Hidden Gem Di Lenggong Perak! Jom Ke Tempat Glamping Cantik Tepi Sungai Ni.

0 399

Siapa je yang tak suka bermalam ditemani dengan aliran air sungai. Persekitan pula penuh dengan pokok-pokok menghijau dan bunyian hutan. Rugi rasanya bagi anda yang belum pernah merasa bermalam dalam khemah atau glamping di kawasan seperti ini. Antaranya ialah percutian glamping tepi sungai yang berada di Lenggong ni.

Tengok gambar pun anda akan terpesona! Tempat ni dinamakan Sumpitan Glamping, sebuah campsite yang terletak di Kampung Sumpitan, Lenggong. Lebih kurang 45 minit dari Ipoh. Satu pengalaman yang menarik kalau anda memilih untuk bercuti di sini dengan keluarga atau kawan-kawan.

ADA KOLAM RENANG

Keindahan tempat ni bukan sahaja suasana hutan, malah ada aliran anak sungai yang betul-betul berhampiran dengan penginapan khemah, malah ada juga kolam renang untuk buat penambahan aktiviti mandi manda di sana.

Air sungai yang terletak di depan glamping juga tenang, jernih, bersih dan tak begitu dalam. Tak risaulah nak berendam dan mandi manda di sini. Sesuai untuk semua lapisan umur. Apa yang menariknya, persekitaran campsite ni turut dijaga rapi dari segi dekorasi, kebersihan dan suasana persekitarannya.

Ramai orang datang ke sini sebab nak healing, menjauhkan diri dari suasana bandar. Di samping anda akan dapat mendekatkan diri dengan panorama alam sekitar.

Klik sini untuk lihat Resort Kolam Renang Depan Bilik Di Langkawi. Buka Pintu Terus Terjun Kolam!

Di Sumpitan Glamping ni anda akan betul-betul dapat rasai percutian seperti campsite sebab di sini turut boleh berbbq, ada tempat campfire, dan ada juga yang buat aktiviti penambahan seperti berkelah dan memancing.

Walaupun tak banyak aktiviti yang pelbagai, seronok juga sebenarnya! Asalkan dapat rasai suasana glamping dalam hutan yang cantik, mandi manda sungai, dan meluangkan masa dengan keluarga. Itu pun dah cukup menenangkan.

KHEMAH MODEN DAN SELESA

Penginapan khemah pun bukanlah biasa-biasa. Glamping yang disediakan selesa dengan tilam yang tebal, air cooler, lampu, meja, tempat towel, dan power point. Tandas yang bersih turut disediakan di luar dengan kemudahan shower. Dan jaraknya lebih kurang 30-50 meter je dari khemah.

Apa yang menariknya, kat sekitar kawasan campsite ni ada banyak kerusi meja untuk anda berehat santai sambil makan-makan. Tempat bbq dan dapur turut ada disedaikan dengan kelengkapan seperti mesin penapis air, peti ais, pinggan, cawan dan sebagainya.

Pendek kata percutian simple macam ni pun masih selesa untuk anda bercuti. Tak rasa kekurangan pun dari segi fasiliti. Apatah lagi dengan persekitaran yang sentiasa dijaga rapi oleh pemilik glamping ni. Boleh dikatakan rating 5 stars juga bagi sesiapa yang pernah ada pengalaman datang ke sini.

Jadi, kalau anda idamkan percutian glamping tepi sungai tu. Apa lagi, jomlah masukkan Sumpitan Glamping ni dalam list percutian anda kali ni. Kalau nak info lebih lanjut, anda hubungi sahaja pemiliknya.

Nama: Sumpitan Glamping

Alamat: A6, Kampung Sumpitan, Lenggong Malaysia

No phone: 013 – 857 1561

Leave A Reply

Your email address will not be published.