Resort Depan Sungai Di Kawasan Pinggir Kebun Yang Tenang Dan Awesome Di Perak

0 19,009

Terasa penat dengan kehidupan bekerja dan suasana sibuk di bandar, sesekali kalau dapat ‘reward’kan diri dengan berehat di kawasan yang penuh ketenangan pun apa salahnya kan. Dikelilingi hutan, gunung-ganang yang penuh kehijauan pasti memberikan ketenangan pada fizikal dan mental. Bayangkan dapat pula menginap di resort depan sungai dalam kawasan sebegini seperti yang ada di Perak ni. Betul-betul kita dapat menikmati suasana alam semula jadi yang sebenar!

Moment yang cukup membahagiakan ni boleh dirasai di salah sebuah resort depan sungai yang dinamakan Rock Garden Camping Resort yang terletak di Gopeng Perak ni. Resort ni berada di kawasan pinggir kebun yang kaya dengan flora dan fauna indah menghijau. Suasana di resort terasa amat fresh dan tenang. Memang boleh menjadi port yang sesuai untuk bercuti dan tenangkan fikiran.

Tak susah pun untuk jejaki resort ni. Jaraknya dari Pekan Gopeng hanya lebih kurang 5.5 kilometer sahaja. Siapa sangka, berdekatan dengan kawasan pekan terdapat satu ‘hidden gem’ yang membawa kita ke dunia alam semula jadi yang segar dan nyaman sebegini.

Menariknya tempat ini sudah tentu ialah sungainya yang tenang, jernih, sejuk dan segar. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di sini selain percutian biasa seperti hari keluarga dan aktiviti extreme air. Banyak kenangan manis boleh dicipta di sini.

Kedudukan chalet penginapan yang sangat dekat dengan sungai membolehkan kita berkelah, mandi manda tak kira masa, dan yang penting dapat menikmati bunyi deruan air sungai sepanjang bercuti di sini.

Banyak aktiviti outdoor yang boleh dilakukan di sini. Bagi penggemar aktiviti sukan air seperti whitewater rafting dan waterfall abserling, boleh melayan hobi di sini, atau bagi yang kali pertama ingin mencuba pun boleh turut sertainya. Selain dari tu, aktiviti masuk gua dan hiking juga turut ada iaitu ke Gua Tempurung dan Batu Putih.

Tak ketinggalan juga bagi yang berminat dengan sukan atv dan paintball. Di sini turut ada aktiviti tersebut. Bagi anak-anak muda yang ingin datang bercuti sambil buat aktiviti extreme, sudah tentu banyak pengalaman yang dapat dicipta di resort yang indah di Gopeng ni.

Di resort ni terdapat 2 jenis penginapan yang boleh dipilih oleh pengunjung. Bersesuaian sangat pada mereka yang ingin datang sebagai percutian biasa, hari keluarga atau dalam berkumpulan.

Yang pertama ialah penginapan jenis Chalet. Chalet di sini ada 4 unit. Setiap unit boleh memuatkan 5 orang dan di dalamnya terdapat 5 katil single, penghawa dingin dan bilik air. Harga bagi 1 malam ialah RM150/unit.

Keduanya pula ialah penginapan jenis Dorm. Dorm di sini hanya ada 1 unit sahaja namun di dalamnya terdapat 10 katil double decker yang boleh menempatkan 20 orang dalam 1 masa. Kemudahan kipas ada di dalamnya. Harga 1 malam ialah RM400. Penginapan dorm ni sesuai bagi yang datang dalam berkumpulan, reunion atau kumpulan konvoi.

Harga penginapan di sini boleh dikatakan sangat berbaloi dengan facilities yang disediakan. Tambahan lagi kawasan persekitaran dan tempat ni sentiasa bersih, kemas dan dijaga rapi.

Kawasannya yang luas juga memudahkan sebarang aktiviti hari keluarga atau beriadah. Belum dikira dengan layanan staff di sini. Mereka amat mesra pelanggan dan sentiasa memberi perkhidmatan terbaik. Kemudahan lain turut ada disediakan seperti gazebo tepi sungai dan karaoke.

Nak bawa keluarga berkelah di tepi sungai yang jernih dan sejuk dalam kawasan hutan, jom ke Sungai Inki Kalumpang di Hulu Selangor ni. Ada chalet penginapan dan port untuk bercamping juga!

Dah namanya port cuti berdekatan sungai dan dalam kawasan perkampungan dan hutan. Sudah pasti ada antara pengunjung yang lebih suka memilih untuk berkemah dan rasai suasana camping di bawah embun malam. Boleh tidur ditemani bunyi air sungai dan unggas malam. Di sini pengunjung boleh bawa kemah sendiri dan menyewa tapak kemah yang disediakan.

‍Bukan tu sahaja. Banyak lagi kemudahan lain yang turut ada di sini. Disebabkan suasana pemandangannya yang indah dan tenang, ada yang datang ke sini untuk jalankan event seperti majlis tunang, kahwin dan sebagainya. Kemudahan dewan juga turut boleh disewa di sini.

Jadi, bagi sesiapa yang sukakan percutian yang tenang jauh dari bandar dan ada aktiviti outdoor yang sangat menarik, boleh ajak family atau member datang ke resort depan sungai di Gopeng ni. Rasai sendiri pengalaman bercuti dalam kawasan indah semula jadi di depan mata!

Nama : Rock Garden Camping Resort

Alamat : 31600, Gopeng Perak

Contact no : 019-3806630

Leave A Reply

Your email address will not be published.