Resort Kolam Renang Depan Pantai Ini Antara Yang Paling Popular di Terengganu, Sebab Pemandangan Indah Laut Depan Mata!
Nak bercuti ke Terengganu, mesti kita cari resort yang berhadapan pantai kan. Sebab semua tau Terengganu antara negeri yang memiliki pantai yang cantik di Malaysia ni.
Jika ingin menikmati keindahan laut kat negeri pantai timur ni, apa kata jom menginap kat resort kolam renang depan pantai di Kampung Rhu Tapai, Merang ni. Namanya ialah Sutra Beach Resort.
Terletak di Setiu, resort ni sering menjadi pilihan sebab pemandangan laut yang sangat indah. Dan kelebihan lain yang sering jadi sebutan ialah kolam renang infinitinya. Tengok saja dah buat kita teruja.
Saiz kolam yang luas terletak berhadapan dengan pantai mesti buatkan pengunjung lagi seronok. Bayangkan, sambil berenang tu kita dapat menikmati view laut depan mata. Ditambah lagi dengan angin yang datang dari pantai. Confirm tenang dan mendamaikan.
Resort ni terletak kat kawasan kampung nelayan. Suasana sekeliling tenang dan jauh dari kesibukan bandar. Bilik penginapan pun terletak kat kawasan pohon-pohon menghijau. Dan ada juga yang menghadap kolam dan laut.
Bagi yang nak ke utara, jom rasai penginapan mengadap gunung ganang di sana. Suasana waktu pagi berkabus yang paling best sekali bila menginap di sini.
PROMOSI MERDEKA 2020 UNTUK PENGINAPAN SEHINGGA BULAN OKTOBER
Ada lebih 100 buah bilik terdapat di sini iaitu jenis Suite, Deluxe dan Standard. Bagi menghargai pengunjung yang ingin datang bercuti selepas PKP tempoh hari, resort ni sedang buka promosi MERDEKA 2020 khas untuk penginapan Deluxe dan Standard!
Kedua-dua jenis bilik ni ada yang mengadap garden, kolam renang dan laut.
Berikut ialah senarai bilik dan harganya:
STANDARD ROOM
- RM150/malam
- Termasuk sarapan 2 pax
- Harga asal serendah RM200
DELUXE GARDEN
- RM160/malam
- Termasuk sarapan 2 pax
- Harga asal serendah RM250
DELUXE SEAVIEW
- RM180/malam
- Termasuk sarapan 2 pax
- Harga asal serendah RM250
Kesemua bilik ni lengkap dengan penghawa dingin, bilik mandi, mini bar, peti sejuk, tv/ Astro, kettle dan coffee/tea.
Mengenai makanan tengahari dan malam, resort ni turut juga buka promosi untuk hidangan makanan sehingga 5 orang. Setakat ini, kat sini sering mendapat review makanan yang baik dari pengunjung. Antara promosi set menu yang ada ialah:
SET A
- RM45 untuk 2 orang
- Sup ayam, ayam goreng kunyit, siakap masam manis 400g, telur dardar, kangkung goreng belacan, ulam & sambal belacan, air cordial 1 jug.
SET B
- RM75 untuk 4 orang
- Tomyam seafood, ayam paprik, siakap 3 rasa 600g, daging masak merah, telur dadar, kalian ikan masin, ulam & sambal belacan, air cordial 1 jug.
FAMILY SET
- RM98 untuk 5 orang
- Tomyam seafood, ayam paprik, ikan bakar berempah 600g, daging masak merah, telur dadar 2 set, kalian ikan masin 2 set, ulam & sambal belacan, air cordial 1 jug.
Kalau dilihat pada harga dan jenis makanannya, terasa berbaloi kan.
Promosi merdeka ni dibuka sehingga 31 Ogos 2020. Pembeli boleh menempah bilik untuk tarikh penginapan sehingga 31 Oktober 2020. Syaratnya perlu buat tempahan secara talian melalui staff resort. Perlu cepatlah menghubungi staffnya. Dengarnya promosi bilik dan tarikh ditempah bertalu-talu.
PAKEJ KE PULAU REDANG
Bagi yang datang dari jauh, dah alang-alang sampai Terengganu tu apa kata jejakkan kaki ke Pulau Redang. Pakej day trip ke Pulau Redang dibuka oleh pihak resort setiap bulan Mac sehingga Oktober, dan pakej ditutup dari bulan November sehingga Februari setiap tahun.
Dengan 1 trip minimum 2 orang, harga seorang ialah RM150. Pakej ni termasuk pergi balik dari resort ke jeti dan Pulau Redang, serta makan tengahari, peralatan snorkeling, life jacket, dan tiket masuk marine park.
Barulah seronok percutian ke Terengganu kan. Dapat menginap kat resort kolam renang depan pantai, dan dapat pula melawat pulau yang cantik di sana.
Nama: Sutra Beach Resort
Alamat: Kampung Rhu Tapai Merang 21010 Setiu, Terengganu
No phone: 09-6531111
E-mail :[email protected]