Percutian Unik Dalam Glamping Depan Kolam Di Kawasan Kebun Yang Tenang Dan Damai Di Janda Baik

0 778

Beruntung sebenarnya dilahirkan di bumi Malaysia ni. Kaya dengan alam semula jadi yang mententeramkan jiwa. Sebagai contoh ialah adanya kawasan hutan menghijau dan air sungai yang mengalir dari gunung-ganang yang amat sejuk dan nyaman yang boleh dinikmati. Di tempat-tempat sebeginilah kita dapat melengkapkan terapi diri dengan mendekati alam semula jadi. Salah satu contoh yang boleh dilakukan ialah mengadakan percutian unik dalam glamping.

Glamping ni merupakan salah satu percutian yang amat menyeronokkan namun masih ramai yang belum memahami dan mencuba jenis percutian ni lagi. Berbeza dengan perkhemahan biasa, glamping ni dianggap unik kerana ianya lebih ‘mewah’ berbanding dengan khemah biasa disebabkan adanya gabungan konsep glamor dan berkumpul dalam satu lokasi.

Yang biasa kita tahu tentang perkhemahan biasa, ianya merupakan tempat penginapan yang perlu dibina dan disiapkan sendiri mengikut saiz khemah yang kita miliki. Berbeza dengan glamping kerana penginapan ini sememangnya sudah tersedia dibina dan mempunyai kelengkapan tempat tidur dan kemudahan lain yang disediakan bersesuaian dengan konsep ‘kemewahan’ yang ditawarkan.

Sesekali mencuba jenis percutian ini best juga kan! Dapat merasai pengalaman bercuti dalam glamping dalam kawasan hutan atau perkampungan yang tenang.

Salah satu percutian unik dalam glamping yang terdapat di Malaysia ni ialah The Tribe yang terletak di Janda Baik, Pahang. Faham sahajalah Janda Baik ni. Tempat ni memang dah cukup terkenal sebagai salah satu port percutian yang amat dekat dengan alam semula jadi yang terdapat di negara ni.

Terletak di Kampung Chemperoh Janda Baik, The Tribe ni berada di kawasan yang dikelilingi hutan dan pohon-pohon menghijau dan berlatar belakangkan pemandangan indah gunung-gunung. Perjalanan ke sini hanya mengambil masa dalam 1 jam perjalanan dari Kuala Lumpur.

Percutian glamping di sini mengetengahkan konsep percutian yang tenang dan damai. Mana tidaknya, tidur malam sahaja pengunjung akan di temani alunan air sungai yang ada di sini yang boleh menjadi terapi merehatkan diri dan minda.

Sesiapa yang ingin bercuti dan tenangkan fikiran memang sesuai sangat menjadikan The Tribe Janda Baik ni sebagai destinasi percutian. Kawasannya yang selesa, unik dan tersendiri juga turut sesuai menjadi tempat percutian hari keluarga atau gathering kerana tempat ini boleh memuatkan 40 orang dalam satu masa.

Percutian glamping di sini menawarkan 8 unit khemah yang serba lengkap dengan kemudahan. Setiap unit boleh memuatkan sehingga 4 hingga 6 orang pengunjung. Kemudahan yang disediakan di dalamnya pun amat selesa termasuk 4 unit tilam, selimut, bantal, penghawa dingin, kipas, lampu, dan plug. Harganya juga boleh dikatakan amat berbaloi iaitu RM380 sahaja siap termasuk dengan sarapan pagi.

Keseronokkan bercuti di penginapan unik dalam glamping di Janda Baik ni bukan sahaja dapat menikmati panorama hutan dan keindahan sekitarnya, malahan keselesaan penginapan yang dianggap mengikuti cita rasa pengunjung.

Apa yang lebih menariknya lagi, khemah-khemah di sini berhampiran dengan kolam yang bersumberkan air sungai semula jadi yang bersih dan sejuk. Kolam ini disediakan bagi dewasa dan kanak-kanak. Jadi, bayangkanlah keseronokkan berganda yang dapat dinikmati sepanjang percutian di sini.

Tak cukup dengan itu sahaja, The Tribe ni juga berhampiran dengan sungai iaitu hanya jarak 50 meter sahaja dari penginapan. Dengan berjalan kaki hanya 1-2 minit sahaja, pengunjung dah boleh menikmati aktiviti mandi manda di sungai ni serta berkelah dalam persekitaran yang amat mententeramkan jiwa.

Klik sini untuk lihat satu lagi penginapan unik berbentuk capsule di Penang yang berada di dalam kawasan hutan dan mempunyai kolam semula jadi juga!

Keseronokkan percutian glamping di sini tak berhenti di situ sahaja. Selain mandi manda di kolam semula jadi dan sungai, di sini juga pengunjung boleh melakukan aktiviti berbbq bersama keluarga dan orang tersayang. Kemudahan pondok bbq dan tempat makan turut ada disediakan di sini. Berbbq dan makan beramai-ramai di bawah embun malam sambil menikmati panorama suasana hutan pasti menjadi moment yang sukar untuk dilupakan.

Jadi, sesiapa yang ingin mencari pengalaman baru bercuti di penginapan unik dalam glamping, bolehlah masukkan The Tribe ni ke dalam senarai tempat percutian yang bakal dikunjungi. Seronok dapat merasai sendiri suasana bangun pagi terus menghirup udara segar dan nyaman dari hutan yang semestinya tak kan didapati di kawasan bandar.

Lokasi : The Tribe at Janda Baik

Alamat : Lot 18568 Kampung Chemperoh, Janda Baik, 28750 Pahang.

Contact no : 019-6445325

Leave A Reply

Your email address will not be published.