Resort Unik Di Sg Lembing, Penginapan Dalam Bentuk Capsule Untuk Pencinta Alam Semula Jadi

0 6,809

Dikelilingi dengan tumbuhan menghijau dan kawasan kehutanan, inilah nikmat yang dapat dirasai kalau bercuti ke resort unik di Sg Lembing ini. Terasa begitu aman dan tenteramnya bila bermalam dan berehat dalam penginapan unik berbentuk capsule ni.

Sesiapa yang sukakan kedamaian hutan dan bunyi-bunyi serangga dan cengkerik di persekitaran, sesuai sangat meluangkan masa bercuti di sini. Percutian di kawasan hutan yang penuh tumbuhan menghijau ni tak dinafikan antara yang digemari kerana betul-betul memberikan ketenangan jauh dari kawasan bandar yang sibuk.

Lagi-lagi dapat menginap di resort yang selesa dan terbaik perkhidmatannya. Resort ni dinamakan Time Capsule Retreat yang terletak di Sg Lembing Kuantan. Di sini pengunjung bukan sahaja dilimpahi kenikmatan pemandangan yang indah dan udara yang nyaman, malahan dapat merasai pengalaman bermalam dalam capsule di kawasan alam semulajadi.

‍‍‍‍‍Konsep penginapan di sini unik dan boleh dikatakan ‘luxury camping’ juga disebabkan chalet capsulenya yang tampak moden dan selesa siap berpenghawa dingin.

Bukan setakat capsule sahaja, di sini juga mempunyai bilik jenis cottage yang lebih luas bagi pengunjung  yang inginkan tempat penginapan yang lebih kepada berbentuk bilik. Pengunjung boleh pilih untuk menginap dalam jenis penginapan bagaimana.

Kesemua penginapan di sini dikelilingi tumbuhan menghijau semula jadi. Jadi banyangkanlah kecantikan pemandangannya yang boleh dilihat dari pintu bilik sahaja. Pengunjung sekeluarga dapat merasai sendiri pengalaman bersantai di tepian atau bawah pepohon hutan di sini.

Selain dari tu, apa yang menariknya lagi resort unik di Sg Lembing ni ialah kerana berdekatan dengan Air Terjun Pelangi yang amat popular di Sg Lembing. Memang dah menjadi kebiasaan bagi yang bercuti ke Sg Lembing mengadakan trip ke air terjun ni yang boleh dikatakan sebagai salah satu hidden gem yang terdapat di sini.

Bagi yang nak short trip ke Air Terjun Pelangi tu, boleh booking pakej dari pihak resort. Dengan harga RM60/orang, pengunjung akan dibawa oleh pemandu pelancong seawal 5.45 pagi ke sana sehingga tengahari.

Sambil-sambil beristirehat di resort kawasan hutan tu, bolehlah merancang untuk buat short trip hiking ke air terjun dan mandi manda di sana.

Di Time Capsule Retreat ni terdapat beberapa jenis penginapan. Harganya pun tidaklah begitu mahal dan boleh dikatakan berbaloi sangat dengan penginapan yang menarik dan selesa sebegini.

Bagi penginapan jenis capsule, ianya mempunyai 2 jenis iaitu Capsule Garden View dan Capsule Jungle View. Dari segi nama sahaja dah tau apa yang membezakan kedua-dua penginapan ni iaitu satu darinya menghadap garden dan satu lagi menghadap hutan.

Namun kedua-dua penginapan ni mempunyai kemudahan dan kelengkapan yang sama iaitu katil queen dan aircond yang boleh memuatkan 2 orang dalam 1 unit. Harga bagi Capsule Garden View ialah serendah RM149, manakala Capsule Jungle View berharga serendah RM159.

Bagi penginapan jenis cottage pula, ianya juga turut mempunyai 2 jenis. Yang pertamanya ialah Standard Cottage Room yang terdapat 5 unit di sini. Di dalam setiap unit mempunyai 2 katil single dan aircond yang bersesuaian untuk 2 orang. Harganya satu malam ialah serendah RM118.‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍

Keduanya ialah Deluxe Cottage Room atau dikenali juga sebagai Bilik Superior. Penginapan ni mempunyai 2 unit dan lebih sesuai bagi yang mempunyai tetamu yang lebih ramai. Boleh memuatkan 4 orang, di dalamnya mempunyai 2 katil queen dan aircond. Harganya serendah RM198/malam.

