Resort Unik Di Taman Negara, Untuk Percutian Dalam Hutan Yang Kaya Dengan Flora Dan Fauna!
Biasa dengar tentang Taman Negara? Ianya boleh dikatakan menjadi salah satu simbol berharga bagi Malaysia yang terkenal dengan hutan hujan tropika yang lahir sejak beratus tahun dahulu. Keindahan suasana hutan di sini tak dapat disangkal lagi, dan sangat mengujakan untuk bermalam dan melakukan pelbagai aktiviti ‘outdoor’ yang mendekatkan kita dengan alam semula jadi. Sesiapa yang inginkan percutian lain dari yang lain, wajib merancang percutian ke sini. Ada resort unik di Taman Negara ni untuk kita merasai suasana percutian dalam hutan yang sebenar!
Resort ni di namakan Danz Eco Resort yang terletak berhampiran dengan Taman Negara Kuala Tahan Jerantut, Pahang yang kaya dengan flora dan fauna menghijau.
Menariknya di sini, selain penginapannya yang unik, pengunjung juga dapat merasai keindahan alam semulajadi, udara nyaman dan segar. Suasana macam ni tak akan kita dapat di bandar.
Bila ingin masuk ke kawasan perhutanan ni, macam biasalah, ianya memerlukan kita untuk mengambil berat tentang beberapa perkara penting.
Untuk sampai ke Danz Eco Resort, pengunjung perlu menaiki shuttle 4×4 dalam lebih kurang 5 hingga 10 minit perjalanan dari kaunter Danz di Taman Negara. Sesudah sampai di sini pengunjung boleh meletakkan kenderaan di private parking yang disediakan dengan harga RM10 sehari.
Namun ada juga pilihan lain bagi sesiapa yang ingin mendapatkan pengalaman menaiki bot. Mungkin ada antara kita yang sukakan aktiviti ‘adventure’ sebegini dan memilih untuk menaiki bot untuk sampai ke resort ni. Tetapi untuk pengetahuan, bot yang disediakan agak kecil dan bagi sesiapa yang membawa barang keperluan yang banyak digalakkan untuk menaiki kenderaan 4×4 untuk mengelakkan barangan basah.
Dengar sahaja dah rasa agak sukar untuk sampai ke sini. Namun kegusaran tu pasti akan hilang sesudah je jejakkan kaki ke resort. Pengunjung akan disajikan dengan keindahan suasana dan persekitaran kawasannya. Pasti terpengun melihat pokok Tulang yang tinggi melangit yang tersergam indah.
Apa yang unik di resort ni? Dah pasti ialah penginapannya!
Kepelbagaian penginapan di sini membolehkan pengunjung mencari pengalaman baru untuk menginap dalam penginapan yang tidak pernah dirasai sebelum ni. Ada yang berbentuk capsule, dan ada juga style kemah glamping.
Terdapat 4 jenis penginapan yang unik yang boleh dipilih.
Pertamanya ialah Azalea House. Penginapan ni unik berbentuk 3 segi dan ada 6 unit kesemuanya. Tampak mewah, di sini ada attached toilet, penghawa dingin, 1 katil queen dan 2 katil single yang sesuai untuk 4 orang tetamu. Harganya 1 malam ialah RM390.
Keduanya ialah Family Capsul yang terdapat 5 unit di sini. Kemudahannya juga seperti Azalea house yang mempunyai attached toilet, penghawa dingin dan 2 katil queen. Penginapan ini turut boleh memuatkan 4 orang dan berharga RM130 untuk dewasa dan RM100 untuk kanak-kanak.
Seterusnya ialah penginapan Capsule biasa. Capsule ni mempunyai 10 unit. Dengan saiz yang lebih kecil, penginapan ni muat untuk 2 orang dan mempunyai toilet di luar yang dikongsi. Sama seperti penginapan lain, ianya juga turut mempunyai penghawa dingin. Katil pula adalah 1 katil queen. Harganya semalam RM100 untuk dewasa dan RM80 untuk kanak-kanak.
Dan akhir sekali ialah penginapan Glamping. Glamping ni ialah penginapan yang paling santai dan sesuai bagi yang sukakan percutian dalam khemah. Terdapat 5 unit, ianya juga mempunyai tandas yang dikongsi. Kemudahan di dalamnya ialah kipas dan 4 tilam single sesuai untuk 4 orang tetamu. Harganya RM90 untuk dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak.
Bagi yang tak tahu. Di Terengganu terdapat satu resort yang terletak berdekatan air terjun jernih warna kehijauan. Nak bermalam dalam kawasan indah dan nyaman ni, jom ke Lata Kolam Air Deru Ecopark yang berada di Jerteh!
Menariknya, pakej-pakej penginapan di sini termasuk dengan makanan. Pengunjung akan dihidangkan dengan menu yang sedap-sedap dan sesuai dengan selera orang tempatan.
Selain dari tu, untuk pengunjung Muslim terdapat 2 surau berhampiran bagi memudahkan pengunjung menunaikan solat.
Banyak aktiviti best yang boleh dilakukan di sini. Antaranya bejalan di atas jambatan gantung yang menghubungkan dari satu pokok ke pokok yang lain. Selain tu, pengunjung juga boleh bermandi-manda di sungai, belajar menjala ikan, berkayak di sungai depan resort, rapid shooting Sungai Tembeling, melawat kampung orang asli, camp fire, dan menikmati keindahan alam di Lata Barkoh.
Boleh dirasakan percutian di sini tidak cukup sekadar 2 hari sahaja. Dah sampai ke resort ni, paling tidak pun bermalam sekurang-kurangnya 3 hari 2 malam supaya sempat untuk lakukan kesemua aktiviti yang ada di sana.. Rugi la kan kalau dah sampai sini tapi tak banyak aktiviti yang dapat dibuat.
Jadi apa lagi. Jom ajak member-member atau keluarga bercuti di resort unik di Taman Negara ni. Rasai pengalaman bercuti di hutan yang tenang dan tidur malam bertemankan bunyi unggas malam selain bergembira melakukan pelbagai aktiviti menarik yang ada di sana.
Lokasi : Danz Eco Resort
Alamat : Seberang Terisek Kg Kuala Tahan, 27000 Kuala Tahan, Malaysia
Contact no : +6011-19424978