#NotaCutiBajet: Nak tahu cara stay hotel dengan harga murah? Klik 👉 ‍‍‍‍‍‍
JOIN TELEGRAM

Resort Taman Tema di Kuantan, RM90 Sahaja Untuk Promosi Bilik Deluxe!

0 15,648

Berhadapan dengan pantai Laut China Selatan, resort taman tema ni jadi kegilaan orang bila bercuti ke Kuantan. Sebab bukan saja ada kolam renang yang pelbagai, kat sini siap ada taman tema mini dibuka pada pengujung!

Memang best bawa keluarga bercuti hujung minggu kat sini!

Taman tema mini yang luas berhadapan pantai
Permainan sliding yang killer

HARGA ASAL RM240, JADI RM90!

Bila dah ada kolam renang dan taman tema mini, of course terasa nak plan bawa anak-anak ke resort ni kan. Lagi-lagi resort ni sedang buka promosi istimewa. Promosi ni khas untuk penginapan:

BILIK DELUXE

  • Menghadap pantai atau kolam renang
  • Pilihan untuk 1 katil king atau 2 katil single. Untungnya boleh pilih bilik yang macam mana
  • Untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak
  • Saiz bilik 320sqf
  • Tv, wifi, iron
  • Serendah RM90/malam

Wahh..bestnya, RM90 je dah boleh stay dalam bilik cantik dan selesa untuk satu keluarga kecil. Promosi istimewa untuk bilik ni dibuka musim PKPP 2020 dari 1 Julai sehingga 30 September. Rugi kalau tak grab sekarang.

Walaupun promosi ni tak termasuk sarapan pagi, pakej ni turut tawarkan menu sarapan dengan harga berpatutan. RM10 sahaja untuk dewasa dan RM6 untuk kanak-kanak.

BILIK LEBIH BESAR SIAP ADA LIVING ROOM

Bagi yang nak menginap bilik yang lagi besar, kat sini ada juga pilihan bilik lain selain Deluxe. Walaupun tak ada promosi istimewa, tapi pengunjung dapat nikmati kelebihan lain dalam bilik ni termasuk breakfast percuma, seperate living room dan 2 cable tv di dalam bilik. Serendah RM350/malam, ianya sesuai pada mereka yang nak bercuti lebih santai dan selesa.

DE RHU SUITE

  • Menghadap pantai atau kolam renang
  • Pilihan untuk 1 katil king atau 2 katil single
  • Untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak
  • Saiz bilik 600sqf
  • Termasuk sarapan
  • 2 Tv, wifi, iron
  • Serendah RM350/malam

FAMILY SUITE 2 BEDROOM

  • Menghadap pantai atau kolam renang
  • Ada balkoni
  • Ada 1 katil king dalam 1 bilik dan 2 katil single dalam 1 bilik (connecting bedroom)
  • Untuk 2 orang dewasa dan 4 orang kanak-kanak
  • Termasuk sarapan
  • 2 Tv, wifi, iron
  • Serendah RM500/malam

Pool and beach view

Bukan tu je, resort taman tema ni turut ada 1 lagi bilik penginapan yang lebih murah berbanding Bilik Suite iaitu:

BILIK SUPERIOR

  • Garden dan car park view
  • 1 katil king atau 2 katil single
  • Untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak
  • Saiz bilik 300sqf
  • Tv, wifi, iron
  • Termasuk sarapan
  • Serendah RM190/malam

Specialnya sini, bukan sahaja ada kolam taman tema mini untuk anak-anak. Kat sini turut ada jenis kolam renang lain sesuai untuk orang dewasa.

Promosi RM60/seorang!

Ada lagi 1 resort depan pantai siap kolam renang di Johor untuk promosi hebat ni.  Klik sini.

Terrace pool 9 kaki berdekatan De Rhu Cafe
Wedding pool

Dan banyak lagi kemudahan yang disediakan untuk buat aktiviti menarik. Antaranya:

Bola baling pantai
Padang sukan yang luas
Court badminton
Permainan ATV

Bagi yang tak nak menginap di sini, taman tema mini dan kolam renang turut juga dibuka untuk PENGUNJUNG LUAR dengan harga RM10 dewasa dan RM7 kanak-kanak. Tapi hanya limited hari sahaja.

Hari yang dibuka adalah dari hari Ahad sehingga Khamis dan waktu operasinya ialah:
Sesi pagi – 08.00pagi hingga 12.00 tengah hari.
Sesi petang – 02.00petang hingga -07.00 petang.

Hari Jumaat dan Sabtu akan ditutup untuk pengunjung luar, dan hari Ahad akan dibuka pada sesi petang sahaja untuk beri keutamaan kepada pengunjung yang menginap di sini.

Nama: De Rhu Beach Resort

Alamat: LKPP De Rhu Beach Resort, 152, Sungai Karang, Beserah 26100 Kuantan, Pahang

Untuk tempahan, boleh hubungi 09-557 9000

(Tempahan melalui telefon hanya dari jam 09.00 pagi hingga 05.00 petang sahaja. Bermula 01 Julai 2020, talian tempahan dibuka 07.00 pagi hingga 10.45 malam)

Email: [email protected]

Leave A Reply

Your email address will not be published.