Pantai Kuantan, Boleh Rasai Udara Nyaman Dan Keindahan Lautnya Di Depan Mata!

0 40,999

Dengan landskap resort yang cantik, persekitaran nyaman, dan kolam renang besar berada di tengah-tengahnya, resort depan pantai Kuantan ni menjadi salah satu tarikan pengunjung yang inginkan percutian tenang ke negeri Pahang.

Menariknya di sini, terdapat pelbagai jenis penginapan yang ada. Yang paling menjadi tarikan ialah penginapan chalet yang dibina sebiji-sebiji dalam landskap resort berkonsep taman. Kedudukannya pula berhampiran dengan kolam renang dan pantai.

Pemandangan di sekitar resort ni sedap mata memandang. Lagi-lagi pantai kat depan resort ni ialah pantai private yang bersih dengan pasir ‘golden’nya tu. Memang cantik kalau jadikan tempat nak bergambar.

Confirm seronok bagi mereka yang suka bercuti dalam suasana pantai dan persekitaran pokok-pokok kelapa. Boleh menikmati suasana ni hanya di depan mata je!

Diberi nama Adena Beach Resort, ianya terletak di Pantai Balok Kuantan. Pelbagai pilihan bilik yang ada mengikut saiz bilangan pengunjung, dan kriteria-kriterianya tersendiri.

Terdapat 118 buah bilik di sini dalam 15 kategori yang berkonsepkan tradisional dan moden. Dari chalet tradisional yang ‘cosy’ sehingga bilik family yang besar. Kesemua bilik dihiasi kelengkapan yang selesa seperti aircond, katil yang empuk, tv plasma, tea/coffee maker dan wifi.

Klik sini untuk lihat resort kolam renang berdekatan pantai, siap aktiviti laut yang best di Johor

Berikut merupakan senarai bilik yang ada di sini:

BILIK STANDARD (2 pax)

  • 253 sqft
  • Bilik kategori paling basic

BILIK SUPERIOR KING (2 pax)

  • 216 sqft
  • Sesuai untuk couple dengan katil king basic

BILIK SUPERIOR TWIN (2 pax)

  • 253 sqft
  • Kategori yang atas sedikit berbanding bilik standard

BILIK DELUXE GARDEN VIEW TWIN (2 pax)

  • Views landskap taman resort (fountain atau garden view)

BILIK DELUXE SEA VIEW KING (2 pax)

  • View pemandangan laut cina selatan dan pokok-pokok kelapa dari taman resort
  • Sesuai untuk pencinta laut

BILIK DELUXE SEA VIEW TWIN (2 pax)

  • Sama seperti Deluxe Sea View King, bilik ini separuh menghadap dari pemandangan laut dan separuh lagi menghadap taman

GARDEN CHALET (2 pax)

  • 228 sqft
  • Merupakan chalet tradisional yang menghadap taman kehijauan
  • Pilihan chalet 1 katil king atau 2 katil single
  • Ada balkoni

BEACH VILLA (2 pax)

  • 210 sqft
  • Menghadap pantai
  • Bilik yang mudah untuk akses ke tempat melakukan aktiviti riadah di luar
  • Ada mini bar dan patio

BEACH VILLA PREMIUM (2 pax)

  • Sama dengan Standard Beach Villa
  • Mudah akses ke taman dan pantai
  • Ada mini bar

JUNIOR SUITE (2 pax)

  • 430 sqft
  • View pemandangan pokok-pokok di hadpaan chalet
  • Ada mini bar

DELUXE SEA VIEW TRIPLE (3 pax)

  • Menghadap laut
  • 456 sqft
  • Katil king dan katil single

FAMILY SUITE (4 dewasa, 2 kanak-kanak)

  • Ada bilik yang terpisah

PRESIDENTIAL SUITE (4 dewasa, 2 kanak-kanak)

  • 530 sqft
  • View menghadap laut
  • Ada living room yang luas dan sofa

TWO BEDROOM CHALET (4 dewasa, 2 kanak-kanak)

  • 810 sqft
  • Ada ruang balkoni, mini bar dan living area yang selesa

BANGLO (4 dewasa, 2 kanak-kanak)

  • 1643 sqft
  • Terletak paling dekat dengan pantai, terdapat bilik tidur yang terpisah, ruang makan, teres dan tempat duduk selesa
  • Ada jakuzi

Pilihan bilik yang banyak ni dalam lingkungan harga RM251 sehingga RM450. Untuk buat tempahan dan dapatkan harga promosi boleh booking online melalui website atau laman hotel seperti Agoda dan Booking.com.

Selain dari tu, antara aktiviti best yang boleh dibuat di sini ialah mandi kolam renang, mandi pantai, main bola tampar pantai, berbasikal dan macam-macam lagi.

Yang lagi menariknya, resort depan pantai Kuantan ni juga berhampiran dengan tempat pelancongan best di negeri Pahang yang boleh jadi destinasi percutian sepanjang kita menginap di sini. Antaranya ialah Bukit Panorama, Air Terjun Pelangi, Hutan Lipur Bukit Pelindung, dan macam-macam lagi.

Nama: Adena Beach Resort

Alamat: Lot 1260 Mukim, 26100 Kuantan, Pahang

No phone: 09-544 1111

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris