Nak Bercuti Sakan ke Terengganu, Jom Ke Resort Waterpark Berdekatan Pantai Ni
Kalau nak mencari tempat percutian bersama keluarga, biasanya negeri Terengganu termasuk dalam list sebagai destinasi yang ingin kita tuju. Sudah pasti tempat penginapan yang best kita akan pilih untuk bercuti atau buat hari keluarga. Salah satunya, jom ke resort waterpark berdekatan pantai ini!
Terletak di Jalan Tok Jembal Kuala Terengganu, resort ni boleh menjadi tempat penginapan kerana terdapat kolam renang luas dengan mini waterpark, sesuai untuk aktiviti mandi manda bersama keluarga.
Ada 3 kolam renang bagi kanak-kanak dan dewasa yang mempunyai kedalaman 1 hingga 4 meter di sini. Tambahan lagi, resort ni menawarkan bilik penginapan bermacam jenis sesuai untuk keluarga kecil mahupun besar.
Diberi nama Quinara Al Safir Resort, untuk sampai ke sini kita perlu menyusuri Jalan Pantai dari Jambatan Angkat Kuala Terengganu atau dikenali sebagai Drawbridge.
Sepanjang 6 km perjalanan di Drawbridge ni, kita boleh menikmati pemandangan yang indah, nyaman dan sedap mata memandang.
Berikut merupakan pakej bilik penginapan yang ada di sini:
FAMILY SUITE ROOM
- 4 King Bed
- FREE RM10 baucher Breakfast
- 4 Pool Ticket
- RM 258/night
SUPERIOR DELUXE ROOM
- 2 Queen Bed
- FREE RM10 Boucher breakfast
- 2 Pool Ticket
- RM 138/night
STANDARD ROOM
- 1 Queen Bed
- FREE RM10 Boucher breakfast
- 1 Pool Ticket
- RM 98/night
Di Terengganu juga, jom lihat satu lagi port penginapan yang turut ada mini waterpark. Kali ni kolam renang depan bilik chalet pula! Klik di sini.
5 UNIT RUMAH TAMU
- 4 bilik
- FREE RM 10 Boucher breakfast
- 6 pool Tiket
- RM 280/night
Antara kemudahan yang disediakan ialah:
- Bilik beraircond
- Flat – screen tv
- Iron & Iron Board
- Cerek
- Surau
- Free Wifi
- Ruang sukaneka untuk family day
- Cafeteria
Menariknya, selain kelebihan waterpark, resort ini juga terletak berdekatan dengan Pantai Tok Jembal yang mempunyai pantai yang landai. Untuk menambahkan lagi aktiviti percutian di sini, pengunjung boleh juga ke pantai ini untuk berkelah, beriadah dan mandi manda bersama keluarga.
Selain dari tu, ianya juga berdekatan dengan tempat menarik lain seperti Bukit Maras untuk aktiviti hiking, KTCC Mall, Dataran Austin dan Pasar Payang untuk membeli belah.
Bukan tu je, kelebihan resort ini juga ialah restorannya yang dikenali sebagai The Lambur Café, yang cukup terkenal dengan penyediaan pelbagai jenis hidangan lazat negeri Terengganu, hidangan kampung, makanan Thai dan juga makanan western.
Antara menu popular di sini ialah nasi dagang, daging, rusa, itik salai masak lemak dan macam-macam lagi.
Apa lagi, bolehlah merancang percutian ke resort waterpark berdekatan pantai ni sebagai destinasi percutian hari keluarga, sambil menikmati makanan yang lazat di sana.
Nama: Quinara Al Safir Resort
Alamat: Lot 29295, Jalan Tok Jembal, Kuala Terengganu
No phone: 09-667 4040 / 06-997 4041 / 013-932 2887 / 013-905 4041