Resort Kolam Renang Depan Laut Yang Best Di Kuantan. Suasana Nyaman! Hanya Beberapa Meter Je Dari Pantai.

0 277

Lokasinya betul-betul depan pantai! Kalau lepak kat kawasan resort ni, suasana nyaman pantai tu boleh dirasai. Pagi-pagi kalau bangun tidur, buka je pintu bilik, boleh dengar deruan ombak. Seronok kan! Resort yang diberi nama Lisnaree Beach Resort ni antara resort kolam renang depan laut yang menarik anda boleh kunjungi di Kuantan.

Kalau nak bercuti ke negeri Pahang tu bolehlah jadikan ianya satu destinasi. Setelah sekian lama tak bercuti dek musim PKP dulu kan, anak-anak pun dah rindu nak bercuti kat tempat yang ada kolam renang. Nak bersantai tanpa sesak, resort ni memang sesuai jadi pilihan anda.

Kolam renang hanya depan bilik je. Buka je pintu bilik, melangkang sikit dah sampai. Tapi mengikut jenis bilik juga. Yang ini untul pool view. Selainnya ada bilik garden view, parking view, blok tingkat 1 dan sebagainya. Semua penginapan ni pun berdekatan je dengan kolam renang. Kolam renang pun ada untuk dewasa dan kanak-kanak.

Apa yang menariknya, penginapan resort ni ala kampung, dikelilingi pula pokok-pokok menghijau. Tak macam suasana resort di bandar. Memang tak rugi kalau anda datang ke sini. Dapat tenangkan diri dari sibuk bekerja sepanjang minggu.

Ada banyak jenis bilik penginapan yang ada kat sini. Kalau bilangan ahli keluarga ramai, anda boleh pilih pakej bilik keluarga. Bilik ni ada satu katil double dan satu katil single, dan boleh muatkan 3 orang. Tapi kalau bilangan anda ramai boleh request nak tambah tilam.

Dua lagi jenis bilik yang ada ialah bilik deluxe double dan bilik deluxe twin. Masing-masing boleh muatkan 2 orang pengunjung.

Kadar harga untuk penginapan kat sini tak lah begitu mahal. Ikut musim dan juga tarikh penginapan. Untuk bilik deluxe boleh dapat serendah RM138, dan untuk bilik keluarga serendah RM168, mengikut juga view pemandangan. Bilik juga lengkap dengan aircond dan tv. Cara tempahan boleh dibuat melalui Booking.com, Agoda, Hotels.com dan sebagainya.

Klik sini untuk lihat Chalet Kolam Renang Kawasan Perkampungan Di Terengganu. Sesuai Untuk Percutian Tenang Bersama Keluarga.

Selain aktiviti mandi kolam, anda pun tak akan bosan sebab kat sini ada juga perkhidmatan ATV. Bolehlah jalan-jalan sekitar resort dan tepi pantai. Kalau nak buat aktiviti sukaneka atau hari keluarga pun boleh. Sesuai dengan suasana tenang dan santai. Siap ada kawasan lapang untuk buat hari keluarga.

Nak cari makan tak susah sebab resort ni berdekatan dengan restoran dan kedai makan menarik. Antaranya Intan Sea Food, D Cherating Restoran RnR, dan Food Court Kawasan Perindustrian Gebeng. Semua ni tak sampai 10km pun dari kawasan resort.

Paling menarik sekali, kalau anda nak bercuti ke tempat menarik pun tak jauh! Dekat dengan Kilang Batik Asli dan Pantai Cherating. Berdekatan juga dengan Pulau Ular! Kata orang kalau nak buat day trip ke Pulau Ular pun boleh. Mungkin anda boleh bertanya dengan pihak resort sama ada mereka sediakan pakej trip ni atau pihak luar.

Memang seronoklah kalau dapat bercuti kat sini! Terasa rindu nak rasai suasana pantai yang tenang. Iya lah, kalau nak pilih tempat percutian ni, biarlah dapat menggembirakan kita dan anak-anak. Resort kolam renang depan laut ni memang sesuai untuk percutian keluarga.

Lepas ni kalau nak ke Pahang tu, bolehlah masukkan resort ni sebagai salah satu penginapan anda sekeluarga.

Nama: Lisnaree Beach Resort

Alamat: Lot 2615 Km32 Jalan Kuantan, Kemaman, Kg Sungai Ular 26080 Balok, Kuantan.

No phone: 09-582 1000

Leave A Reply

Your email address will not be published.