#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Resort Hotel Menghadap Pantai Indah Di Langkawi, Siap Ada Kolam Renang Mini Waterpark Sebagai Tarikan Utama Percutian Di Sini!

0 1,151

Bila datang ke Langkawi, kebanyakan dari kita akan mencari tempat penginapan yang mudah untuk di’akses’ ke kawasan bandar dan tempat menarik yang menjadi tumpuan pelancong. Ántaranya Kuah, yang terkenal dengan lambakan pusat beli belah duty free, Dataran Lang, dan Taman Lagenda Langkawi.

Tak sukar sebenarnya mencari penginapan yang menarik di sekitar sini. Antara yang boleh menjadi pilihan ialah De Baron Resort iaitu sebuah hotel menghadap pantai indah di pusat bandar ini.  Dengan adanya 2 kolam renang dan mini waterpark, resort ni boleh menjadi salah satu pilihan terbaik pelancong.

Resort ini terletak di Bandar Baru Baron yang menghadap Teluk Kuah. Pemandangan Teluk Kuah yang indah menjanjikan pemandangan yang memukau di depan mata, lagi-lagi sewaktu matahari terbenam. Sesuai sangat bagi mereka yang sukakan percutian seaview.

KOLAM DAN MINI WATERPARK PEMANDANGAN LAUT

Tarikan utama di resort ni ialah kolam renang yang terletak di hadapan hotel dengan pemandangan laut. Ada 2 kolam renang yang luas dan salah satu darinya terdapat mini waterpark untuk keseronokkan anak-anak.

Ruang santai termasuk lazy chair turut disediakan di tepi kolam bagi memberi kemudahan dan keselesaan pada pengunjung untuk berehat menikmati pemandangan, dan juga untuk ibu bapa yang ingin memantau anak bermandi manda.

Walaupun dah rasa cukup dan puas bercuti ke Langkawi dengan mengunjungi tempat-tempat pelancongan menarik, menginap di resort ni seolah-olah seperti melengkapi percutian anda ke sana, kerana berdekatan pantai, ada kolam renang dan mini waterpark!

Klik sini untuk lihat satu lagi resort ada 3 kolam renang dan mini waterpark di Terengganu yang berdekatan dengan Pantai Tok Jembal.

Selain dari tu, tarikan lain yang ada di hotel menghadap pantai indah ini ialah terdapat 2 jenis tempat makanan yang dikenali sebagai Restoran Tok Tijah Cafe dan Baron Bay Bistro yang menghadap laut.

Ianya menyajikan juadah melayu dan western serta makanan laut dalam bentuk buffet dan set yang boleh menjadi pilihan pengunjung. Bayangkan betapa indahnya bila menjamu selera sambil dapat menikmati pemandangan laut dan udara segarnya.

Bagi penginapan pula, resort ini menawarkan pelbagai jenis bilik yang sesuai untuk percutian keluarga, pasangan bulan madu, dan kumpulan kecil mahupun besar. Setiap bilik lengkap dengan aircond, tv flat-screen, minibar, kettle/coffee/tea, toiletries, towel, iron dan free wifi untuk keselesaan tetamu.

Breakfast pun diberi percuma untuk 2 orang pada setiap bilik. Bagi yang ingin menambah bilangan katil, turut boleh juga dengan tambahan RM50/unit untuk 1 malam.

Ini senarai bilik yang ada:

STANDARD ROOM (saiz 24m2)

Bilik ini terdapat 1 katil queen atau 2 katil single untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Harganya serendah RM160/malam.

FAMILY ROOM (saiz 27m2)

Yang ini pula sesuai untuk keluarga 4 dewasa. Di dalamnya terdapat 2 katil queen. Harga serendah RM210/malam.

SUPERIOR ROOM (saiz 24m2)

Bagi bilik ini, terdapat 1 katil king atau 2 katil single di dalamnya yang sesuai untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Harganya bagi satu malam serendah RM180.

SUPERIOR DELUXE ROOM (saiz 26m2)

Ada antara bilik ini yang menghadap pool. Ianya boleh memuatkan 2 dewasa dan 1 kanak-kanak, dan di dalamnya terdapat 1 katil queen atau 2 katil single. Harganya serendah RM220/malam.

JUNIOR SUITE ROOM (saiz 27m2)

Bilik ini luas dengan adanya 1 living room kecil. Dalam bilik terdapat 1 katil king yang sesuai untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak. Harganya serendah RM280/malam.

Jika ingin menginap di sini, boleh cuba menyemak dahulu harga yang ada di Agoda dan Booking. Kebanyakannya terdapat promosi yang lebih rendah boleh didapati di laman tersebut, baik pada hari biasa mahupun hujung minggu.

Nama: De Baron Resort

Alamat: Bandar Baru Baron, Kuah 07000 Langkawi, Kedah

No phone: 04-966 2222 / 04-966 2223

Email: [email protected] / [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.