Selain penginapan capsule dan cottage ni, ada lagi 2 jenis penginapan lain yang ada kelebihan dari segi kemudahan di dalamnya. 3 jenis itu ialah Parallel Aurora, Parallel Cooperate dan Parallel Discovery.

‍‍‍‍‍‍Bagi Parallel Aurora, di dalamnya ada 2 bilik berasingan yang terdapat tandas di tengah-tengahnya. Kelengkapan di sini termasuk aircond dan bathtub dan boleh memuatkan sehingga 4 orang. Harganya serendah RM298/malam.

Bagi Parallel Cooperate pula, bilik ni mempunyai 1 katil queen, 1 katil super single dan katil sofa, bilik mandi, tv dan Astro on Demand. Boleh muatkan 3-4 orang, harganya serendah RM398.

Klik sini untuk lihat chalet unik dan cantik dekat Air Terjun Lata Keding di Jeli Kelantan!

Dan terakhirnya ialah Parallel Discovery. Panginapan ni tampak lebih mewah dengan dinding kaca disekelilingnya yang boleh nampak pemandangan hutan di luar penginapan. Di dalam bilik ni terdapat 1 katil queen, 1 tilam sofa, bilik air, peti sejuk, astro demand, wifi dan jakuzi. Boleh memuatkan 2-4 orang, harganya serendah RM498.

 

Setiap bilik penginapan kat sini disediakan wifi secara percuma.

Selain dari tu, di sini juga tak susah untuk mendapatkan tempat makan yang tak begitu jauh dari penginapan. Banyak makanan tempatan yang boleh didapati di Pekan Sg Lembing yang hanya 1-2 minit perjalanan dari resort.

Untuk bbq pula, pengunjung boleh booking dari pihak resort dengan harga RM30 seorang (minimum 10 orang). Atau jika ingin berbbq sendiri boleh sewa bbq pit dengan harga RM50.

Bukan tu je, macam-macam lagi aktiviti dan tempat menarik yang boleh kunjungi berhampiran je dengan resort ni antaranya Bukit Panorama, muzium, Lombong Biji Timah, dan Jambatan Gantung.

Bukan sahaja dapat bercuti di resort unik di Sg Lembing ni, malahan pengunjung ada banyak pilihan untuk berjalan-jalan di kawasan sekitarnya.

Nama: Time Capsule Retreat

Alamat: EB4 Belakang Sekolah Menengah Sg Lembing, 26200 Pahang

No phone: 013-963 8888

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://tigaprediksi.com/

https://armynavysuperstores.com/

https://dutawarta.com/

https://woaynews.com/

https://pupwb.org/

https://haraznews.com/

https://toysmatrix.com/wp-includes/slot-gacor/

https://girimenangnews.com/

https://geprekbensuindonesia.com/

https://everythinginclick.com/wp-content/uploads/slot-bonus/

https://caraslot.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.casablancahire.com/blogs/wp-includes/slot-bonus/

https://www.genesiscalbeautystudio.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hookdonthehudson.com/

https://bimbelruangprestasi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://thenews100.com/

https://expertautokool.ee/wp-includes/slot-bonus/

https://www.padslakecounty.org/wp-content/uploads/rekomendasi-situs-slot-gacor-gampang-menang/

https://broichconstruction.com/

https://www.wlvliquors.com/wp-includes/slot-gacor/

https://rapbooster.com/wp-includes/slot-bonus/

https://www.karotuto.fr/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.fincaelpinero.com/wp-includes/slot-nexus/

https://www.barberdepot.nl/wp-includes/slot-gacor/

https://infobiliaria.es/wp-includes/slot-bonus/

https://www.hinterlaces.com/wp-includes/slot-gacor/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/slot-bet-200/

https://www.teesdreams.com/wp-includes/slot-bonus/

https://diarioevolutiva.com/wp-includes/slot-bonus/

https://virginprinting.com/wp-includes/slot-bonus/

https://hastshilpchennai.com/wp-includes/mahjong-ways/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-bonus-new-member/

https://www.periodico24.com/wp-includes/slot-bonus/

https://homesteadfibercrafts.com/slot-bonus/

https://bollywoodkanafusi.com/wp-includes/slot-bonus/

https://choicewaresproducts.com/wp-includes/slot-bonus/

https://sbe.deu.edu.tr/wp-content/uploads/2022/01/slot-bet-200/

https://dragonfly-retreat.com/wp-includes/slot-server-thailand/

slot bet 100

slot bet 100

https://gtstspoilers.com/wp-includes/slot-mahjong-ways/

slot mahjong/

slot bet 100