Percutian Tenang Dan Mendamaikan, Jom Ke Resort Kawasan Hutan Dan Alam Semulajadi Ni
Pemandangan luar bilik segar dan indah. Lagi-lagi duduk kat balkoni bilik yang menghadap pokok dan gunung ganang. Terletak di Kampung Janda Baik dan hanya 40 minit dari tol Gombak, resort kawasan hutan ni sesuai pada mereka yang inginkan percutian alam semulajadi dan nak kan ketenangan dari suasana bandar.
Sesuai dengan namanya Serene Resort, persekitaran resort ni semuanya hutan dan bukit. Lagi memenangkannya tu bila ada bunyi-bunyi kicauan burung dan unggas. Konsep penginapan kat sini ialah chalet taman.
Biasanya kalau datang sini betul-betul nak relaks dan nikmati alam semula jadi je. Korang tak perlukan aktiviti lain lagi dah.
3 KOLAM RENANG BERTINGKAT
Ada banyak jenis bilik penginapan kat sini yang sesuai untuk pelbagai saiz keluarga. Semua kemudahan adalah asas dan selesa.
Yang lagi menariknya tu, resort ni ada 3 buah kolam renang bertingkat yang menjadi salah satu tarikan di sini. Seronok rasanya dapat berendam dalam kolam renang sambil nikmati pemandangan alam semula jadi.
VOUCHER PROMOTION SEHINGGA 40%
Wah..bukan sikit-sikit diskaunnya. Sampai 40%!
Promosi yang diperkenalkan oleh resort ni ialah voucher ‘beli sekarang menginap kemudian’. Diskaun ni ditawarkan sehingga 40% untuk penginapan hari Isnin hingga Khamis. Dan akan bermula dari 1 Ogos 2020 sehingga 1 Ogos 2021.
Voucher ni sah untuk semua jenis bilik. Bolehlah korang rancang percutian ke resort kawasan hutan ni sehingga tahun depan.
Yang nak kan percutian keluarga kat kawasan kampung siap kolam renang, jom ke homestay murah dan terbaik di Johor ni!
♦ Executive Chalet
- 2 bilik
- 4 katil single
- 1 tandas
- 1 living room
- Harga asal RM350. Promosi RM210
♦ Family Chalet
- 2 bilik
- 6 katil single
- 2 tandas
- 1 living room
- Harga asal RM420. Promosi RM240
♦ Studio Chalet
- 3 katil single
- 1 tandas
- Harga asal RM250. Promosi RM150
♦ Apartment Dengan 3 Bilik
- 3 bilik
- 14 katil single
- 1 living room dan sofa
- Dapur dan dining hall
- Harga asal RM1500. Promosi RM900
♦ Triple Sharing Deluxe Room
- 3 katil single
- 1 tandas
- Harga asal RM250. Promosi RM150
♦ Twin Sharing Standard Room
- 2 katil single
- 1 tandas
- Harga asal RM250. Promosi RM138
Semua bilik penginapan ni lengkap dengan kemudahan tv, aircond, water heater, cerek elektrik, towel, almari dan sebagainya. Bagi yang nak tambah tilam, harganya seunit ialah RM30.
Sarapan pagi, makan tengah hari dan malam boleh ditempah dari pihak resort dengan selera masakan melayu dan kampung. Restoran dan ruang bbq pun turut ada. Istimewanya voucher ni, diskaun 10% untuk makan tengahari akan diberikan.
Kawasan resort ni juga luas bagi yang suka menerokai alam semula jadi. Yang menariknya, kat sini boleh lakukan aktiviti luar seperti mountain baking dan ada pakej sewaan berbasikal yang disediakan.
Bukan tu je. Bagi yang datang sebagai team atau training, kat resort ni juga ada perkhidmatan camping, jungle trekking, flying fox dan macam-macam lagi.
Untuk tempah segera voucher ni, boleh terus whatsapp pengurusan resort di:
014-393 4348
Untuk tempahan bilik:
0111-2700 9052
Nama: Serene Resort & Training Centre
Alamat: Lorong Seri Dinar, Kampung Cheringin, Kampung Janda Baik, Pahang