Resort Tepi Pantai Di Kota Tinggi, Port Cuti Dengan Pemandangan Indah Dan Nyaman Depan Mata

0 89,444

Bagi yang sukakan udara nyaman dari laut dan suasana tenang jauh dari bandar, jom bercuti di Tanjung Sepang Beach Resort, Kota Tinggi Johor ni.

Resort tepi pantai ni terletak di Teluk Ramunia yang terkenal dengan keindahan lautnya, dan sesuai menjadi port mandi manda, berkelah dan bersantai. Hanya berjalan beberapa tapak sahaja dari bilik penginapan, dah boleh jejaki persisiran pantai yang indah ni.

Resort ini dibina dengan landskap yang terancang di sekitar kawasannya. Dengan suasana nyaman, bersih dan landscape yang cantik, ianya sesuai untuk percutian pasangan, keluarga dan kawan-kawan.

Banyak ruang santai yang dibina sekitar chalet yang membuatkan pengunjung tak boring, dan boleh duduk sambil menikmati udara dari laut.

Tambahan lagi, ada banyak jenis bilik penginapan yang boleh menjadi pilihan. Tak ada masalah nak datang dalam berapa bilangan ahli keluarga sekali pun.

Terdapat 9 jenis penginapan yang ada. Semua bilik ada kemudahan seperti aircond, tv, kettle, water heater, barang mandian, towel, dan peti ais. Kira lengkaplah kemudahan yang ada dalam bilik di sini.

Selain dari tu, pihak resort turut menyediakan ruang untuk bbq di depan setiap chalet secara percuma. Bukan itu sahaja, siap sekali dengan tempat duduk yang selesa. Pengunjung perlu membawa arang dan jaring sendiri untuk menikmati aktiviti bbq di sini.

Berikut merupakan senarai bilik penginapan dan harganya:

Deluxe Room (7 unit)

  • 1 katil queen
  • 2 pax
  • RM180 (weekdays), RM230 (weekend, school holiday), RM280 (public holiday)

Ocean Suite (2 unit)

  • 1 katil queen
  • 2 pax
  • RM290 (weekdays), RM340 (weekend, school holiday), RM418 (public holiday)

Family Suite (1 unit)

  • 3 katil queen
  • 6 pax
  • RM340 (weekdays), RM418 (weekend, school holiday), RM510 (public holiday)

Junior Suite (12 unit)

  • 1 katil king
  • 2 pax
  • RM200 (weekdays), RM250 (weekend, school holiday), RM305 (public holiday)

Klik sini untuk lihat Resort Tepi Sungai di Hulu Langat untuk rasai percutian dalam kawasan hutan yang sejuk dan nyaman.

Superior Room (15 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 pax
  • RM290 (weekdays), RM340 (weekend, school holiday), RM418 (public holiday)

Standard Room (10 unit)

  • 1 katil queen + 1 double decker
  • 4 pax
  • RM200 (weekdays), RM250 (weekend, school holiday), RM305 (public holiday)

Suite Room (9 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 pax
  • RM330 (weekdays), RM330 (weekend, school holiday), RM405 (public holiday)

‍‍‍Sunrise Suite Room (1 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 pax
  • RM330 (weekdays), RM370 (weekend, school holiday), RM460 (public holiday)

Sunrise Suite (Seaview) (1 unit)

  • 2 katil queen
  • 4 pax
  • RM360 (weekdays), RM400 (weekend, school holiday), RM500 (public holiday)

Harga bagi setiap bilik ni termasuk sekali sarapan pagi untuk 2 pax.

Untuk pengetahuan, harga weekdays di sini ialah untuk hari Ahad sehingga Rabu, manakala weekend pula pada hari Khamis sehingga Sabtu.

‍‍Sekiranya pengunjung nak tambah bilangan orang, bayaran tambahan yang akan dikenakan ialah RM30 seorang. Namun perlu mengehadkan bilangan orang dalam 1 bilik untuk menjamin keselesaan masing-masing.

Selain dari tu, antara tarikan lain di sini ialah kolam renang yang besar untuk dewasa dan kanak-kanak. Tetapi sepanjang tempoh PKPP dalam musim covid-19 ni, kolam renang di sini ditutup dahulu, dan akan dibuka pada satu masa yang akan diumumkan kelak.

Café pun tidak dibuka untuk menjaga penjarakan sosial. Namun jangan risau, terdapat banyak gerai makanan yang terletak berhampiran dengan sekitar resort.

Walaupun kolam renang ditutup sebagai aktiviti menarik di sini buat sementara waktu, pengunjung bukan sahaja boleh buat aktiviti pantai, berbbq di depan chalet, dan berehat santai kat sekitar resort. Malahan boleh merancang percutian menarik lain di sekitar Kota Tinggi.

Ini kerana resort tepi pantai ni berhampiran  dengan tempat yang boleh dikunjungi di sana. Antaranya, Air Terjun Kota Tinggi yang terletak 1.4 km dari resort, di mana kita boleh nikmati mandian air terjun.

Selain dari tu ianya juga berhampiran dengan Desaru Ostrich Farm untuk melihat burung unta yang terletak 6.2 km sahaja dari resort.

Serta pelbagai jenis muzium di sana yang boleh dilawati.

Muzium Nelayan
Muzium Kota Tinggi

Dan macam-macam lagi. Pasti seronok percutian di Kota Tinggi ni nanti.

Nama: Tanjung Sepang Beach Resort
Alamat: Lot 338, Kg Tg Sepang, Teluk Ramunia, 81620 Kota Tinggi Johor.
No phone: 019-773 9594 / 019-763 9594

Leave A Reply

Your email address will not be published.

bakarat online

ibcbet

slot gacor

https://www.fcsagency.org/

https://redrokk.com/

slot bet 100

slot deposit qris