Nak Bercuti Luar Negara, Tapi Dekat Johor Pun Dah Ada Semua
Nak bercuti luar negara, tapi dekat Johor pun dah ada semua? Bertuah betul orang Johor ni kan. pulau saja pun 11 pulau yang cantik tau.
Kalau kita tinggal di Negeri Johor dan nak merancang percutian di pulau, pantai atau theme park, pastikan jelajah dulu kesemua tempat menarik yang terdapat di Negeri Johor ini.
Sekiranya ada lebihan perbelanjaan, tiada masalah untuk plan bercuti ke luar negara. Tetapi Johor adalah negeri yang boleh dijadikan pilihan untuk bercuti bersama keluarga.

Pulau Rawa, Mersing
Sebenarnya Pulau Rawa ini adalah hak milik persendirian kepada ahli Keluarga Sultan Johor. Di sini terdapat dua (2) buah resort peranginan yang menyediakan kelengkapan yang terbaik kepada pengunjung.
Rawa Island Resort dan resort yang lebih kecil sedikit dikenali sebagai Alang’s Rawa. Untuk ke Pulau Rawa ini, pengunjung haruslah menaiki perkhidmatan bot laju bermula dari jeti Mersing.
Sudahlah pulau, milik kerabat diraja pula. Makanan dan harga-harga di sini tidak murah untuk rakyat marahean. Tapi untuk sekali sekala bercuti, tak salah menghabiskan sedikit simpanan untuk kepuasan ahli keluarga tercinta.
Pulau Rawa ini terletak kira-kira 15 km daripada persisiran laut Johor dan ianya terletak berhampiran dengan beberapa pulau lain seperti Pulau besar, Pulau Sibu dan juga Pulau Tinggi.
Aktiviti yang boleh dilakukan di Pualau Rawa ini
- Mandi Laut
- Main Kayak
- Beachh Volleyball
- Snorkeling
- Jungle Trekking

Skyscape Komtar JBCC
Bermula pada tahun 2019, SkyScape yang terletak di KOMTAR JBCC mula diperkenalkan untuk kedatangan pelancong dan pelawat khususnya.
Skyscape ini memberi peluang kita dapat merasa berjalan di atas kaca dengan ketinggian 149 meter.
Seperti mana di Penang ada Rainbow Walk di The Top KOMTAR, dan Skybox untuk orang Kuala Lumpur. Johor juga memberi peluang yang sama untuk rakyatnya merasai pengalaman berkenaan.
Yang lebih menari, bukan sahajab oleh melihat bandar Johor Bharu dari tempat yang tinggi, malah boleh selfie terus Nampak ke bandar Singapura nun di seberang sana.
Selain daripada jambatan kaca ini, KOMTAR JBCC juga mempunyai beberapa tempat atau aktiviti menarik untuk kita lakukan sebelum turun daripada tempatnya.
Di sini terdapat terowong LED untuk kita lalu di dalamnya. Cuma, anda dinasihatkan untuk tidak lalu di waktu matahari sedang terang mamancar cahayanya. Suasana dan bahangnya sangat terasa.
Jika ingin mencuba, boleh dating waktu malam. Harga masuk tiket dewasa untuk warganegara adalah RM28 dan RM18 untuk kanak-kanak.

Zoo Johor
Merupakan sebuah zoo yang berkeluasan kecil sahaja dan menempatkan lebih kurang 100 ekor haiwan sahaja. Tapi saat entri ini ditulis, Zoo Johor ini sedang diselenggara dan akan dibuka semula tidak lama lagi.
Boleh juga menantikan pengumuman pembukaan semula di laman facebook milik Zoo Johor di sini. >> Zoo Johor
Tapi, bagus juga kan. Berkeluasan kecil, binatang tak banyak menjadikan kita lebih dekat dengan binatang yang ada, dan dapat jimatkan masa sekiranya ada membuat ibu ayah yang agak tua.
Oh ya! Harga tiket pun tersangatlah murah!
Rm2 untuk dewasa dan RM1 sahaja untuk kanak-kanak bermula 2 tahun sehingga 12 tahun.
Selain boleh berjalan-jalan melihat binatang, di sini juga kita boleh melakukan aktiviti mengayuh bot. Kerana terdapat tasik yang cantik di dalamnya untuk kita beriadah seketika.
Antara binatang yang ada di Zoo Johor ini, Gajah, Singam Harimau, burung Flamingo, Pelbagai jenis Burung Kakak Tua, dan bebragai lagi yang lain.
Untuk haiwan yang jinak, pengunjung boleh memberi sentuhan direct (terus) seperti membelai rusa dan unta.

Taman Air Desaru Coast Adventureland
Jika mencari tempat waterpark yang menarik selain Legoland, boleh lah cuba tengok Adventure Waterpark Desaru Coast yang terletak di Desaru, Johor Bahru.
Dibuka setiap hari bermula jam 10 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang, Adventure Waterpark ini mengandungi 5 zone iaitu, Penawar Falls, Penawar River, Shipwreck Reef, Tidal Wave Beach dan Kids Ahoy.
Waterpark ini juga menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung dengan menyediakan lebih kurang 13 permainan iaitu :
- Tidal Wave Beach
- Kids Ahoy
- Riptide
- Kraken’s Revenge
- Beachside Cabanas
- Surf Wall
- Wild Whirl
- Super Twister
- The Tempest
- Penawar Falls
- Penawar River Huts
- Penawar River
- Swinging Ship
Dengan permainan yang disajikan sudah pasti berbaloi dengan harga tiket yang dikenakan kepada para pengunjung.
Harga tiket bermula RM70 untuk kanak-kanak dan warga emas. Manakala RM94 untuk dewasa warganegara. Bagi kanak-kanak berumur 3 tahun ke bawah tiket masuk adalah percuma.

