Resort Kolam Renang Dekat Dengan Pantai, Dengan Suasana Damai, Punca Orang Ramai Pilih Untuk Bercuti Bersama Keluarga Di Sini
Jarang jumpa resort dalam kawasan yang luas dan lapang seperti tempat ini. Terletak di Kampung Penyabong Endau, Johor, Teluk Penyabong resort ni merupakan boutique resort yang mempunyai 34 buah bilik dalam kawasan yang sangat luas, bersih dan tenang jauh dari kesibukan bandar.
Bukan sahaja rumah penginapannya sebiji-sebiji yang terdapat di kawasan yang lapang, ianya juga resort kolam renang dekat dengan pantai yang menjadi tarikan utama di sini.
Kolam renang terbuka yang terdapat 2 buah iaitu untuk dewasa dan kanak-kanak terletak di halaman resort, amat sesuai untuk salah satu aktiviti family day, reunion, dan percutian keluarga.
Di sini, selain meluangkan masa untuk hari keluarga sahaja, pengunjung boleh buat pelbagai aktiviti lain lagi. Dengan kedudukan resort yang berhampiran dengan laut, antara aktiviti best yang resort tawarkan ialah memancing, island hoping, snorkeling, dan macam-macam lagi.
Hanya 5-10 minit perjalanan, dah boleh sampai ke pantai-pantai yang indah di negeri Johor seperti Pantai Penyabung, Pantai Pasir Lanun, Pantai Pulau Mawar, Pantai Teluk Resang, dan Teluk Gorek.
Bukan itu sahaja, di sini turut ada aktiviti hiking di Gunung Arong yang boleh nampak pemandangan laut dari puncaknya. Boleh dikatakan percutian di sini seolah-olah kembali pada alam semulajadi. Boleh menikmati kecantikan kehidupan flora dan fauna dalam satu percutian sahaja.
Klik sini untuk lihat resort ada air terjun jeram, dengan penginapan tube yang unik, dan macam-macam aktiviti extreme lagi di sini.
Terdapat 4 jenis penginapan yang bersih, cantik dan selesa di resort ni. Dua darinya ialah chalet kampung style dan dua lagi rumah batu moden:
SABUNG VILLA (4 unit)
- Penginapan berkonsep kampung dan family room
- 1 katil queen dan 1 katil super single
- Aircond, tv dan Astro Njoi, water heater, dan kettle
- RM160 (weekdays)
- RM170 (weekend)
- Harga ni termasuk sarapan pagi 3 pax
SABUNG VILLA DELUXE (4 unit)
- Penginapan berkonsep kampung dan family room
- 2 katil queen
- Aircond, tv dan Astro Njoi, water heater, dan kettle
- RM190 (weekdays)
- RM200 (weekend)
- Harga ni termasuk sarapan pagi 4 pax
SABUNG MANSION
- Penginapan bilik moden yang luas
- Terdapat 7 unit yang ada 1 katil queen dan 7 unit lagi dengan 2 katil super single
- Aircond, tv dan Astro Njoi, water heater, dan kettle
- RM130 (weekdays)
- RM140 (weekend)
- Harga ni termasuk sarapan pagi 2 pax
ROYAL SABUNG (7 unit)
- Penginapan premier suite yang luas
- 1 katil queen
- Aircond, tv dan Astro Njoi, water heater, dan kettle
- RM220 (weekdays)
- RM250 (weekend)
- Harga ni termasuk sarapan pagi 2 pax
Kebanyakan yang telah pergi ke resort ni berpuas hati dan memuji masakan yang dihidangkan dari cafe di resort.
Selain dari tu, kemudahan lain turut disediakan bagi memudahkan pengunjung, antaranya bbq pit yang disewa RM30 sekali dengan jaring dan juga pondok gazebo di sekitar resort untuk pengunjung berehat santai.
Bagi aktiviti outdoor yang disediakan oleh resort tadi, berikut merupakan pakej yang ditawarkan:
ISLAND HOPING GRAND CIRCLE
- RM350
- 10 pax/bot
SNORKELING
- RM140/pax
- Minimum 10 pax
MEMANCING/CANDAT SOTONG 2 SERIBUAT ISLAND
- RM600/bot
- 4 pax
MEMUKAT @ TELUK SARI
- RM15/pax
- Minimum 20 pax
HIKING @ GUNUNG ARONG
- RM50/pax
- 15 pax/trip
JUNGLE TREKKING @ PULAU MAWAR
- 2 jam
- RM15/pax
- Minimum 20 pax
Apa lagi, jom plan family day di resort kolam renang dekat dengan pantai ni. Bukan sahaja bersantai di resort, bermacam lagi aktiviti laut dan gunung yang boleh dibuat sepanjang penginapan di sini.
Nama: Teluk Penyabung Resort
Alamat: Jalan Kampung Baru Penyabung, Kampung Penyabong, Endau, Johor
No phone: 07-794 2677 / 016-555 1029