Resort Sungai Depan Bilik, Antara Port Percutian Yang Sangat Indah Di Janda Baik!

0 30,710

Tak boleh gambarkan suasana nyamannya bila buka pintu bilik terus nampak sungai yang tenang dan comel berada betul-betul kat depan bilik je. Suasana ni dapat dirasai bila menginap di salah satu resort cantik yang berada di Janda Baik, Pahang ni.

Resort sungai depan bilik ni ada pemandangan yang memukau, di samping terdapat kawasan yang luas dan bersih di sekitarnya.

Janda Baik memang selalu jadi destinasi percutian dalam suanana hutan jauh dari kota. Lagi-lagi penginapan yang ada kelebihan berhampiran dengan sungai.

Resort ni boleh dikatakan sebagai salah satu private resort dalam kawasan perkampungan di sini. Bukan sahaja damai dan berdekatan sungai, malah keindahan suasana persekitaran dan landskapnya yang cantik macam dalam lukisan.

Resort ni dinamakan Deruan Damai Private Resort yang terletak di Kampung Cheringin Janda Baik. Apa yang menariknya, penginapan yang disediakan kat sini sangat selesa dengan bilik didekorasi ala bali dan perkhidmatan 5 star.

Pengunjung tak kan rasa rugi menginap di sini kerana bukan sahaja bilik yang kemas, kawasan resort pun sangat luas dan privacy buatkan percutian lebih tenang.

Landskapnya sangat cantik dan instagrammable. Sesuai bagi sesiapa yang suka bergambar untuk diabadikan sebagai kenangan.

Yang bestnya, kat sini anak-anak boleh bermain dan mandi manda kat sungai yang mengalir tenang dan tak begitu deras hanya dalam kawasan resort.

Ada yang betul-betul berada kat depan atau tepi bilik sahaja. Dari dalam bilik pun dah boleh pantau anak-anak di sungai.

Di Perak juga ada chalet tepi sungai dalam perkampungan air terjun berangkai. Klik sini untuk lihat penginapan sebelah sungai yang jernih dan sejuk di sini!

Tak kurang juga pada yang kaki pancing. Boleh memancing kat kolam ikan yang terletak dalam kawasan resort juga.

Penginapan di sini ada bermacam-macam jenis. Sesuai untuk percuti dengan keluarga kecil atau besar. Jumlah kesemua bilik ialah 13 unit:

SEROJA

Asalnya tapak pelantar untuk memancing dan sekarang ditukar ke bilik penginapan

  • Sesuai untuk kaki pancing
  • Ada katil king dan lantai yang luas
  • Boleh muatkan 4-5 orang
  • Harga RM275

TERATAI

Chalet diperbuat dari kayu dan berada atas kolam kelah

  • Ada katil queen dan sesuai bagi pasangan atau keluarga yang ada anak kecil seorang
  • Sesuai juga bagi yang inginkan privacy kerana jauh dari unit chalet yang lain
  • Harga RM253

DERUAN DAN DAMAI

Merupakan unit terbesar yang terdapat di sini

  • Ada pintu connection room
  • Ada katil queen dan boleh memuatkan 5 hingga 6 orang
  • Harga RM275

‍MESTA dan MANGGIS

Penginapan separa batu dan separa kayu

  • Ada katil queen dan boleh menampung 4 orang
  • RM220

DUKU dan DOKONG

Diperbuat dari separa batu dan separa kayu

  • Ada katil queen dan single
  • Boleh memuatkan 5 orang
  • RM242

DURIAN

  • Ada katil single 2 unit
  • Akan diberi tilam extra
  • Boleh muatkan sehingga 4 orang
  • RM165

KELAH, BAUNG, TALAPIA dan KRAI

Antara unit yang terawal dibina di resort ni

  • Mempunyai beranda yang luas di depan dan belakang
  • Ada katil queen
  • RM220

Bermacam -macam jenis bilik yang tetamu boleh pilih. Setiap bilik berdekorasi cantik dan ada bilik air sendiri termasuk towel, shampoo, sabun dan kettle.

Bukan tu je. Bagi pengunjung yang ingin buat family day, boleh menempah bilik yang banyak mengikut pakej yang ada:

▶ Jika tempah kesemua 13 bilik, harganya RM3080 termasuk dapur, dewan, portable speaker, dan free flow memancing

▶ Jika tempah 11 bilik, harganya RM2640 termasuk dapur, dewan, portable speaker, dan free flow memancing

▶ Dan bagi yang ingin menempah 13 unit bilik termasuk dapur, dewan, portable speaker, free flow memancing dan sarapan untuk 40 orang, harganya pula RM3520

Antara perkhidmatan lain yang ada ialah:

  • Extra tilam (set bantal, cadar, selimut): RM20
  • Extra katil (set tilam, bantal, cadar, selimut): RM50
  • Sewa dapur RM100 (termasuk bbq pit)
  • Bbq set RM50

Dengan pakej dan perkhidmatan ni, tiada masalah kalau nak datang beramai-ramai untuk berhari keluarga di sini.

‍‍‍‍Selain dari memancing dan mandi sungai, macam-macam lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini.

Pihak resort ada menyediakan bermacam pakej aktiviti outdoor yang diusahakan oleh orang kampung. Antaranya:

▶ ATV (RM25 untuk laluan percubaan, dan RM80 untuk pusing kampung)

▶ Jungle trekking (RM50/pax dengan minimum 5 orang). Ini termasuk guide dan permit.

▶ River tubing (Minimum 5 pax. RM55/pax untuk destinasi dari Pulau Santap ke Sunnah, manakala RM65/pax untuk destinasi dari Pulau Santap ke Genting Sodo)

▶ Paintball (Ada wargame dan target shooting. Harga bergantung pada permainan untuk dewasa dan kanak-kanak)

Apa lagi. Pada yang inginkan percutian tenang dan ada bermacam aktiviti menarik, bolehlah pilih resort sungai depan bilik di Janda Baik ni sebagai destinasi percutian anda bersama keluarga nanti.

Nama: Deruan Damai Private Resort

Alamat: Lot 20 Lorong Cheringin 1, Kampung Cheringin, Kampung Janda Baik 28750 Bentong, Pahang

No phone: 013-624 0229

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://heylink.me/mandartoto

rumah88

slot server thailand

slot bet 100 perak

slot pusatgame

slot spaceman

slot deposit qris

slot gacor hari ini

masterjp

masterjp

masterjp

giok777

nagatop

slot bonus new member

slot bonus new member

slot bet 100

slot gacor bet kecil

nagatop

spaceman slot

situs togel

pedoman4d

slot bet 100