Resort Tepi Sungai Yang Tenang Dan Nyaman Di Hulu Langat, Datang Sekali Confirm Repeat!

0 115,277

Dengar je berdekatan sungai, terus dapat bayangkan keindahan pemandangannya kan? Lagi-lagi kebiasaannya kawasan dekat dengan sungai ni udaranya sejuk. Seronok kalau dapat bercuti dengan persekitaran macam ni.

Terletak dalam kawasan perkampungan, resort tepi sungai ni antara yang popular di Hulu Langat. Kalau nak bercuti santai dengan keluarga, berkelah dan mandi sungai sepanjang masa, resort ini lah tempatnya.

Kawasan resort ni agak privacy. Tenang je kalau bercuti dengan family. Sungai di sini lebar dan tak begitu deras dan dalam. Airnya pun sejuk dan bersih.

Seronok sangat kalau nak berendam dalam sungai sambil relaks-relaks. Bagi ibu bapa yang ada anak kecil tu, tak perlu risau untuk pantau anak-anak bermandi manda di sini.

Menariknya, chalet dan cabin kat resort tepi sungai ni dibina cantik dengan konsep kampung style. Kebanyakannya diperbuat daripada kayu dan buluh. Tak perlu aircond pun dah boleh rasa kesejukan udara nyaman dari luar. Betul-betul bagi pengalaman luar biasa.

Lagi-lagi pada waktu malam. Suasanya tenang dan mendamaikan. Bila tidur dalam penginapan macam ni, mesti terdengar bunyi-bunyi cengkerik, dan air sungai mengalir dari luar chalet.

Terdapat 5 unit chalet dan 5 unit cabin di sini. Design chalet dan cabin ni simple dan menggamit nostalgia macam tidur kat kampung halaman dulu-dulu.

Berikut senarai penginapan dan harganya:

Chalet 1 queen

  • 3 unit
  • Harga RM119

Chalet 2 bilik 2 queen

  • 1 unit
  • Harga RM250

Chalet 2 bilik 1 queen 2 double decker

  • 1 unit
  • Harga RM250

Nak mandi waterpark sekali dengan penginapan resort tak? Klik sini untuk lihat PROMOSI MERDEKA serendah RM208 untuk 2 orang di Bukit Gambang!

Cabin standard 1 queen 1 double decker

  • 2 unit
  • Harga RM129

Cabin medium 1 queen 2 double decker

  • 2 unit
  • Harga RM149

Cabin besar 2 queen 3 double decker

  • 1 unit
  • Harga RM350

Gazebo (bawah sahaja)

  • Harga RM50

Setiap bilik ni ada kelengkapan cerek elektrik, kipas, jaring, dan iron (atas permintaan).

Resort ni tak sediakan dapur memasak, tapi ada ruang tempat bbq untuk setiap chalet. Kalau pengunjung nak memasak sendiri, boleh bawa dapur portable dan masak di luar chalet.

Bila dapat masak-masak macam ni lagi bertambah seronok kan. Dapat pula memasak sambil menghadap sungai dan berkelah dengan keluarga.

Tapi kalau pengunjung tak terasa nak masak sendiri pun tak ada masalah. Kurang 10 minit perjalanan dari resort ni terdapat pekan yang ada banyak kedai makan. Boleh dapatkan makanan dari sana sahaja.

Selain dari tu, kelainan bagi resort ni ialah sumber air paipnya yang datang dari air sungai. Sudah tentu sejuk kalau mandi. Disebabkan ini juga, pengunjung digalakkan membawa air minuman extra sendiri untuk menjamin sumber minuman yang lebih selesa.

Nama: Laman Jentayu Resort
Alamat: Jentayu Resort, Sungai Congkak, Batu 20, Hulu Langat, Kuala Lumpur
No phone: 014-626 1252

Leave A Reply

Your email address will not be published.