Resort Dekat Dengan Sungai Di Kawasan Pinggir Hutan Ni Tak Sangka Boleh Jadi Port Percutian Paling Best

0 57,121

Resort dekat dengan sungai dan ada kolam renang mesti menjadi kegilaan semua orang untuk bercuti dengan keluarga. Hanya perjalanan 5km dari tol Tg Malim sahaja, dah boleh jumpa satu port cuti yang sangat cantik dengan alam semulajadi dan tenang jauh dari kesibukan bandar.

Bagi yang suka environment hutan dan nak kan suasana tenang, boleh pergi ke Sri Damai Resort di Kalumpang ni. Ada bermacam-macam kelebihan resort dan aktiviti yang boleh dilakukan kat sini.

Salah satu chalet di Resort Sri Damai

KOLAM RENANG DARI AIR SUNGAI

Selain lambakan chalet yang dibina sebagai tempat penginapan, kat sini ada juga kolam renang yang sumbernya dari air sungai. Boleh bayangkan keterujaan bila mandi dalam air kolam yang sangat sejuk. Best kan!

Tak terlepas juga pada yang kaki pancing. Kat sini ada juga kolam memancing yang luas. Sambil bercuti dan berehat, boleh lah layan hobi memancing sekali.

Resort dekat dengan sungai ni terletak di pinggir hutan yang berdekatan dengan Sg Inki. Air sungainya sejuk dan nyaman. Bila dah muak mandi kolam renang, boleh la beralih ke sungai pula.

Kalau nak buat family gathering pun sangat sesuai kat tempat ni sebab bilangan homestay dan chaletnya yang banyak. Ada ruang santai, port berkumpul untuk riadah atau game, dan macam2 lagi yang telah disediakan.

Bukan tu je, pengunjung ada pilihan untuk buat aktiviti lain kat sini. Antaranya aktiviti berbasikal, memanah, ATV (dengan harga ditetapkan), berbbq dan melawat mini zoo. Lengkap lah untuk aktiviti orang dewasa dan kanak-kanak bila bercuti kat sini.

Β 

Untuk bilik penginapan, ada banyak yang disediakan kat sini untuk pilihan pengunjung. Kedudukan setiap homestay dan chalet tu berbeza-beza ikut kawasan resort. Boleh lah pengunjung survey dan buat pilihan penginapan yang ada sebelum buat tempahan.

Ini antara kriterianya termasuk harga. (Harga mungkin berubah mengikut promosi semasa):

βœ”οΈ Chalet Executive (2-5 orang) 6 unit [[ RM300 ]]
πŸ”Ή1 katil queen (boleh add on extra bed), wardrobe, aircond & kipas, tv dan astro, balkoni santai, bilik air water heater
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈ Homestay Executive (6-15 orang) [[ RM500 ]]
πŸ”Ή3 bilik katil queen, ruang tamu beraircond, tv dan astro, peti ais, dapur, meja makan dalam dan luar, bilik air water heater, boleh add on extra bed


β€β€β€β€β€β€β€β€β€βœ”οΈ Homestay Anggerik (4-10 orang) [[ RM450 ]]
πŸ”Ή2 bilik katil queen, ruang tamu beraircond, tv dan astro, peti ais, dapur, meja makan dalam dan luar, bilik air water heater, boleh add on extra bed

βœ”οΈ Dorm Executive (8 orang) 3 unit [[ RM400 ]]
πŸ”Ή3 double decker dan 1 katil queen, wardrobe, aircond & kipas, tv dan astro, bilik air water heater
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Dorm Sri Teratai (8 orang)
πŸ”Ή4 double decker, tv dan astro, aircond & kipas, bilik air water heater
πŸ”ΉRM400
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Inap Sri Cengal (muat hingga 5-6 orang)
πŸ”Ή1 katil queen + 1 katil single, aircond & kipas, meja makan, tv dan astro, bilik air water heater
πŸ”ΉRM320
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈ Inap Sri Meranti (muat hingga 4-6 orang) – 2 tingkat
πŸ”ΉKatil queen setiap tingkat, kipas, bilik air water heater
πŸ”ΉBerhampiran kolam renang
πŸ”ΉRM250
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Inap Sri Kempas (muat hingga 3-5 orang)
πŸ”Ή1 katil queen + 1 katil single, kipas, tv dan astro, bilik air water heater, balkoni santai
πŸ”ΉSuhu bilik semula jadi sejuk kerana bahan binaan dari tanah liat
πŸ”ΉRM250
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Inap Sri Tualang (muat hingga 2-3 orang)
πŸ”Ή1 katil queen, kipas, bilik air water heater
πŸ”ΉΒ Terletak agak tinggi dengan balkoni tinjau yang menampakkan pemandangan
πŸ”ΉRM220
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Inap Sri Balau (muat hingga 2-3 orang)
πŸ”Ή1 katil queen, kipas, bilik air di luar chalet
πŸ”ΉDibina atas kolam pancing / sesuai untuk kaki pancing
πŸ”ΉRM150
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Dorm Sri Nyatoh (4 orang) 4 unit
πŸ”Ή2 katil double decker, kipas, bilik air, balkoni santai
πŸ”ΉRM180
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Inap Sri Nibong Riverside (2 orang) 4 unit
πŸ”Ή2 tilam lipat, kipas, tandas di luar
πŸ”ΉRM180
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Homestay Inap Sri Alam (6-15 orang)
πŸ”Ή3 bilik beraircond, 2 bilik air, ruang tamu beraircond, dapur memasak
πŸ”ΉRM990
‍‍‍‍‍‍ ‍‍‍‍
βœ”οΈΒ Dorm Bunga Raya (30 orang)
πŸ”Ή15 katil double decker, kipas, tv dan astro, meja discussion, 3 tandas 6 shower
πŸ”ΉRM1500

MERUPAKAN ANTARA RESORT DEKAT SUNGAI YANG BEST

Ada penginapan dari rumah kayu dan juga dari rumah batu. Boleh jadi pilihan untuk keluarga kecil dan besar.

Menariknya resort cantik dekat dengan sungai ni, pengunjung pun tak perlu risau untuk kemudahan lain yang ada. Kat resort ni ada sediakan surau terbuka untuk solat berjemaah dengan keluarga yang besar. Cafe pun turut ada dengan harga makanan yang berpatutan.

 

Nama: Sri Damai Resort
Alamat: Lot 640, Jalan Sg Inki, Kg Pasir Puteh, Kalumpang, 44100 Hulu Selangor, Kerling
No phone: 017-316 1213 / 017-259 0117

Bagi yang suka tempat penginapan dekat dengan LAUT, boleh ke Chalet Viral Depan Pantai ni sebagai pilihan port percutian korang!

Leave A Reply

Your email address will not be published.