Meriahkan Hujung Minggu Dengan Bawa Anak-Anak Mandi Manda di Resort Kolam Renang Best Terengganu Ni
Asfa D’Village, merupakan resort yang cantik terletak di tengah-tengah perkampungan daerah Kemaman Terengganu. Apa yang menarik di sini ialah suasana tenang kawasan kampung, resort kolam renang best, besar dan terdapat taman permainan khas di dalamnya untuk tarikan anak-anak kecil.
Kawasan persekitaran resort ni bersih, dan sedap mata memandang. Tambahan lagi, kolam renang di sini terletak di hadapan bilik sahaja, berpagar dan selamat untuk anak-anak. Ibu bapa boleh pantau anak-anak mandi dari dalam bilik atau ruang santai yang disediakan di depan kolam je.
Dalam kawasan yang luas tu, bukan kolam kanak-kanak je yang ada, untuk orang dewasa pun tersedia juga kolam renang yang besar. Puaslah datang mandi manda di sini bersama keluarga.
Kolam renang di sini dibuka mengikut sesi. Paling seronoknya ia dibuka sehingga tengah malam pada hujung minggu. Berikut merupakan waktu harian ianya dibuka:
- 8.30am – 12.00pm (sesi pagi)
- 3.30pm – 7.00pm (sesi petang)
- 8.00pm – 11.00pm (sesi malam)
Bagi yang pernah menginap di sini, mereka menggambarkan bilik penginapannya seolah-olah hotel 5 star. Ini disebabkan oleh dekorasi bilik yang tersusun rapi, bersih dan luas.
Dalam bilik terdapat kemudahan yang lengkap seperti aircond, tv dan Astro, mini fridge, lampu tidur, meja dan cermin solek, towel, kettle dan minuman kopi segera.
Harga penginapan pun bersesuaian dan berbaloi dengan keselesaan bilik yang diberikan. Terdapat 4 jenis bilik penginapan di sini:
BILIK SUPERIOR
- 2 pax
- 1 katil king
- RM200
- Termasuk sarapan 2 orang dan tiket kolam
BILIK FAMILY
- 4 pax
- 1 katil queen dan 1 katil single
- RM250
- Termasuk sarapan 4 orang dan tiket kolam
BILIK DOUBLE DELUXE
- 4 pax
- 2 katil single dan 1 double decker
- RM250
- Termasuk sarapan 4 orang dan tiket kolam
BILIK DELUXE
- 2 pax
- 2 katil single
- RM200
- Termasuk sarapan 2 orang dan tiket kolam
Nak rasai penginapan suasana kampung dan kawasan sawah bendang, jom menginap di chalet kolam renang di Penang ni. Klik sini.
Selain dari tu, cafe dan kiosk ada juga di sini untuk kemudahan pengunjung. Dan ianya akan ditutup pada pukul 7 petang. Tapi jangan risau, terdapat banyak juga kedai makan yang berdekatan dengan resort yang boleh pengunjung dapatkan makanan pada waktu malam.
Menariknya lagi, bagi yang ingin memenuhi aktiviti percutian ke tempat ini, resort ini juga berdekatan dengan pantai yang indah di Terengganu iaitu Pantai Kemasik. Pantai ini amat terkenal dengan keindahan air dan batu-batu bongkah yang terdapat di persisiran pantainya.
Hanya 6 minit perjalanan dari resort, bolehlah kita berkelah dan bergambar sakan di pantai ini. Terdapat kemudahan letak kereta, gerai jualan dan tandas awam juga untuk keselesaan pengunjung di sana.
Bagi yang mencari port percutian hujung minggu dengan anak-anak tu, bolehlah ke resort kolam renang best di Terengganu ni. Boleh menginap kat resort yang cantik dan berjalan-jalan di sekitar pantai indah yang berdekatan di sana.
Nama: Asfa D’Village
Alamat: Pool Resort Hotel, Lot 1826, Jalan Sarang Lang, Kg. Lubuk Kawah, Kemasek, 24200 Kemaman, Terengganu
No phone: 09-867 1010 / 019-987 8671