Kelebihan Kolam Renang Kawasan Kampung, Resort Ni Menjadi Pilihan Untuk Port Percutian Best Bersama Keluarga Di Negeri Perak

0 15,780

Kata orang, Negeri Perak paling banyak tempat best yang boleh kita stay dan buat gathering dengan family. Kalau rasa rindu nak luangkan masa dengan keluarga dan sanak saudara tu, apa kata jom ke resort kolam renang kawasan kampung di daerah Kampar ni. Resort ini menjanjikan persekitaran nyaman dan suasana ‘back to nature’.

Bila nak mencari port cuti ni, dengar sahaja kawasan perkampungan dan ada kolam renang, terus rasa teruja kan. Lagi-lagi resort ni juga penuh dengan unsur semulajadi di sekelilingnya, iaitu berhadapan tasik dan dikelilingi dengan pokok kelapa sawit. Boleh dikatakan ‘the perfect place for getaway and family vacation’.

PEMANDANGAN KOLAM RENANG DAN TASIK DEPAN MATA

Kolam renang yang ada di sini pun amat memuaskan hati sebab saiznya yang besar dan menghadap pokok-pokok dan tasik. Dah boleh bayangkan keindahan pemandangannya bagaimana. Bila berenang dan mandi manda, sambil tu boleh menikmati alam semulajadi yang indah depan mata.

Terletak di Kampar, resort ni mengambil masa 2 jam perjalanan dari Kuala Lumpur dan 30 minit dari daerah Ipoh. Walaupun dalam kawasan kampung, ianya mudah untuk di akses.

Di sini, selain kolam renang yang besar yang terletak kat depan bilik, macam-macam aktiviti menarik lain lagi yang boleh pengunjung nikmati seperti memancing, berkayak, berbasikal dan macam-macam lagi. Jika disenaraikan semua, rasa tak cukup kalau hanya menginap di sini 2 atau 3 hari. Betul-betul buat kita teruja.

Mengenai penginapan pula, resort ni terdapat 20 buah bilik yang menghadap kolam renang dan tasik. Bagi yang plan nak buat family day di sini, seramai 70 orang dewasa dan 20 kanak-kanak yang boleh dimuatkan dalam keseluruhan resort.

Yang menariknya tu, resort ni juga menyediakan pakej bagi yang ingin buat family day atau team building. Pakej yang disediakan ni lebih memudahkan pengunjung kerana ianya termasuk sekali tempat tinggal dan makanan.

Tambahan lagi bagi tahun 2020 ni, pihak resort sedang buat promosi bilik dan pakej-pakej yang ada.

Berikut senarai bilik dan harga tawarannya:

BILIK PEMANDANGAN TASIK (TINGKAT ATAS):

Triple Room

  • 1 katil queen dan 1 katil single
  • 3 dewasa dan 1 kanak-kanak
  • Free breakfast untuk 3 orang
  • Aircond, wifi, hot shower, kettle dan coffee/tea
  • Harga RM150 (weekdays) dan RM200 (weekend)

 

Quad Room

  • 1 katil queen dan 2 katil single
  • 4 dewasa dan 1 kanak-kanak
  • Free breakfast untuk 4 orang
  • Aircond, wifi, hot shower, kettle dan coffee/tea
  • Harga RM180 (weekdays) dan RM230 (weekend)

BILIK PEMANDANGAN KOLAM (TINGKAT BAWAH):

Triple Room

  • 1 katil queen dan 1 katil single
  • 3 dewasa dan 1 kanak-kanak
  • Free breakfast untuk 3 orang
  • Aircond, wifi, hot shower, kettle dan coffee/tea
  • Harga RM200 (weekdays) dan RM240 (weekend)

Quad Room

  • 1 katil queen dan 2 katil single
  • 4 dewasa dan 1 kanak-kanak
  • Free breakfast untuk 4 orang
  • Aircond, wifi, hot shower, kettle dan coffee/tea
  • Harga RM230 (weekdays) dan RM270 (weekend)

Nak menginap resort cantik depan pantai dan mandi splash park, klik sini untuk lihat promosi best di sana sekarang!

Bagi yang ingin buat family day tu, pakej yang ditawarkan ialah RM140/orang untuk pakej 2 hari 1 malam, manakala untuk 3 hari 2 malam pula, harganya RM240/orang. Pakej ini termasuk tempat tinggal, makan pagi, tengahari dan bbq dinner.

Bila dah ada pakej ni, pengunjung tak perlu lagi pening fikir untuk menyediakan makanan sendiri. Hanya menghabiskan masa main permainan hari keluarga sahaja.

Selain dari tu, dah alang-alang sampai sini untuk gathering dengan family, tak lengkap pula rasanya kalau tak buat beberapa aktiviti menarik yang disediakan oleh resort. Bila penuh aktiviti tu, barulah seronok dapat menambahkan lagi kenangan indah dengan keluarga.

Berikut merupakan aktiviti yang boleh dilakukan:

  • Memancing (RM20/orang sehari)

  • Menaiki ATV (RM50/orang)

  • Abseiling di air terjun (RM90/orang)

  • Water rafting (RM140/orang)

  • Caving (RM50/orang)

  • Tubing (RM60/pax)

  • Flying fox (RM20/orang)

  • Paintball (RM100/orang)

  • Berbasikal (RM10/orang sehari)

  • KAYAK (RM10/orang)

  • Jungle Trekking (RM10/orang)

  • Nightwall (RM15/orang)

Semua aktiviti ni termasuk safety guide, transportation, peralatan berkaitan seperti life jacket, safety helmet, dan macam-macam lagi. Untuk mengelakkan slot aktiviti ni penuh, pengunjung perlu booking awal untuk dapatkan tarikh yang diinginkan.

Selain promosi pakej family day, resort ni juga buka promosi bagi pakej team building. Pakej ni merangkumi sekali penginapan, aktiviti permainan, dan makanan.

Berikut senarai pakej yang ada:

PAKEJ A

  • 2 Hari 1 Malam
  • 3 Meals
  • 3 aktiviti iaitu flying fox, kayak dan jungle trekking

PAKEJ B

  • 2 Hari 1 Malam
  • 3 Meals
  • 3 aktiviti iaitu water rafting, jungle trekking dan memanah

PAKEJ C

  • 3 Hari 2 Malam
  • 5 Meals
  • 5 aktiviti iaitu water rafting, flying fox, memanah, berkayak dan jungle trekking

Untuk ketahui harga pakej-pakej ni, boleh terus hubungi pihak resort.

Menarik kan tempat penginapan dan pakej aktiviti yang ada di sini. Bukan sahaja kolam renang kawasan kampung sahaja kelebihannya, percutian di sini boleh jadi lebih bermakna kerana dapat meluangkan masa dengan bermacam aktiviti dibuat bersama dengan keluarga dan saudara mara.

Nama: Embun Resort Lake Sahom

Alamat: Lot 228800, 31900 Kampong Sahom, Kampar, Perak

Email: [email protected]

No phone: 016-925 8585 (Miss Embun), 016-923 8585 (Mr Embun)

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100