#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Resort Depan Sungai Nyaman Dengan Alam Semulajadi, Antara Port Family Day Yang Tenang Di Negeri Kedah

0 255

Bila nak bercuti, confirm kita suka cari tempat yang tenang dan damai. Tempat yang kaya dengan flora dan fauna. Bagi orang-orang belah utara, antara tempat percutian menarik yang boleh dikunjungi ialah Keda Resort yang terletak di Sik, Kedah. Merupakan resort depan sungai nyaman dalam kawasan pedalaman dan perkampungan di sini.

Resort ni berada di Kampung Bendang Man, terletak kira-kira 12 km dari Pekan Sik. Pemandangan di sini indah dan penuh kehijauan, sesuai bagi mereka yang sukakan percutian back to nature.

BERJALAN KAKI KE AIR TERJUN

Bukan sekadar berhadapan dengan sungai, ianya juga berhampiran dengan air terjun yang hanya memerlukan pengunjung berjalan kaki sahaja ke sana. Dengan air yang sejuk dan nyaman di sini, bolehlah jadikan tempat ni sebagai destinasi percutian untuk rehat-rehatkan minda dan badan setelah penat bekerja.

Resort ini mempunyai 4 jenis penginapan iaitu:

Superior Deluxe

  • Ada 6 unit
  • Harga: RM140. 80
  • 1 katil queen

Klik sini untuk lihat satu lagi homestay percutian keluarga depan sungai yang cantik di Janda Baik.

Superior Twin

  • Ada 26 unit
  • Harga asal : RM129. 80
  • 2 katil single

Superior Triple

  • Ada 7 unit
  • Harga asal : RM129. 80
  • 1 katil queen dan 1 katil single

Family Deluxe

  • Ada 3 unit
  • Harga asal : RM176.00
  • 4 katil single

Harga bilik di sini boleh dikatakan sangat berpatutan. Setiap bilik lengkap dengan tv, aircond, bilik air dan macam-macam lagi.

Bukan sahaja sesuai untuk percutian biasa atau hari keluarga, di sini juga sesuai untuk buat program training, camping, reunion dan pelbagai lagi. Ini kerana selain penginapan jenis chalet, Keda Resort juga menyediakan penginapan jenis asrama dan khemah atm.

Bukan itu sahaja, Keda Resort juga menyediakan dewan berhawa dingin untuk tujuan seminar atau majlis-majlis rasmi.

Antara facilities yang di sediakan untuk pengunjung di sini adalah:

  • Kolam mandi
  • Sungai
  • Dewan
  • Bbq pit
  • Tapak khemah

Ada kalanya resort ni akan buka promosi untuk musim-musim tertentu. Jika kena dengan musim promosi, pengunjung dapatlah menempah bilik dengan harga yang lebih murah dari biasa. Berbaloi-baloi rasanya bercuti dan berhari keluarga di sini. Bukan sahaja resort depan sungai nyaman dan alam semula jadi, harganya pun berpatutan.

Nama : Keda Resort

Alamat : Kampung Bendang Man, 08200 Sik, Kedah

Contact no : 013-9360369 / 04-4620369

Leave A Reply

Your email address will not be published.