Berkelah Di Sungai Inki, Jom Mandi Manda Dan Bermalam Di Chalet Yang Terletak Bersebelahan Dengan Sungai Yang Best Ni!
Sungai Inki Kalumpang ni terletak di Kampung Pasir Puteh dan antara yang terkenal di Hulu Selangor. Selain air sungainya yang sejuk dan segar, apa yang menariknya di sini ialah sungainya yang agak luas dan lapang. Meriah sangat kalau dapat mandi manda bersama keluarga di sini. Berkelah di Sungai Inki ni sememangnya menjadi aktiviti wajib kalau berkunjung ke kawasan ni.
Kawasan di sini agak lapang dan ada banyak port berkelah yang berada di sekitar kawasan. Disebabkan sungainya yang lebar, ada bahagian-bahagiannya yang mempunyai air yang deras dan tenang. Pengunjung boleh pilih port mana yang mereka ingin berkelah dan mandi manda bersesuaian untuk dewasa dan kanak-kanak.
Selain hanya berkelah je, di sini turut terdapat satu penginapan yang boleh menjadi pilihan pengunjung yang ingin bermalam di sini. Dinamakan Chalet Keluarga Sakri, penginapan ini merupakan chalet persendirian dalam kawasan private.
Bila jejakkan kaki ke sini, pengunjung akan berasa tenang melihat keindahan pemandangannya yang penuh dengan tumbuhan menghijau di sekeliling. Ada titian gantung sebagai laluan untuk masuk ke kawasan ni. Lalu sahaja titian gantung, pengunjung boleh nampak sekitar kawasan dan orang mandi manda di bawah. Mata akan disajikan dengan keindahan suasana hutan dan sungai disekeliling. Sesuai sangatlah bagi mereka yang sukakan percutian ‘back to nature’.
Chalet Kelurga Sakri ni menyediakan pakej day trip, berkhemah dan bermalam. Selain menyediakan chalet penginapan, ianya juga menawarkan tempat camping dan training centre, dan banyak kemudahan yang ada kat sini termasuk bilik penginapan, wakaf, surau, port berkelah, tempat persalinan, tempat bbq, khemah, kolam ikan, dan kolam mandi. Boleh jadi tempat percutian biasa, hari keluarga atau buat bermacam-macam aktiviti di sini.
Sekitar kawasan sini sentiasa bersih dan terjaga. Bagi yang ingin masuk sahaja tanpa menginap, bayaran hanya RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak. Aktiviti best pengunjung boleh buat di sini sudah tentu mandi sungai, berkelah, sukaneka dan berbbq sambil menikmati panorama dan keindahan alam.
Dan bagi yang ingin bermalam, ada beberapa jenis chalet boleh menjadi pilihan:
▶️ BLOK A
Penginapan ni mempunyai 8 bilik, ruang berkumpul dan ruang makan. Satu bilik boleh menempatkan 3 orang maksimum. Harga 1 bilik untuk setengah hari RM75, manakala bermalam RM160.
▶️ BLOK B
Blok ni pula ada 3 bilik iaitu 2 bilik di ruang atas dan 1 bilik di ruang bawah. Untuk 2 bilik di atas, setiap bilik terhad kepada 6 orang dan harganya RM100 (setengah hari), RM250 (bermalam). Untuk 1 bilik di bawah pula, terhad kepada 12 orang dan harganya RM250 (setengah hari), RM500 (bermalam). Chalet ni ada ruang legar dan aktiviti.
▶️ JENIS PONDOK
Penginapan ini jenis pondok dan dinamakan PONDOK MAWAR. Setiap unit sesuai untuk 3 orang. Harga setengah hari RM75, manakala bermalam RM170.
Nak rasai pengalaman bermalam dalam chalet pondok yang betul-betul tepi sungai yang jernih dan sejuk, jom ke Chalet Lenggong Longhouse Campsite di Perak ni!
▶️ BLOK D
Blok ni mempunyai 3 unit. Maksimum kapasiti ialah 3 orang untuk 1 unit. Harga setengah hari RM150, manakala bermalam RM170.
▶️ BLOK E
Penginapan ni ada 3 unit bilik dan mempunyai kolam mandi untuk kanak-kanak. Harga setengah hari RM75, manakala bermalam RM170-RM220 mengikut jenis bilik.
Dalam setiap bilik di sini menyediakan tilam, bantal dan selimut tanpa katil. Dan ada blok penginapan yang tandasnya berada di luar yang sentiasa bersih dan selesa.
Bagi yang ingin buat hari keluarga beramai-ramai, ada tapak berkelah dan khemah kanopi yang boleh disewa dengan harga setengah hari RM75, dan bermalam RM150 setiap 1 unit khemah kanopi. Dan jika ingin sewa tapah khemah sahaja, harga setengah hari RM20 dan bermalam RM40.
Untuk makan dan berbbq pula, kat sini turut ada menyediakan sewaan dapur memasak termasuk peralatan dan bbq pit. Untuk dapur, harganya RM60 termasuk dapur portable, gas, periuk, pan, senduk dan sebagainya. Dan bbq pit termasuk arang juga berharga RM60. Bolehlah pengunjung buat aktiviti memasak sambil mandi manda di sini dengan keluarga.
Apa lagi. Jom plan dengan family berkelah di Sungai Inki Kalumpang ni dan bermalam di sana untuk menikmati percutian alam semula jadi yang sebenar.
Nama: Chalet Keluarga Sakri
Alamat: Lot 32, Kampung Pasir Puteh, Sungai Inki Kalumpang, 68000 Kuala Lumpur
No phone: 017-340 8345