Forest City Water Park
Merupakan satu lagi waterpark yang dibina dengan pelbagai permainan yang menarik untuk dijelajahi.
Uniknya, Forest City Waterpark ini diibina betul-betul tepi laut. Kita boleh Nampak bandar Singapura terus dari situ.
Waterpark yang disediakan di sini lain daripada yang lain kerana terdapat 2 tiket berbeza yang dikenakan di sini.
Untuk mendapat akses penuh ke semua tempat permainan, tiket hanya RM15 sahaja untuk seorang.. Asalnya di sini hanya terdapat 2 – kolam renang dewasa dan 1 kolam permainan untuk kanak-kanak .
Namun, bermula 26 November tahun lepas, Forest City WaterPark telah melancarkan 3 jenis permainan lain yang boleh diakses untuk anak-anak.
Tetapi ianya harus dengan pantauan dewasa.
3 permainan tersebut ialah :
- Watermaze
- Water Sliding
- Water Fun Challenge
Namun begitu, terdapat had umur dan had ketinggian yang ditetapkan unttuk anak-anak.

Pantai Desaru
Merupakan antara pantai yang terbaik di Johor. Dan sangat sesuai dijadikan tempat berkelah dan bersantai bersama keluarga tercinta.
Bagi yang lebih sukakan keadaan atau suasanan alam semulajadi, boleh lah berkunjung ke Pantai Desaru ini.
Dapat berjalan-jalan di tepi pantai ini sememangnya menjadi satu kewajipan untuk menghirup udara pantai sambal bermain dengan ombak kecil.
Aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Desaru ini ialah Jetski, Parasailing dan juga menunggang kuda.
Gunung Ledang
Siapa yang tidak kenal dengan Gunung ledang. Hikayat sejarahnya sahaja sudah diketahui umum dari zaman anak-anak lagi kan.
Gunung ledang ini terletak Tangkak Johor dan mempunyai ketinggian setinggi 1276 meter. Gunung ini juga merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia.
Selain Namanya menjadi sejarah, Gunung Ledang sering menjadi port atau tumpuan para pendaki gunung untuk menjejakkan kaki sehingga ke puncak.

Sepanjang perjalan ke puncak, terdapat sungai dan air terjun yang sangat jernih. Ia menjadikan suasana nyaman dan tenang.
Untuk mendaki sehingga ke puncak, para pendaki mengambil masa lebih kurang 3 jam hingga 6 jam bergantung kepada ketangkasan dan juga cuaca semasa.
H.Danga Bay, Johor Bahru
Danga Bay merupakan pusat tumpuan bagi pelancong atau pengunjung baik dari dalam atau luar negara jika sampai ke Negeri Johor ini.
Di sini malamnya meriah dan seakan-akan hidup sehingga siang menjelam. Bukan sahaja menjadi port lepak, malah port makan juga menjadi keutamaan bagi warga Johor.

Di sini terkenal dengan ikan bakar dan seafood yang boleh dicuba dan pastinya menyelarkan kita.
Selain itu juga, terdapat amusement yang sesuai untuk kanak-kanak dan remaja. Jika ke sini, anak-anak pasti teruja dengan lampu-lampu dan cahaya warna warni.

Taman Negara Endau-Rompin
Taman Negra Endau -Rompin ini merupakan Hutan Simpan yang kedua terbesar di Malaysia. Ia nya terletak bersempadan dengan Negeri jiran iaitu Pahang darul Makmur.
Hutan berkeluasan 50,000 hektar ini dianggarkan usianya mencecah 250 juta tahun lamanya. Terdapat pelbagai sepsis binatang dan tumbuh-tumbuhan unik yang hidup di dalamnya.

Paku pakis, periuk kera, Keruing dan orkid hutan antara tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sini.
Air terjun Buaya Sangkut dengan ketinggian 120 meter merupakan Kawasan air terjun yang paling cantik yang terdapat dalam Taman Negara Endau – Rompin ini. Mempunyai 5 tingkat dan mampu mengalirkan 4.5 juta liter air dalam masa seminit.

Legoland Malaysia
Legoland Malaysia merupakan Taman Tema Lego yang pertama di Malaysia. Taman tema yang terletak di Nusajaya ini memang menjadi lego sebagai asas utama pembinaannya.
Bagi menarik minat anak-anak, Legoland membuat pelbagai binaan permaianan menggunakan lego yang pelbagai saiz. Hal ini ternyata berhasil kerana rata-rata pengunjung yang dating kerana tertarik dengan reka bentuknya.
Namun harga tiketnya adalah agak mahal sesuai dengan apa yang dihidangkan kepada para pengunjung.
Bagi tiket dewasa, untuk mengakses Taman Tema , taman Air dan juga Sea Life Aquarium iaalh berharga RM313. Manakala RM250 untuk kanak-kanak dan juga warga emas.
#NotaCutiBajet : Kalau bercuti biasanya kami akan follow tips dalam Panduan Hotel untuk stay hotel dengan harga bajet ( http://bit.ly/InfoPortCuti )