10 TEMPAT YANG MESTI KORANG SAMPAI SEBELUM BERCUTI KE LUAR NEGARA

0 16,757

10 Tempat Yang Mesti Korang Sampai sebelum bercuti ke luar Negara. Alang-alang nak bercuti, habiskan jelajah seluruh Malaysia dulu sebelum plan ke luar negara. Kenapa?

Sebab dalam Malaysia sendiri pun ada banyak tempat menarik yang boleh kita dapat setaraf dan standing luar negara! Fuuh. Bukan biasa-biasa Malaysia ni.

Psst ada pelancong Negara Luar pun datang melancong ke negara kita tau!

Jom kita tengok 10 tempat menarik yang menjadi tarikan pelancong baik dalam dan luar negara.

10 TEMPAT MENARIK DI MALAYSIA

Sumber : https://tadomhillresorts.com

 

1.Tandom Hill

  • Merupakan lokasi percutian unik yang terletak di Banting, Selangor
  • Banyak aktiviti lasak yang kita boleh buat kat sini seperti
  • flying fox
  • Archery Combat- ala-ala paintball tapi versi memanah
  • Atv

  • Bamboo Raft Race -ala2 kayak..tapi menggunakan rakit
  • Mempunyai resort yang unik sebab kebanyakannya dibina menggunakan buluh
  • Tandom Hill ini terletak di kawasan yang berkeluasan 40 ekar dengan bukit batu kapur, tasik  dan pokok yang menghijau
  • Port paling best kat sisni Tandom Groove ( ala-ala BBQ)
  • Ada platform untuk korang terjun tiruk ke dalam tasik, kerusi santai terapung, tali tarzan dan lain2 aktiviti lagi

 

Sumber : https://www.pinterest.com

 

2.Desa Cattle Dairy Farm

  • Terletak di kaki bukit Gunung Kinabalu. Dan dikenali juga sebagai New Zealand Malaysia.
  • Pemandangan yang menghijau. sangat menyejukkan mata.
  • Menjadi tempat pilihan ramai pengantin serta krew filem untuk bergambar di sini
  • Ladang lembu di sini berkeluasan 199 hektar

Sumber : facebook Ziera Rara

  • Korang boleh rasa susu segar terus dari ladang sebab ada dijual di sini
  • Beroperasi bermula jam 8 pagi sehingga 5 petang
  • Waktu untuk memerah susu adalah jam 3 petang hingga 5 petang setiap hari.
  • Bagi tiket masuk untuk dewasa ialah RM5 untuk dewasa dan RM4 untuk kanak-kanak

 

10 Tempat Yang Mesti Korang Sampai sebelum bercuti ke luar Negara

 

Sumber : http://www.terrapuri.com

 

3.Terrapuri Heritage village

  • Merupakan resort unik yang terletak di tengah-tengah antara Laut China Selatan dan Sungai paya bakau (Setiu Wetland)
  • Ada lebih 20 villa  kesemuanya yang dibina berkonsepkan rumah lama yang berusian ratusan tahun terdahulu.

  • Susun atur resort ni diilhamkan oleh Istana Terengganu adat ke -17
  • Harga penginapan di sini agak mewah tetapi dengan suasana kampung dan unik ini, sangat berbaloi untuk penginapan berkeluarga.

 

Sumber : https://www.libur.com.my

 

4.Cameron Highland

  • Cameron Highland merupakan tempat percutian yang nyaman dan udara sejuk yang dingin
  • Kalau korang datang Cameron jangan main redah je sebab ada banyak tempat menarik yang korang wajib pergi.
  • Paling penting pastikan dulu di mana tempat yang sesuai untuk kita menginap supaya mudah untuk kita akses ke tempat-tempat berdekatan dengan hanya berjalan kaki sahaja

Antaranya adalah :

  • Ladang teh dekat sungai palas
  • Ladang strawberry
  • Cactus Point
  • Taman rama2
  • Mardi agrotechnology park
  • Dan lain2 lagi

Kalau nak mebeli belah, saya suggest singgah pasar Kea Farm.. Macam-macam benda ada dijual di sini selain buah-buahan dan juga cenderamata untuk kenang kenangan.

 

Sumber : https://www.pinterest.com

 

5.Bukit Tinggi, Pahang

  • Merupakan sebuah desitinasi percutian yang dingin yang terletak lebih kurang 1 jam dari KL
  • Di Bukit Tinggi ni ada tempat ala-ala oversea iaitu Colmar Tropicale yang terletak di Perancis
  • Calmar Trapicale mendapat ilham, daripada  sebuah perkampungan Perancis yang terkenal
  • Kalau datang sini, kita akan rasa macam seolah-olah berada di dalam filem Eropah lama-lama atau klasik.

 

SETIAP NEGERI ADA JE TEMPAT YANG BEST!

 

Sumber : https://www.shutterstock.com

 

6.Taman Tema Escape, Pulau Pinang

  • Taman tema paling best di Pulau Pinang sebab banyak aktiviti extreme yang boleh buat dan main dekat sini
  • Korang boleh panjat pokok, meneroka terowong dengan tiub dan terbang  ke udara dengan tarikan bernama Atan’s Leap.

