Resort Kawasan Hutan Dan Sungai di Taiping, Tak Sangka Ada Port Percutian Yang Best dan Tenang Macam Ni

0 37,185

Siapa yang sukakan suasana back to nature, sesuai sangat kalau bercuti di resort kawasan hutan dan sungai di Taiping Perak ni. Dengan kawasan privacy dan agak terpencil, resort ni dikelilingi hutan dan pokok-pokok menghijau yang menjanjikan kedamaian.

Selain keindahan alam semulajadi kat sini, pengunjung boleh menikmati penginapan villa dan bilik yang moden dan selesa.

Seronok kan rasanya bila memasuki kawasan yang hanya bunyi binatang seperti unggas dan burung, serta kedengaran bunyi aliran air sungai.

Lepas tu dapat pula stay dalam bilik yang berdekorasi moden dan klasik yang lengkap dengan aircond, tv dan ruang santai. Bila datang ke sini, confirm pengunjung betul-betul dapat merehatkan badan dalam keadaan yang selesa.

Baru sahaja menerima sijil pengesahan dari Persatuan Pelancongan Perak kerana mematuhi garis panduan amalan SOP sepanjang musim Covid-19, pengunjung tak perlu risau lagi untuk menginap dan bercuti di resort ni.

Sepanjang penginapan, apa yang kita boleh nikmati di sini ialah kemudahan yang disediakan. Antaranya ruang bbq, spa, garden, kawasan rekreasi, dan taman kanak-kanak.

Bagi menjamu selera pula, resort kawasan hutan dan sungai ni menyediakan kemudahan cafe. Dinamakan Hutan Café, kat sini menyajikan makanan sedap setiap hari dengan menu tempatan dan barat.

Kalau pengunjung datang dalam kumpulan yang ramai, pihak resort juga boleh menyediakan makanan untuk 20-30 pax. Hanya perlu tempah awal sahaja.

Terdapat 9 jenis penginapan yang ada di resort ni. Ada yang sesuai untuk pasangan, keluarga kecil mahupun untuk keluarga yang besar. Berikut merupakan nama dan detailnya:

SUPERIOR KING (4 unit)

  • Bilik hotel untuk 2 pax
  • Tingkat 1 menghadap kawasan rumah
  • RM158 (Ahad-Khamis)
  • RM188 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM218 (Cuti am dan perayaan)

SUPERIOR TWIN (4 unit)

  • Bilik hotel untuk 2 pax
  • Tingkat bawah
  • RM158 (Ahad-Khamis)
  • RM188 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM218 (Cuti am dan perayaan)

DELUXE KING (4 unit)

  • Bilik chalet untuk 2 pax
  • Boleh pilih tingkat bawah atau atas mengikut kekosongan
  • RM218 (Ahad-Khamis)
  • RM258 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM298 (Cuti am dan perayaan)

DELUXE TWIN (2 unit)

  • Bilik chalet untuk 2 orang
  • Tingkat bawah sahaja
  • RM218 (Ahad-Khamis)
  • RM258 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM298 (Cuti am dan perayaan)

Ada 1 lagi hotel kawasan kampung yang mendamaikan, dan boleh rasai sendiri penginapan hotel kontena moden dalam suasana hutan dan bukit di Sungai Lembing, Pahang.

HONEYMOON VILLA (1 unit)

  • Bilik chalet untuk 2 pax
  • Bilik dengan view yang terbaik di sini
  • RM248 (Ahad-Khamis)
  • RM288 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM328 (Cuti am dan perayaan)

FAMILY CLASSIC (8 unit)

  • Bilik hotel untuk 4 pax
  • Ada yang bilik 1 katil king dan 2 katil single, dan ada juga bilik dengan 2 katil king (mengikut kekosongan)
  • RM338 (Ahad-Khamis)
  • RM378 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM418 (Cuti am dan perayaan)

FAMILY VILLA (2 unit)

  • Bilik chalet untuk 4 pax
  • Tingkat atas sahaja
  • RM338 (Ahad-Khamis)
  • RM378 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM418 (Cuti am dan perayaan)

BANGLO (1 unit)

  • Unit chalet untuk 8 pax
  • 2 bilik
  • 2 katil king dalam setiap bilik
  • RM648 (Ahad-Khamis)
  • RM698 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM748 (Cuti am dan perayaan)

COTTAGE (1 unit)

  • Unit chalet untuk 8 pax
  • 4 bilik
  • 2 katil single dalam setiap bilik
  • RM648 (Ahad-Khamis)
  • RM698 (Jumaat-Ahad dan cuti sekolah)
  • RM748 (Cuti am dan perayaan)

Harganya dikira murah kalau diikutkan keselesaan bilik penginapan. Kebanyakan bilik tidak sampai RM100 seorang untuk 1 malam. Ditambah lagi dengan environment yang cantik di sekitar resort ni, terasa berbaloi.

Bukan tu sahaja, resort ni dikira mudah juga untuk access ke bandar. Terletak di daerah Taiping, ianya berdekatan dengan pasaraya Taiping, Taman Tasik Taiping dan Taman Adventure Larut. Bermacam-macam lagi aktiviti riadah dan adventure boleh dilakukan di tempat-tempat menarik di sekitar daerah ni.

Nama: Sentosa Villa Resort

Alamat: Jalan 8, Taman Sentosa, 34000 Taiping, Perak

No phone: 013-593 1000

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100