Air Terjun Best Terengganu, Dengan Warna Air Kehijauan Bagai Lukisan Untuk Percutian Yang Luar Biasa!

0 28,729

Sejuk, indah, tenang dan tersendiri. Sekali pandang air terjun ni terus rasa teruja akan keunikan airnya yang kehijauan. Merupakan salah satu air terjun best Terengganu, sampai-sampai je di sini pengunjung pasti terbuai akan keindahan air jernihnya yang bak kristal sehingga nampak ke dasar. Betul-betul beauty of nature!

 

 

 

Pemandangan persekitarannya pun amat mempesonakan dalam kawasan hutan penuh kehijauan. Semestinya menjadi port perkelahan dan percutian air terjun yang wajib ada dalam list percutian kita!

 

 

 

 

Air terjun best Terengganu ni dinamakan Lata Kolam Air Deru Ecopark. Ianya terletak di Kampung La, Jerteh Terengganu. Lebih kurang 50 minit – 1 jam perjalanan dari Kuala Besut dan 2 jam perjalanan dari Kuala Terengganu.

Nak masuk ke air terjun kehijauan ni perlu melalui ladang sawit dan jalan yang agak sempit dan banyak liku. Tapi the moment kita sampai je sini terasa berbaloi sebab pasti terpesona dengan keindahan pemandangan hutan dan warna airnya yang kehijauan. Dengan airnya yang jernih ni sampai boleh nampak ikan-ikan berenang di dalamnya. Confirm teruja kan!

 

 

 

Terletak di kawasan Hutan Simpan Gunung Tebu Hulu Besut Terengganu, tempat ni dibangunkan dan dijaga rapi dengan konsep eco tourism. Indah sangat, sejuk, bersih dan tenang sesuai untuk datang berkelah dan bermalam dengan family dan group member-member.

 

 

Sebelum nak berkelah atau mandi manda tu, pengunjung kena tahu tentang kedudukan air terjun di sini yang ada 3 fasa pengkalan.

Yang pertama ialah Pengakalan 1 yang sesuai untuk bersantai dengan anak-anak kecil.

Pengakalan 2 pula sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak yang perlu ada pengawasan orang dewasa.

Manakala Pengkalan 3 yang lebih deras sesuai untuk dewasa dan aktiviti water sliding.

Jadi jika ingin berendam-rendam sahaja, atau nak berenang sakan boleh terjun fasa mana yang kita suka. Yang penting sebelum terjun tu perlu melihat cuaca dulu untuk pastikan air tak begitu deras untuk bermandi manda di sana.

 

Tempat ni terkenal dengan nama Lata Kolam sebab terbentuknya kolam-kolam kecil secara semulajadi sepanjang sungai selain kolam utama bawah air terjun di Pengakalan Raja tu.

Selain berkelah dan mandi manda, di sini turut ada chalet dan resort bagi mereka yang ingin bermalam dalam kawasan hutan semula jadi. Dah sampai sini, sayang pula kalau kita melepaskan peluang bermalam di kawasan yagng indah dan mempesonakan sebegini.

Jenis penginapan yang disediakan di Lata Kolam Air Deru ni sesuai untuk family atau backpackers.

Tube Lodge Budget

Merupakan penginapan dalam tube yang boleh memuatkan 2 orang. Harganya RM60/malam.

 

Tube Lodge Exclusive

Penginapan ni ada 2 tingkat. Untuk tingkat atas harganya RM100/malam, manakala Tingkat Bawah RM80/malam.

 

Cabin Dorm A

Cabin ni sesuai untuk 5 orang dan harganya RM100/malam.

 

Cabin Dorm B

Sesuai untuk 5 orang, harganya RM80/malam.

Glamping

Penginapan jenis glamping yang sesuai untuk 12 orang dengan harga RM300/malam.

‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍‍Giant Tunnel

Lebih luas sesuai untuk 16 orang dan harganya RM160/malam.

 

‍‍‍‍‍‍Dome Tent

Harganya RM40/malam untuk 4 orang dan RM60/malam untuk 6 orang.

Dengan pelbagai jenis penginapan yang ada, pengunjung boleh membuat pelbagai pilihan untuk menginap dalam jenis penginapan bagaimana yang diinginkan mengikut kesukaan dan keselesaan.

Nak rasai percutian unik dalam glamping depan kolam kawasan kebun, jom ke salah sebuah ‘hidden gem’ yang berada di Janda Baik ni! Klik sini.

Bagi yang tidak mahu bermalam di sini pula, dan hanya nak berkelah dan mandi manda, bayaran untuk masuk hanya RM3 untuk dewasa dan RM1 kanak-kanak. Caj ini adalah untuk perkhidmatan parking dan selenggara kebersihan tempat.

 

 

‍‍‍‍‍‍Bila dah bercuti kawasan air terjun tu, mesti kita perlukan makanan untuk mengisi perut yang lapar setelah mandi manda kan. Pengunjung tak perlu risau. Di sini juga terdapat cafe yang dibuka setiap hari bagi yang datang secara harian atau yang menginap di sini.

 

 

Selain tu, apa yang menarik lagi di sini ialah ianya sesuai untuk menjadi tempat buat family day, team building atau bermacam aktiviti sports seperti memanah dan atv yang pihak resort sediakan. Bukan sahaja mandi manda dan berkelah, ia menjadi salah satu tempat rekreasi dan bermain bermacam aktiviti menarik. Pengunjung boleh terus menghubungi pihak pengurusan bagi mendapatkan sebarang pakej event yang diinginkan.

 

 

 

 

 

Apa lagi. Jom plan trip dan family day dengan keluarga ke air terjun best Terengganu ni nanti, dan rasai sendiri suasana air terjun yang unik dan nyaman di negeri Pantai Timur ni.

Nama: Lata Kolam Air Deru Ecopark

Alamat: Jalan Kolam Air Panas, Kampung La, 22010 Jerteh Terengganu

No phone: 019-693 1662

Leave A Reply

Your email address will not be published.

https://trinitytantra.com/

slot deposit qris

https://pasporbet.name/