  • Suasana kat sini ala2 kampung  sebab kawasan sekitarnya yang dipenuhi pohon rendang untuk korang berhibur sambil menghirup udara yang segar.
  • Paling best. Slide yang terdapat di sini merupakan slide paling Panjang di dunia (1 km)
  • Nak naik slide pun kita kena naik kereta kabel sebab slide bermula atas bukit. Anggaran seluas 4 buah padang bola tau!

 

Sumber : https://kowamasholidays.com

 

7.Sky mirror

  • Terletak di Kuala Selangor, lebih kurang 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur
  • Untuk ke sana, kita perlu naik bot untuk sampai ke tengah lautan
  • Boleh lah feeling-feeling macam kat oversea

Sumber : http://1step1footprint.com

  • Ala2 Bolivia – Bila tangkap gambar dah tak nampak mana langit, mana bumi. Sebab suasana yang cantik memberikan kesan yang sangat memukau
  • Scene Mirror in the sky ni hanya ada 5 hari sebulan je.. Jadi, kita kena rancang percutian kita supaya menjadi percutian yang berbaloi-baloi.

 

Sumber : https://www.tioman.my

 

8.Pulau Tioman

  • Kepada yang tidak tahu, Pulau Tioman merupakan antara 10 pulau yang tercantik di dunia
  • Sebahagian besar pulau ni terdiri daripada hutan tebal
  • Dan di dalam lautannya pula kaya dengan khazanah laut terumbu karang. Jarang nak jumpa Kawasan yang ada khazanah macam ni.

  • Pulau Tioman merupakan port penyelam. Memang port terbaik yang wajib korang cuba sebab pulau ni pernah di nobatkan sebagai PULAU TERCANTIK DI DUNIA.
  • Banyak aktiviti laut korang boleh buat kat sini antaranya :
  • Mengelilingi pulau dengan menaiki bot
  • Skuba diving
  • Snorkeling
  • Rock climbing

 

Sumber : https://desarucoast.com

 

 9.Taman Tema Air Desaru Coast

  • Merupakan taman tema air yang sangat best dan terletak di Negeri Johor
  • Perjalan dari bandar Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 1 jam 20 minit sahaja
  • Taman tema ini merupakan antara kolam air yang terbesar kat Malaysia
  • Boleh berendam atau main pelampung  dalam kolam air “Tidal Wave” yang sebesar 3 ekar

  • Atau boleh bermain dalam Kawasan permainan Kids Ahoy yang ada 13 slide air yang simple-simple
  • Kalau datang sini, wajib naik rollercoster air iaitu “Kraken’s Revenge”. Confirm puas hati!
  • Setanding dengan Legoland, harga tiket masuk ialah RM121 untuk dewasa dan RM90 untuk kanak-kanak dan warga emas.

 

Sumber : https://www.dasiatravels.com

 

10.Pulau Langkawi

  • Pulau Langkawi ni merupakan port percutian yang paling popular di Malaysia
  • Jika ke Pulau Langkawi ni, sangat disuggestkan untuk stay dan bermalam di Pantai Cenang.
  • Selain banyak tempat makan, area ni agak dekat untuk diakses ke beberapa tempat lain yang boleh kita lawati.
  • Sebelah malam, boleh lah saksikan pertunjukan api dari mereka yang pakar di tepi Pantai. Sambil menghirup udara segar, dengan angin sepoi-sepoi bahasa, terasa tenang jee
  • Dah sampai Pulau Langkawi, Oriental Village adalah tempat yang paling WAJIB kita pergi. Di sinilah terdapat banyak aktiviti yang boleh kita lakukan di sini bersama ahli keluarga dan kawan-kawan
  • Harga masuk di sana ada mengikut pakej-pakej yang disediakan. Saya pernah ke sana dan ambil pakej RM43. Apa yang boleh dilakukan :
  • Naik cabel car
  • Dapat bergambar kat 3D art
  • Masuk SkyDome
  • SkyRex

Sumber : http://www.langkawi-info.com

 

  • Jangan lupa untuk grab pakej Island Hoping. Pusing-pusing keliling Pulau Langkawi bersama driver bot yang tahu selok belok di sana. Untung-untung, driver bot bawa jalan-jalan ke pulau-pulau yang ada tanpa extra bayaran.
  • Harga mengikut pakej yang disediakan. Lebih kurang RM25- RM30 untuk1 kepala.
  • Bukan tu sahaja, dekat Pulau Langkawi ni ada banyak lagi tempat best dan korang perlu lawati. Antaranya :
  • Underwater World Langkawi
  • Air Terjun Telaga Tujuh
  • Dataran Lang
  • Makam Mahsuri
  • Dan banyak lagi

Jadi, dalam kesemua tempat yang saya kongsikan ni, saya yakin ramai yang pernah jelajah semua tempat-tempat ini. Dan sebenarnya ada banyak lagi, bukan berpuluh malah berates lagi tempat menarik di Malaysia.

Tapi, kami tak dapat nak kongsikan sebanyak-banyaknya di sini. Mana tahu kita jumpe di next entri untuk tempat menarik di Malaysia ni tau.

Kepada yang belum sampai kesemuanya, dalam 10 Tempat Yang Mesti Korang Sampai sebelum bercuti ke luar Negara ni, mana lagi tempat yang belum pernah sampai?

#NotaCutiBajet : Kalau bercuti biasanya kami akan follow tips dalam Panduan Hotel untuk stay hotel dengan harga bajet (  )

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris